.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Sunday, October 31, 2010

Frustrated..

Bosan.. benci.. menyampahhhhh....arghhhhh... tensionnyerrrrr.. kenaper lar aku macam nie... raser cam sesia jer kuar umah arinie... actually tak der plan aper sangat pon arinie.. biasa ujung minggu hari Ahad dan esok keje.. lebih suka rehat kat umah... kalau nak kuar pon yg dekat² sajer..

Sebenarnya ada jemputan makan² daripada Makcik aku kat Setia Alam.. tapi.. jauhnya.. buat drebar raser berat hati.. tapi kitowang kuar jugak petangnya.. sebab memang kena cucuk duit utk bayar nursery budak² nie utk bulan Nov. yg dah nak mula.. konsepnyer bayar up front... walaupon aku sebenarnya agak berat hati dan berbelah bagi utk meneruskan jagaan anak aku di situ.. ntah... aku nie mungkin seorang perfectionist.. sumer mak bapak mahukan yg terbaik untuk anak masing²..  macam tu jugak aku... ataukah aku nie tidak boleh bertoleransi.. aku dalam dilema.. adakah terlalu awal utk aku judge??

Kat situ cikgu ramai.. budak² pon ramai.. ada cikgu yg ramah.. yg baik dan suka budak².. tapi ada juga yg aku perhatikan muka blur.. tak welcome.. tak ada jiwa dalam menjalankan tanggungjawab.. adakah datang kerja kerana terpaksa??  No..no.. no... you keje bidang berkaitan kanak²... you have to love kids.. kalau you tak ada kasih sayang... seriously.. you better find a new job... aku tak rela anak aku dijaga orang yang tidak ikhlas.. bekerja hanya kerana tuntutan kehidupan... aku bayar duit utk mereka pelihara amanahku sebaik²nya... bukan sambil lewa.. mereka kanak²... aku tidak mahu mereka menyimpan kenangan pahit.. biar segalanya indah dan seronok untuk dikenang...

Alyaa jadi mata dan telinga aku... setiap hari aku bertanyakan perkembangannya di tadika.. belajar apa.. makan apa.. cikgu nama apa.. cikgu ok tak... garang tak.. marah tak.. katanya ada tiga orang cikgu yg garang di situ... aku risau lar.. korang boleh garang.. tapi gunakan psikologi yg betul.. memang aku tahu.. menjaga anak kecil bukan mudah.. sebab itu.. sebelum kerja di situ.. ko mesti dah tau senang susah yg mesti dipikul.. keja dalam bidang apa pon.. perkara pertama mesti ada.. minat.. suka.. baru datang ikhlas.. ikhlas menjalankan tanggungjawab... ikhlas kerana Allah..

Tiap² hari aku di pejabat memikirkan anak².. apa yg dorang buat.. apa yg dorang makan.. gembirakah.. sedihkah.. kena marahkah... its tortured me a lot.. aku susah nak percayakan orang.. tapi terkpakser.. berdoa dan tawakal selalu.. kalau boleh aku nak berenti keje sajer.. duk umah jaga anak² sendiri... aku tak suka orang marah anak² aku  melebihi aku ibu yang melahirkannya.. kalau ada yg tak kena please let me know.. biar aku yang ajar..


Yang membuatkan hatiku berbelah bagi.. ada cikgu yg baik di situ.. yg anak aku suka.. yg layan anak aku dengan baik... kedua aku tak tau kalau aku letak anak aku di tempat baru.. keadaan akan lebih baik atau sebaliknya.. dengan berat hati aku harus berikan peluang kedua... kalau terjadi lagi perkara yg sama.. aku tidak teragak² menukarkan nursery lain..

Ohhh.. bukan itu sajer sebab aku frust arinie.. aku frust sebenarnya dah pusing satu pekan Ampang cari kedai gunting rambut.. tapi sumernyer tutup.. dah berkobar² nak berambut baru.. pendek dan ringkas.. sebenarnya dah pasang niat nak potong rambut dari lepas pantang aritu.. sekarang umo Ainna dah setahun 6 bulan... tak terpotong² jugak... ohhh.. En. Ady kata esok sajer.. lepas balik keje... ntah larrr... frusttttt...

Your Body.. My Body.. Our Body.. You know the fact of Human Body??

* There are about one trillion bacteria on each of your feet.


* Side by side, 2000 cells from the human body could cover about one square inch.

* Women blink twice as much as men.

* The average person’s skin weighs twice as much as their brain.

* When you are looking at someone you love, your pupils dilate, they do the same when you are looking at someone you hate.

* It takes twice as long to lose new muscle if you stop working out than it did to gain it.

* You’re ears secrete more earwax when you are afraid than when you aren’t.

* Your body uses 300 muscles to balance itself when you are standing still.

* If saliva cannot dissolve something, you cannot taste it.

* The average woman is 5 inches shorter than the average man.

* A full bladder is roughly the size of a soft ball.

* Approximately 75% of human feces is made of water.

* It takes the food seven seconds to get from your mouth to your stomach.

* One human hair can support 3kg.

* Human thighbones are stronger than concrete.

* The attachment of human muscles to skin is what causes dimples.

* Your thumb is the same length of your nose.

* A woman’s heart beats faster than a man’s.

* If the average male never shaved, his beard would be 13 feet long when he died.

* Men without hair on their chests are more likely to get cirrhosis of the liver than men with hair.

* Men loose about 40 hairs a day. Women loose about 70 hairs a day.

* The length from your wrist to your elbow is the same as the length of your foot.

* Your heart beats 101,000 times a day. During your lifetime it will beat about 3 billion times and pump about 400 million litres (800 million pints) of blood.

* Your mouth produces 1 litre (1.8 pints) of saliva a day.

* On average, people can hold their breath for one minute. The world record is seven-and-a-half minutes.

* The human head contains 22 bones. More on the head and brains

* On average, you breathe 23,000 times a day.

* On average, you speak almost 5,000 words a day - although almost 80% of speaking is self-talk (talking to yourself).

* Einstein’s brain was of average size (1375 grams - 49oz).

* Over the last 150 years the average height of people in industrialised nations increased by 10 cm (4 in).

* In the 19th century, American men were the tallest in the world, averaging 1,71m (5′6″). Today, the average height for American men is 1,75m (5′7″), compared to 1,77m (5′8″) for Swedes, and 1,78m (5′8.5″) for the Dutch.

* If the amount of water in your body is reduced by just 1%, you’ll feel thirsty.

* A person can live without food for about a month, but only about a week without water.

* You’ll drink about 75,000 litres (20,000 gallons) of water in your lifetime.

* After a certain period of growth, hair becomes dormant. That means that it is attached to the hair follicle until replaced by new hair.

* Hair on the head grows for between two and six years before being replaced. In the case of baldness, the dormant hair was not replaced with new hair.



Saturday, October 30, 2010

..PeNJaGaAn KaiN BajU..


Gula-gula Getah Melekat Pada PakaianLetakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena KaratPotong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada PakaianSapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena CatRendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang EmasSulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan KainKain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut SekolahGumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di KainBasuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna PakaianRebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain SuteraSebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zipjangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut KulitAmbil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

Sumber : Email Yahoo Group

Friday, October 29, 2010

..Buah HatiKu.. BerAkSi..

Nie antara gambar² di Gua Kelam aritu.. suka sangat.. they look so sweet.. Bonda love all of you so much my notti power puff girls..


..Tomorrow Can Be Too Late..

 If you're mad with someone and nobody's there to fix the situation... You fix it. Maybe today, that person still wants to be your friend. And if u doesn't, tomorrow can be too late.

   If you still love a person that you think has forgotten you... 
tell her/him. Maybe that person has always loved you. And if you don't tell her/him today, tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend... ask her/him for it.  
Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.

If you really have friends who you appreciate... tell them. Maybe they appreciate you as well. That if you don't and they leave or go far away today, tomorrow can be too late.

If you love your parents, and never had the chance to show them... do it. Maybe you have them there to show them how you feel. That if you don't and they leave today, and then tomorrow can be too late.

..Andai Dolu² dah Ada FB..

Dapat dari email.. OMG sangat lucu idea si pemunya gambar ini... terkekeh² aku membacanya.. so funny.. thanks for light up my day... you make me moveeee... ;) :-*




Kelakar kan..
Hahahahha!!!!

Jom terjah blog dia nak?? 

Thursday, October 28, 2010

Resepi Bonda: Char Kuew Teow

Saper suker makan Char Kuew Teow.. angkat tangan.. hehehe.. hangpa suka makan no.. selalu ka makan??  Kalau beli kat luaq.. kat NZ Wangsamaju tu kaa.. berapa agaknya harga dia?? RM3.50 paling murah kan.. tapi.. makan tak cukup satu pinggan.. tak kenyang kan..   Oppsss!! Kantoi sudah.. Kakpah kuat makan..Senang jer sebenarnya nak masak Char Kuew Teow nie.. asal bahan sumer ada.. 45 saat jer maser diambil.. gerenti siap.. itu kedai nyer timing lar sebab dia masak sikit².. tapi untuk masak bagi makan satu famili /  5 org dewasa perut sedang bleh makan.. paling lama 10 minit lar.. hehehe

Okeh.. jom kita tengok bahan apa jer yang diperlukan..

..daun kucai.. potong sedang macam nie.. jgn panjang sangat.. jangan pendek sangat..

..daun bawang dan taugeh dalam (3 kupang = 30sen)..

..lepas potong.. cuci dan toskan..
..haaa.. dalam tetiap char kuew teow apakah bahan istimewanya??  Kicap dia lar.. kalau tukang masak kat luar sana.. dorang guna kicap khas originally from Penang.. tapi aku mana ada kicap tu.. aku pon tak tau nak beli kat mana.. buat sendiri pon ok.. camni.. korang rebus udang besar dlm 20 ekoq.. lagi banyak lagi bagus.. masukkan sos tiram dalam 2/3 sudu besar dan kicap manis.. then taruk garam.. aji.. dan gula sikit.. maka terhasil lar kicap cair char kuew  teow cap Kakpah.. hehehe.. yang kat atas nie dah tinggal separuh.. yg nie aku guna utk masakan kuew teow kali kedua..  
..cili kat atas nie aku buat paste dia.. satu tupperware nie aku blend selabu bawang putih dengan 15 batang cili merah.. biler nak guna senang.. sumer dah sedia..
..kuew teow.. basuh dan leraikan.. kalau kat kedai dia ada kuew teow yg lain sikit khas utk masak char kuew teow.. nipis.. dan lerai..

..telur ayam sederhana besar dua biji.. disebabkan aku nie tak lar terror sangat pecahkan telur terus masuk kuali.. kang tercampak ngan kulit² dia sekali.. so aku pecahkan dalam bekas.. dan kacau siap².. lagi satu lebih selamat buat macam nie.. mana tau ko pecah terus telur dalam kuali sekali terkena telur telur temburukk... mak aiii... mau muntah buang satu kuali.. kan membazir tu.. dari itu amalkan langkah keselamatan.. kalau pecah dulu dalam bekas.. kalau termasuk serpihan kulit telur pon senang nak buang.. oh yaa.. sebelum pecahkan telur tu.. pastikan korang basuh bersih².. supaya tak terlekat perisa tambahan..

..satu lagi rahsia masak char kuew teow yg kaw ialah.. mesti masak guna api yg kuat.. maksimum ok.. sebab tu kena goreng dia laju².. ala² tukang masak professional.. bila lagi nak berangan kan.. hehehe
..mula² tumiskan 4 sudu besar paste cili dan bawang putih kat atas..
..then.. masukkan kuew teow.. dan segala sayur mayur...
..kacau cepat².. adalah sangat direkomenkan guna kuali yg besar.. senang ko nak kacau... ciauuu!! ciauuu!!!  Puas hati.. tak macam kuali kat atas nie.. kuali mak aku dah dipulangkan so yg tinggal kuali kecik nie.. so.. goreng with care.. hehehe..
..masuk kan kicap udang tadi.. kacau.. dan tambahkan perisa kalau kuah tu cair sangat..
..tuangkan telur tadi.. kacau sebati.. tutup api..
..dah siap!!..

 ..Jemput Makan..


..Maner Lagi SeKsi..

WoOOoooOOHooooo..

Berikan undian anda sekarang..


..Aww.. I baru beli spentot nie.. latest di pasaran.. sesuwaiii kan ngan vontot I yg XXXXL nie.. sib baik ada size..


..jangan nangis kawan.. walaupon kita duduk di kerusi yang berlainan.. at least bontotnya sama besar.. yang penting kita tak berak macam bontot kusi nie.. sabar.. sabar..


HeHeHeHeHeHe..


Wednesday, October 27, 2010

..Tamatnya RiWaYaT SoToNG yg PeMes..

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia Online

Berita baik lar bagi mereka² yang berdendam dengan si Paul.. bila dah ajal.. sotong peramal pon tak dapat meramalkan hari kematiannya.. tapi sotong nie mati tinggalkan nama.. kita mati nak tinggalkan apa?? 

..PoLis Ker Nie??..

..Lagak penuh gaya.. macho abis dah nie..

..ada yang tak kena.. ehhh aper tu.. ermmm.. pusing sikit abg polis..

..hummaghaiiiihhhh... aperker pesyen uniform kamu nie abg polis... style baru ker.. apsal ada kunin² kat spentot putih tu??..

Polis ker nieh??

Korang Raser?...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails