.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, February 11, 2010

Bijak BerBeLanJer :: eLaK HuTaNG!

Seperti artikel yg lepas.. aku mentioned aku memang sangat suka mengambil tips dari 1st page 1kalssifieds Harian Metro sebagai koleksi juga panduan buat diri sendiri buat masa sekarang juga akan datang.. dan artikel yg akan aku salin type kali nie ialah yg diterbitkan hari ini juga Khamis, 11 Februari 2010..

Artikelnya:

Kain rentang'Jualan Murah, Jualan Penghabisan stok, Jualan Hebat, Jualan Harga Runtuh dan Jualan Merdeka' kini sudah banyak menghiasi gedung-gedung beli-belah seluruh negara, berkibar-kibaran bagaikan menggamit kedatangan pengguna khususnya wanita.

Bila kesempatan sebegini muncul, terutama menjelang musim perayaan, seseorang itu sering tidak mampu mengawal nafsu sehingga memudaratkan diri sendiri, dengan berbelanja di luar kemampuan sebenar, apatah lagi apabila mempunyai kemudahan kad kredit.

Berbelanja mengikut kemampuan mungkin patut dijadikan pegangan kerana ia naluri dan keperluan hidup. Tetapi jika naluri berlebihan belanja dan membeli mendadak mengikut gerak hati tidak dibendung, sudah pasti pola perbelanjaan seseorang akan terjejas.

Kesannya, selain memudaratkan diri sendiri, keluarga juga boleh menjadi porak-poranda kerana keghairahan berbelanja menggunakan kad kredit itu boleh menjerumuskan seseorang ke dalam perangkap hutang.

Keadaan boleh menjadi lebih parah jika seseorang itu diseret ke mahkamah dan diisytiharkan muflis akibat kegagalan melunaskan hutang tadi.

Menurut perangkaan, hampir sembilan juta kad kredit dikeluarkan institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai tiga kad kredit.

Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya pula gagal menjelaskan tunggakan pinjaman mencecah berbilion ringgit.

Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit yang kebanyakannya juga adalah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.

Dengan kata lain, di sebalik kemegahan memiliki kad kredit, pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak dengan masalah hutang. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan.

Semuanya berpunca daripada keghairahan membeli-belah sehingga semacam menjadi satu budaya terutama di kalangan warga kota dan bandar besar.

Mana tidaknya. Pusat beli-belah menjerat perhatian pengguna dengan bentuk keselesaan yang merangkumi sistem hawa dingain dan sistem muzik yang diharap dapat memberi mengihibur hati si pembeli.

Malah ia menjanjikan pengguna dengan pelbagai muslihat jualan seperti potongan harga 50 atau 70 peratus, hadiah percumam beli satu dapat satu serta membeli dan melancong percuma.

Jualan penghabisan stok, juala;n musim perayaan dan jualan hujung tahun diadakan sepanjang tahun. Gawat atau tidak, ia terus diadakan. Ekonomi merudum atau tidak, orang ramai tetap dipujuk supaya berbelanja mewah.

Jika seseorang menarik keluar kad kredit dari dompet, tanggapan pertama orang yang melihat ialah pemilik kad itu berkedudukan dan bertaraf ekonomi tinggi.

Bukan itu saja, syarikat pengeluar kad kredit juga memancing dan menggoda pengguna dengan menawarkan diskaun terhadap barangan dan perkhidmatan di kedai yang mempunyai rangkaian kerjasama dagangan dengan syarikat pengeluar kad.

Gara-gara tergiur, sering barang-barang yang dibeli tidak digunakan. Sebaliknya, ia menghidupkan suatu budaya membazir yang membahayakan dan merugikan.

Sememangnya, kita sedar bahawa gejala kad kredit menjadikan manusia sebuah masyarakat yang gemar berhutang dan meniru gaya hidup yang lebih tinggi daripada kemampuan.

Godaan pusat membeli-belah dan 'gian' pembeli untuk membeli, jika tidak terkawal, akan hanya mewujudkan satu bentuk masyarakat yang bukan saja memuja kebendaan, malah membazir dan riak. Hakikatnya, hemat berbelanja akan menjadikan kita pembeli yang bijak, berekonomim beretika dan berperibadi. - Bernama

____________________________________________________________________

Kalau korang.. apa tips yg korang guna yang boleh elakkan korang dari berbelanja lebih.. atau burst budget...

Aku?? Nie aku list-kan perkara yg akan aku lakukan to make sure my expenditure is within my budget:

1) Aku memang sediakan template Monthly expenditure aku dan aku akan fill up every end of the month time terima gaji larr.. dapat jer gaji I will immediately pay all bills n utang.. cam utang kad kredit.. I'll make sure yg banyak mana aku guna utk bulan tu.. aku settlekan ujung bulan.. dan tiada amaun tertunggak.. so.. tak ada lar istilah caj berganda.. bayar banyak mana kita guna.. jangan lar banyar setakat minimum payment.. coz interest akan dikenakan atas balance yg tinggal..

2) Aku akan asingkan expenditure aku berdasarkan fixed dan current... so aku tak akan missed bayar bill atau utang... gaji aku.. aku akan prioritize - kan utk bayar hutang... org berhutang nie macam berjalan bahu senget sebelah... berat beb.. berat!

3) Kalau pegi shopping complex aku akan list kan barang yg aku nak beli... beli yg list up dulu.. yg lain dikemudiankan... (walaupon kengkadang terbeli jugak.. hahahah!!)

4) Beli time sales or jualan gudang atau penghabisan stok... sblm pergi.. aim benda apa nak dibeli and make some research (kat internet.. window shopping.. tanya org.. hehehe) brp harga sebenar barang yg nak dibeli.. supaya tak tertipu.. kengkadang harga barang yg dikatakan harga dia dah runtuh bergolek² tu dah di-mark-up kan tinggi mencanak² dari harga asal.. dah naik tinggi jatuh mau tak bergolek... hahahaha!!

5) Check balik bil lepas bayar barang kat kaunter.. kengkadang harga kat rak lain.. harga kita bayar lain... banyak kali dah kena.. jadi lar pengguna yg bijak!

Okeh setakat tu dulu.. yg lain korang tambah!


No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails