.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, May 24, 2011

..iSu EnZiM BaBi: PeNJeLaSaN SECRET RECIPE..

Sebagai pengguna yang bijak.. pandai² lar kita buat penilaian sewajarnya.. sharing is caring.. :)

_________________________________________________

Secret Recipe Malaysia: Maklum-balas terhadap Artikel Blog di Harian Hullahup dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :

 

*********************************************************************************

ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe


DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo
Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011


Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.

3 comments:

syariza09 said...

saya copy utk hebahan fb yer..TQ

Ena said...

nasib baik dah lama tak makan kek SR..
tak abis2 kes gini.. haishhh!!

Ena said...

tak pepasal nama SR pulak yg rosak.. uhuhu. ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails