.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, May 20, 2011

..GuRiNDaM JiWa..



Tuai padi antara masak..
Esok jangan layu-layuan..
Intai kami antara nampak..
Esok jangan rindu-rinduan..

Anak Cina pasang lukah..
Lukah dipasang di Tanjung Jati..
Di dalam hati tidak kulupa..
Sebagai rambut bersimpul mati..

Batang selasih permainan budak..
Daun selasih dimakan kuda..
Bercerai kasih talak tiada..
Seribu tahun kembali juga..

Burung merpati terbang seribu..
Hinggap seekor di tengah laman..
Hendak mati di hujung kuku..
Hendak berkubur di tapak tangan..

Kalau tuan mudik ke hulu..
Carikan saya bunga kemboja..
Kalau tuan mati dahulu..
Nantikan saya di pintu syurga..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails