.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, May 30, 2011

..AiNNa 2Nd BiRtHDaY..

Hari nie sangat letih dan tak bermaya.. so aku nak bebel banyak² pon tak der mood.. seperti biasa.. layan gambar sambil bercerita..

Gambar² nie sekitar sambutan ringkas birthday si Ainna yang ke-2.. dah besar dah anak dara aku.. pejam celik².. dah 2 thn.. biler dikenang maser memuler dia kuar dari perut aku.. maser keluar masuk ward sebab prolong jaundice.. maser aku menangis tak tido malam susukan Ainna sebab terlalu takot anak aku ditebuk untuk ditukar darah disebabkan kuning dia yg terlalu tinggi.. dijemur bawah 2 lampu..  tak aktif dan asyik tido jer.. tersentuh hatiku terharu sendiri.. she's a big girl now.. cerdik.. keletah.. selalu mencuit hati.. plus bergado ngan kakak² pon dah pandai.. 
Kitorang nyanyi birthday song kat dia 3 songs in a row.. tepat pukul 12.00 tgh  malam 1 Mei 2011 dalam keta on the way nak sampai umah Mertua adik aku kat Ipoh.. dia cuma kaku terpegun.. selalu dia ekot nyanyi sekali.. tapi kali nie mungkin paham itu birthday dia.. kami nyanyi untuk dia.. dia diam..
Lepas balik dari tambun.. dah berpakat nak beli kek dan celebrate her special day kat rumah sepupu kami yg baru abis pantang anak pertama.. sambil melawat kita makan kek.. Umie (adik abah aku) dah prepare simple dish.. mee goreng dan air sirap.. cukup lar kami makan ramai²... walaupon simple.. tapi tetap meriah.. plus.. save budget woo.. hehehe.. sebab kita bawak kek sahaja.. hahaha!!

Budak kecik nie sangat konfiden tau berdepan dengan kek.. dia macam dah tau aper nak buat.. tiup lilin lepas orang sumer nyanyi lagu.. potong kek dengan penuh gaya.. dia potong sampai bawah dengan sekaki tekan jer pisau potong kek tue..


..ketika nyanyian sedang berkumandang.. Yasmin anak abg aku menyanyi penuh semangat.. budak² biler nak celebrate birthday mmg sangat teruja..

Si Aisha baru bangun tido.. muka blur.. puas lar nak kejutkan dia bangun..

Si Punk head kat sebelah Ainna tu anak Putra adik aku.. cucu lelaki pertama mak aku.. beza 2 bln jer ngan Ainna.. suka sangat potong rambut anak dia camtue.. mengucap mak aku tengok.. tak tau nak cakap apa dah.. budak kecik apa tau.. pesyen apa mak pak bagi.. itu lar yg dia terima..

Peace.. I am twooo..

..macam² gelagat..

Tak sabar tunggu kek dipotong.. dowang dah cuit² ngan jari.. kek sangat memuaskan hati.. walaupon kecik tapi sangat sedap..

Aku suker pic nie.. cucu² tok.. they are soooo cute!

Alahaiii.. ini lar yg nak dikenang biler dowang dah besar nanti..

..ramai gurls..
Ainna with Ayah..

Ainna dengan Bonda..

Happy Birthday Sayang!!


Friday, May 27, 2011

BuAH AJaiB PeNaWaR KaNSeR??


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatenkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Thursday, May 26, 2011

..PoKoK YaHuDi..

Pernah dengar hadis di bawah?? Pernah tengok pokok Yahudi nie.. atau nama arabnya pokok Awsaj/Gharqad atau dlm bahasa omputihnyer African boxthorn (Lycium ferocissimum)..

***************************

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan antara orang Islam dan  yahudi, maka pada waktu itu (tentera) yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan berkata: ‘wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada yahudi, marilah bunuhnya,’ kecuali pokok Gharqad (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.” Hadis riwayat Imam Muslim (2922)





Rupa buahnya... ranting² dia berduri².. tajam sangat..




Rupa bunganya pula.. macam morning glory (bunga seri pagi) pon ada.. tapi bunga seri pagi pokoknya tak berduri kan..



Agak² ada tak pokok nie ditanam di Malaysia??

LoST WORLD oF TaMBuN: SiRi 2

Sambungan dari entri ini.. biler sumer dah ada kami pon pakat kira kepaler.. baper kecik baper besar.. pasai pa.. pasai nie gambaq kat bawah nie..

Kami nak kira duit tiket.. bebudak yg free dia tak ekot umoq tapi ekot ketinggian..makanya anak kitorang si Alyaa sorang nak tanak kena lar jugak bayaq kan.. harga tiket seperti di atas.. fuyoo.. mahai woo.. tapi alang² dah sampai kan.. bayor jer ler..

Budak² sangat excited biler nampak air.. especially si Ainna.. dan² tu nak ajak masuk terjun air.. tak nyempat² kami cari port letak barang.. mulalar nak buat bebai..

Tengok lar keceriaan dorang.. duit boleh dicari.. tapi momen macam nie sukar dibeli.. they happy.. makes me happy too..

 Berendam.. pura² berenang pon ok..

Bukan senang bawak budak ramai² nie.. kita nie kena alert sentiasa sebagai lifeguard.. takmo sebarang kejadian tak diingini berlaku.. kegembiraan ingin dinikmati.. bukan untuk ditangisi..

Tengok anak sendiri.. tengok juga anak² buah..

Semua amik peranan yang serupa..

Tengok baywatch girl nieh.. hahahah..
They really enjoy..
Budak² memang main sakan..
Si Ainna nie yang paling tak tahan.. kalah budak besar..

Sunburn teruk jugak dia.. balik dari Tambun.. masing² pengsan sampai ke petang...
En. Ady dengan gajah.. kebanyakkan taman tema air musti letak replika gajah eak?
Kitorang simpan barang² beharga kat dlm salah satu dari bonet keta sebab locker dah penuh.. semua pon nak main.. saper nak jaga beg.. tak koser kan.. kitorang jenjalan zoo kecik tue tapi tokleh nak amik gambar.. sebab bateri kamera lupa charge.. makanya.. automatic shutdown..

Dalam gambar tak nampak sangat kan.. sebenarnya muka aku sunburn teruk.. especially tang idung.. merah macam udang kena bakor.. dorang sumer sibuk gelakkan aku.. pelik kan.. owg lain tak der aper pon.. aku yg tak main sangat nie yang teruk..

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails