Hidup manusia ada naik.. ada turun.. bagaikan roda yang sentiasa berputar.. kita tidak tahu bila kita di bawah dan bila kita akan berada di atas.. bila keluhan datang menyapa.. berhentilah sejenak.. tarik nafas dalam².. rehatkan minda dan muhasabah diri... apa yang lebih dan apa yang kurang dalam hidup ini.. setiap yang hidup di atas muka bumi ini ada peranannya masing².. penting atau tidaknya watak kita terpulang cara kita menghayatinya dan memainkan peranan yang harus kita jalankan.. Allah memberi kita akal.. agar kita dapat menggunakannya sebaik yang mungkin.. keadaan semasa sebagai landasan dan masalah bagi memaksa kita membuat keputusan.. untuk menentukan pentingnya watak kita.. kita lah yang tentukan.. positif atau negatif.. kita lah yang buat pilihan.. jadi.. fikir masak².. lakukan pilihan yang tepat!
Kita mainkan peranan.. tapi.. harus kita ingat.. hidup ini bukanlah pentas lakonan.. realiti perlu didepani setiap detik jantung kita berdegup.. setiap saat udara kita hirup.. Apa yang dapat kita lakukan bagi mengubah keadaan.. bermulalah dengan berfikiran positif.. elakkan buruk sangka sesama kita.. jauhkan hasad.. elakkan hidup membanding² kejayaan dan kekayaan yang dikecapi orang lain.. bila kita asyik memandang ke atas kita akan terlupa pada mereka yang berada di bawah kita.. bersyukurlah.. bersyukurlah.. BERSYUKURLAH.. tahukah kita mereka juga sedang diuji dengan kesenangan.. lalu jangan sekali kita mengeluh dengan kekurangan yang kita hadapi.. jangan mendesak bila kita tidak terdesak.. ikhlaskan diri bila kita lakukan sesuatu.. jauhkan diri dari aura² negatif... Insyaallah.. hati kita akan tenang dan bahagia..
Kita tidak sedar.. bila diri kita dikepungi aura² negatif... semangat kita akan hilang.. kita akan terus²an menyalahkan keadaan... minda kita akan menjadi sempit dan hasad kita akan membukit.. dan tanpa kita sedari juga.. kita menyebarkan aura² kita itu kepada orang lain di sekitar kita... perasaan insan lain yang dekat dengan kita.. akan turut tercela.. jiwanya yang bebas menikmati kedamaian.. keindahan kehidupan terperangkap dalam penjara kemurungan yang diciptakan siapa?? Kita.. yaaa KITA!! Sedarlah.. bangkitlah... KELUARlah!! dari penjara itu.............
1 comment:
semuga hidup kitas entiasa bercahaya
Post a Comment