.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, January 11, 2011

..Nur Dania meninggal dunia dengan 73 KeSaN DeRa..

Manusia bertopengkan syaitan di mana²... hatiku sakit setiap kali melihat/membaca kanak² didera.. hanya manusia yg hatinya telah mati sanggup mendera kanak² kecil yg tidak berdosa.. kanak² itu naif.. belum matang untuk berfikir.. apatah lagie mempertahankan diri sendiri... 

Kalau lar ada hukuman lain yg lebih layak.. ikut hatiku biar pendera² ini direjam sampai mati di depan khalayak.. biar mereka tahu.. tiada tempat untuk mereka di dunia ini melainkan mati dan biar malaikat pula yg mendera mereka di dalam kubur nanti..

Kawan²... ayuh kita pelihara hati kita..

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
كَلّا ۖ بَل ۜ رانَ عَلىٰ قُلوبِهِم ما كانوا يَكسِبونَ
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
فَوَيلٌ لِلقٰسِيَةِ قُلوبُهُم مِن ذِكرِ اللَّهِ ۚ أُولٰئِكَ فى ضَلٰلٍ مُبينٍ
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
    1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
    2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
    3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
    4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
    5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
    6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
    7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
    8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
    9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
    10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Dipetik dari artikel cheahmad.blogspot.com

Hati ibu mana yang tidak luluh.. bayi yang dikandung 9 bulan.. mati di tangan orang dengan sangat menyayat hati.. satu soalanku pada bapa adik Dania... utk apa larikan anak² itu sekadar untuk didera.. apakah maknanya kasih seorang bapa.. tak kan tidak sedar anak²mu itu didera??  Pulangkan mereka pada ibu yang merindui dan mengasihinya...

Mersing: Nur Dania Qistina Nurafizan, 3, yang dipercayai mati akibat didera ibu tirinyua, didakwa dilarikan bapanya hampir tiga bulan lalu dan ibu kandungnya juga tidak dibenarkan bertemu mangsa serta dua adiknya yang lain.
"Siapa sangka selepas hampir tiga bula;n bekas abang ipar melarang kakak bertemu ketiga-tiga anak kerana masalah rumahtangga, akhirnya kakak (Nur Aquilla, 27) kehilangan seorang cahaya matanya.
"Hatinya luluh kerana meratap jasad kaku Nur Dania dalam keadaan menyayat hati termasuk luka dan lebam di seluruh badan," kata bapa saudara Nur Dania, Mohd Kamaruzzaman Razali, 25, ketika ditemui di Felda Tenggaroh 6, di sini, semalam.
Kamaruzzaman berkata, keluarganya terkilan dengan nasib menimpa anak kedua daripada tiga beradik selepas dilarikan bapa mereka pada Oktober lalu.
Menurutnya, kakak sulungnya itu terlalu merindui Nur Dania serta kakak mangsa berusia lima tahun dan adik lelaki berusia setahun, selepas ketiga-tiga kanak-kanak itu dilarikan bekas abang iparnya.
Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin. -Berita Harian-

Bersemadilah dengan tenang.. di dunia dirimu didera.. di sana engkau dikasihiNya..

JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.


Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.

Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.

“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

6 comments:

mamaacha said...

ni dah cam binatang....hope perempuan tu kena hukum gantung & bapaknyer pun sama

jesnita_ns said...

mmg kejam..sy rasa ..mak tiri dia tu ada masalah otak kot..tak berperikemanusiaan sungguh

.::Lynn::. said...

kalo xnak jaga, bg la balik kat mak dia..

IxoR@ said...

11.1.11 sepatutnya berita yg istimewa... ini tidak! ishhh mmg ada otak letak kt lutut....

apa tah yg dorang pikir kan?

kesian baby kecik yg tak berdosa tu.... aku emo ni!

;(

mummy_ayu said...

sedih sgt baca pasal nie semalam..and ari nie pun ada..
al fatihah untuk arwah adik tu..
moga aman di sana..amin!

syariza09 said...

semalam 2 kali baca artikel ni di paper yg berlainan, 2x gak menitis air mata


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails