Ayam ini benar-benar menonjolkan kelainan uar biasa di ladang tersebut.
Dia (ayam betina bernama Mumble) bukan sahaja memiliki sayap yang kecil saiznya dari sayap seekor ayam yang normal tetapi menyerupai spesis burung di air seperti seekor penguin.
Dia tidak pernah cuba untuk terbang seperti ayam lain di kandang tetapi memilih untuk berlenggang-lenggok dari sisi ke sisi bermain di tepi air.
Walaupun kejadiannya tidak sesempurna ayam lain.. kelainan itulah yang telah menyelamatkan hidupnya, kerana pemilik ayam ini tidak dipilih sebagai bahan mentah untuk dimasak.
Krisis identiti ayam ini telah membuatkannya terkenal Jiangsu, di China timur. Dia dimiliki oleh seorang petani bernama Lu Xi di sana.
Media tempatan menggelarkannya Ayam Mumble mengambil watak utama dalam filem animasi Happy Feet, iaitu seekor Pinguin yang tidak pandai menyanyi tetapi pandai menari.
Kata En. Xi "Dia hanya memiliki sayap kecil yang menonjol keluar ketika ia berjalan, meskipun ia tidak pernah terbang.
"Saya tidak melihat filem tetapi saya suka nama itu, walaupun burung saya tidak pandai menari dan saya juga tidak fikir ia boleh berenang dengan baik.
"Tapi dia seharusnya bersyukur. Kami sekeluarga mempertahankannya dari dimasak di dalam periuk".
No comments:
Post a Comment