.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, September 15, 2011

ADa RaMBuT PoN SuSaH..

Sesuatu yang menyebakkan hati seorang ibu telah terjadi... semalam.. seperti biasa setelah En. Ady ke tempat kerja.. Alyaa & Aisha ke tadika dan Ainna di rumah mak.. I am again alone with my baby Amna.. selain menguruskan rumah dan memasak.. aku juga menguruskan si kecik tue..

Lepas salinkan diaper dia semalam.. aku ke dapur untuk cuci tangan.. tiba² terdengar nyaring tangisan si Amna.. selalu dia merengek² jer.. tapi semalam nangis macam kena dera.. cepat² aku masuk bilik semula.. aku tengok muka si Amna dah merah padam.. nampak macam dia sakit sangat².. apa yang tak kena?? Apa yang tak kena??? Aku kehilangan punca mencari sebab dia menangis.. dan aku ternampak tangan si kecik tue mencengkam kuat rambut di kepalanya... bukan pegangan yang biasa.. dia menarik rambutnya sendiri tapi tidak tahu macam mana hendak lepaskan... bayangkan.. maser aku cuba lepaskan cengkaman jarinya dari rambut.. semakin kuat dia menangis.. semakin kuat dia mencengkam.. jari yang kecil dari tangan yang comel.. sungguh kuat menarik rambut sehingga kulit kepalernya turut naik meregang bersama.. aku sangat sebak.. kesiankan si Amna yang menangis kesakitan.. aku terpaksa menggunakan kedua² tangan untuk meleraikan satu persatu jarinya dari mencengkam rambut.. setelah lerai dia masih menangis.. aku sebak.. ternyata bayi boleh mencederakan dirinya sendiri.. akalnya masih belum mampu mengawal anggota tubuhnya.. aku cium tempat rambutnya dicengkam tadi.. aku dakap rapat.. aku sedeh.......

Anak² aku sebelum Amna semuanya lahir tiada rambut... di luar jangkaan Amna lahir dengan rambut yang lebat.. haruskah aku membotakkan kepaler Amna.. tapi rambut dia sangat halus dan lembut.. sayang...




1 comment:

Ena said...

lahai.. camtu pulak jadinya..

kak, kata org baby yg lahirnya tiada rambut akan berambut lebat bila semakin besar.. manakala baby yg lahir dnegan rambut yg lebat biasanya rambut tak la lebat bila dah besar..

ena tak menolak dan tak mengiakan juga.. sbb anak2 ena lahir dengan rambut tp biasa2 je.. tak la lebat sangat dan biasanya rambut mereka akan dibotakkan selepas sebulan.. lepas tu akan tumbuh seperti biasa.. apapun terpulang pada masing2 la kan.. :)

* pasal parking tu.. parking tu ada kak, rasanya cukup klu jab warisan yg amik alih nanti.. cuma nak dapat parking yg dekat ngan pintu masuk kena berebut la sikit.. cam ena.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails