.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, March 7, 2011

..FiRsT TiMe RaSeR KuiH Nie.. SeDaP SaNGaT..


Haritu (kat Pameran Kraf) makan kuih nie.. yer seperti gambar di atas (credit to http://alisya1.com/) terpakser pinjam gambar org sebab maser makan tu sedap sangat.. sampai terluper nak snap gambar.. siyes.. sangat² suka dengan bau apam nie yang dibalut dengan daun rambai.. harum wangi semerbak.. raser dia pon tak manis sangat.. memang sangat menyelerakan bila dimakan panas²...

Yer.. sebelum nie memang tak pernah makan pon kuih nie.. in fact.. tak pernah jumpa dan tak pernah tau pon kewujudannya.. katanya apam nie asalnya dari Johol, Negeri Sembilan.. kuih² tradisi nie banyak yang sedap².. nak buat pon idak ler payah sangat.. ini resepi aku copy dari http://srsfeqah.fotopages.com/.. kot² nanti teringin boleh lar cuba buat sendiri kan.. serba sedikit berkenaan kuih nie pernah disiarkan di akhbar harian kosmo.. sila ke sini untuk kalau nak tau lebih lanjut..

Apam Pisang Daun Rambai
 
Bahan-bahan :
1 cawan pisang* yang telah dikisar (sukat selepas dikisar)
1 ½ cawan gula
3 cawan tepung
3 sudu besar mentega/marjerin
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar

Cara-cara membuatnya:
1 .Kisar pisang (yang telah dikisar) dengan soda bikarbonat, cream of tartar, gula dan mentega/marjerin.
2. Gaul bahan-bahan yang telah dikisar dengan tepung; sedikit demi sedikit .
3. Bungkus dengan Daun Rambai.**
4. Kukus selama 12 minit .

* lebih sedap guna pisang kapas/kolek/masam
** boleh diganti dengan Daun Pisang atau boleh juga dikukus terus menggunakan talam/loyang/acuan lain.

Korang pernah raser kuih nie??

4 comments:

syariza09 said...

lom pernah tgk & rasa. x nah jumpapon kt gerai jual kuih

Winda said...

ish...mcm sedap jek...tak pernah jumpa dan mkn...nk cuba lah

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

tak pernah cuba dan tak pernah nampak. kat mana boleh beli ni . mcam sedap ajer

Lia said...

Lia tak penah makan dan tengok lg kuih ni. mesti sedap kan siap balut dgn daun..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails