.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, March 24, 2011

.."KaDaNG² KiTa X SeDaR KiTa PeNTiNGKaN DiRi"..

Payah betul nak tido sekarang nie.. si Ainna semenjak 2 menjak nie suka bangun tengah malam... macam kelmarin..

"Daaa.. (singkatan for Bonda) Daaa.. nak hsu² (susu).. nak hsu²..."  Dengan suara dia yg lunak manja merengek nak susu.. siyes Ainna nyer suara mmg boleh cairkan hati.. dia lembut.. dia manjer.. tapi biler dia mengamuk keluar jugak jeritan² dan tangisan membingitkan telinga.. aku dengar.. En. Ady pon dengar aku raser.. masing² mata melekap macam kena gam.. tokleh bukak.. hahah.. dengan harapan si Ainna tido balik dan subuh nanti baru bagi susu.. tapi.. kata²nya berterusan bertukar rengekan.. dengan culas malas terpaksa bukak jugak mata.. pejam pon tak guna.. tak bleh tido selagi Ainna tak diam.. En. Ady tido buat derk.. gerammm!


Bancuh susu cepat².. bagi dia minum.. then ke bilik air buang hajat.. aku masuk bilik balik.. kejap jer susu tu abis dia minum.. botol kosong Ayah dah letak atas meja.. sayup² aku dengar Ainna menyanyi dengan suara serak pelat² dia tue..

"Acih Ibuuu.. epada etaaaa..
tak teingga epanjang asa..
annya embeyi.. tak arap embali..
agai ang uya enyinari unia.."

Paham??  Tak?? Ehehehe.. meh aku translate..

"Kasih ibu.. kepada Beta..
tak terhingga sepanjang masa..
Hanya memberi.. tak harap kembali..
Bagai sang suria menyinari dunia.."

Menikam di kalbu.. aku terus sebak... sedeh dengar dia nyanyi lagu tue.. terharu.. betapa aku sanggup memejamkan mata daripada memenuhi kehendak anakku tadi.. betapa aku terkadang hanya mementingkan diri sendiri.. aku cium pipi Ainna... maafkan Bonda.. En. Ady bangun terhenjut² macam orang capik keluar bilik.. dia ke bilik air.. patut lah tak bangun tadi.. kesian laki aku.. keje sampai capik² kaki.. sebak lagie..

"Naper bang.. sakit kaki ker?"
"A'aa.. tumit kaki Abang nie sakit.."
"Nak Ayang picit ker?"
"Tak per lah.. sikit jer.."
"Sampai terenjut² tue.. tak larat amik lar cuti.."
"Tak boleh amik cuti.. keje kat opis banyak.. " Aku diam dalam dakapan.. memikirkan kekhilafan diri.. betapa manusia nie kadang² cenderung bersifat mementingkan diri tanpa dia sedari.. terima kasih Allah menyedarkan aku.. aku takmo jadik isteri yg tidak diredhai suami.. ibu yang kejam pada anak sendiri..

"Naper Yang tetiber jer sebak semacam nie.. "
"Tak der aper.. tu dengar tu.. dia dah buat konsert dah.."

Lepas nyanyi "Kasih Ibu" dia sambung lagu "Insyaallah".. tak abis "Insyaallah" dia sambung pulak lagu "potong² roti" pastu "I love u, u love me".. "Nina Bobok".. the list goes.. medly sumer.. biler ditegur.. diajaknyer kita main ngan dia.. aduhaiiii.. Ainna.. Ainna...

"Adik.. Ayah ngan Bonda esok work.. adik tak nak tido pi main kat luar.."  Kakak² dia tido kat ruang tamu.. dowang takut tido bilik dowang kat belakang.. dowang kata panas.. hmmm.. takut lipas lar.. macam²..

Elok jer si Ainna tu kuar lepas aku cakap macam tue.. dah aku dengar bising².. dia kaco kakak dia tido pulak.. mata nie baru nak tido.. tetiber senyap sunyi.. tak bunyi aper pon.. dah tido ker si kecik tue.. terlintas di hati nak pegi tengok.. dah jadik warden asrama di tengah malam.. di ke bilik air.. nak bukak diapers.. dia biler berak memang suker pegi toilet sendiri.. bukak paip basuh berak.. berlagak cam budak besar.. sib baik aku bangun.. dia baru kat pintu bilik air..

"Ainna.. buat aper tu.."
"Iyak.." dia jawab dengan tersengeh² nakal.. aku tau.. dia nak main air.. aku cek.. tak dernyer taik pon... aku suh dia pakai seluar dia balik.. dia ikut jer pakai balik.. nak pulak dengar cakap... dan dia baring sebelah kakak dia yang tido..

Baru jer mata nak terlelap.. si Puteri notti tu datang lagi kat katil tepi telinga aku dia cakap..

"Adeeee (singkatan Bonda juga sebutan si Ainna).. Adeee.. iyakkk.. adik iyakkk.."  Aku dah mamai.. tak soal banyak terus bawak dia pi toilet.. bukak diapers.. tu dia seketui besar.. basuh berak.. pakaikan suar baru.. bawak masuk tido ngan kitorang atas katil.. baru nak lelap lagie...

"Aderrr.. Aderrr... nak hsu²... nak hsu²..."  Ya Allah.. nak aper lagie lar lepas nie.. sib baik lar Bondamu ini dah muhasabah diri dah tadi.. sabar... sabar.. kasih ibu sepanjang masa..

Bangun aku pi buat susu.. lepas tu baru boleh tido lena... dah dekat pukul 5.00 pagi pong.. dalam hati aku.. camner lar nak bangun pagi nanti... silap² terbabas...

Yerrrrrrrrr... betul!  Memang terbabas pon... celik mata tengok jam dah pon pukul 7.30 pagi.. yang mana biasanya waktu nie kitorang dah berhimpit² ngan keta² lain kat tengah jalan.. budak² tido.. En. Ady pon tido lagie... camner nie.. nak teruskan ke pejabat.. mau pukul 10.00 baru sampai.. akhirnya kami sepakat cuti dan baiki keta yg dah semput tue.. nak bawak pon takot.. takot enjin mati di tengah jalan.. aritu dah pi chek kat pomen.. ada part kena tuka.. so.. kita manfaatkan hari itu... masing² antar msg pada bos masing².. ohhh.. arinie keta dah ok dah... harap² tak buat hal lagie.. dia macam tau nak dapat madu baru.. huhuhu


1 comment:

Ena said...

kak,
entry akak ni wat ena meleleh.. touching pulak bila ainna nyanyi camtu.. pandainya dier..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails