Jumaat aritu aku tak pi keje.. dok melepek (melepak + lembik) kat umah.. bukan saja² nak cuti.. tapi dah sakit sangat kepaler nie.. rongga² sebelah muka dan sampai ke rahang gigi.. aduhhh.. tak tertahan raser.. gejala apakah itu?? Korang pernah raser? Itulah dia gejala sinus.. dah lamer aku tak diserang sinus yang teruk macam nie.. rasernyer last kena maser 2 bln sebelum kawen dulu...
Rasernyer ramai yang pernah dengar dengan perkataan sinus tapi.. korang tau ker apa itu sinus?? Aku dulu pon tak tau.. tapi lepas kugodek².. maklum lar maklumat di hujung jari jer sekarang nie.. aku jumpa lar satu artikel nie tapi dalam PDF format dari http://www.infosihat.gov.my/.. sangat bagus tau website nie.. banyak ilmu dapat kita pelajari bersama.. barulah aku tau rupa²nya sinus itu adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Rongga² udara nie terbahagi kepada 4 bahagian iaitu maxillary (bahagian bawah), ethmoid (bahagian dalam mata), frontal (bahagian atas mata) dan sphenoid. Membran yang melapisi rongga² sinus ini berfungsi mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
..empat bahagian rongga sinus.. |
..rongga sinus dari pandangan hadapan.. |
Bila dengar jer perkataan sinus mesti dikaitkan dengan resdung (rhinitis) kan.. tak cayer google lar.. sebab memang ada kaitan pon.. nama istilah kedoktorannya sinus tapi lebih glamer dengan istilah resdung di kalangan kita... radang sinus terjadi bila berlaku jangkitan pada lapisan membran pada rongga sinus.. semua orang dalam dunia nie boleh kena sinus termasuk lar kanak².. binatang?? ermm aku tak sure.. jangkitan sinus paling simple tu idung berhingus.. tersumbat.. tapi tahap biasa kita panggil selesema sahaja.. belum sampai radang.. dia akan dipanggil radang sinus (sinusitis) biler dah dicerobohi kuman yang tak diundang sebab tu dia meradang... ada 2 jenia radang:
1) Radang Sinus Akut (acute)
2) Radang Sinus Kronik
Penceroboh² yang biasa buat sinus meradang adalah virus.. bakteria.. dan kulat. selain tu boleh juga disebabkan alahan pada habuk.. cuaca.. iritasi kimia atau mungkin ada ketumbuhan dalam hidung (polyp).
Tanda atau gejala radang sinus yang boleh dilihat seperti kerap bersin (yang menyebabkan struktur 'turbinate' dalam hidung bengkak).. hidung tersumbat dengan cairan mukus pekat bewarna kuning kehijauan.. sukar bernafas.. batuk.. sakit kepala atau muka.. jerawat pada muka.. selesema berpanjangan.. hidung berbau busuk.. demam.. letih dan lesu.. hilang deria rasa dan bau.. batuk yang teruk di waktu malam..
Aku raser aku kena sinus akut sebab aku sakit tak lamer.. dalam seminggu jer.. iaitu less than 4 weeks tapi bagi yang mengidap sintom² di atas lebih dari 8 minggu.. cepat² dapatkan rawatan sebab radang sinus korang telah dikategorikan kronik.. Jangan pandang remeh radang sinus sebab tanpa rawatan mukus yang tersumbat boleh dijangkiti bakteria dan menyebabkan sinus membengkak dan bernanah.. ia boleh merebak ke bahagian mata (cellulitis) yang mana jika dibiarkan boleh menjejaskan struktur penglihatan.. nanah yang mengalir dari belakang hidung atau tekak akan menyebabkan infeksi di bahagian itu dan menyebabkan tonsil.. kuman dari bahagian tekak itu akan merebak pula ke bahagian tengah telinga (otitis media) yang mana boleh menyebabkan telinga sakit.. berdengung dan kurang pendengaran. Kalau tak rawat jugak nanah yang mengalir dan terkumpul akan memecahkan gegendang telinga yang mana telinga mungkin boleh pekak.
Infeksi tonsilitis peringkat kedua yang disebabkan oleh akut sinusitis boleh merebak ke peti suara menyebabkan suara menjadi serak dan kalau tak rawat juga kuman akan turun ke paru² dan menyebabkan pneumonia. Ohh.. yang lebih menakutkan.. kuman dari rongga sinus juga boleh merebak ke otak dan menyebabkan meningitis. Biler dah sampai otak.. sama lar macam hard disk komputer yg dijangkiti virus boleh menyebabkan automatic shut down... ngeeee...
Nak rawat.. dapatkan nasihat doktor berdekatan anda.. rehat lar dengan secukupnya.. bernafas dalam wap panas dari semangkuk air (dengan ditambah minyak angin dalam air).. Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.. hirup sup atau minum teh panas.. banyakkan minum air.. makan ubat tahan sakit.. ubat selesema untuk mengurangkan bengkak dalam hidung dan antibiotik sekiranya puncanya dari bakteria.
Bagi sinus kronik pula steroid nasal spray mungkin dapat membantu mengurangkan bengkak dan radang.. penggunaan antihistamin dalam jangkamasa panjang atau lakukan pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.
Nak hindari radang ini.. hindari haiwan peliharaan seperti kucing. anjing.. pastikan pengudaraan dalam rumah dalam keadaan baik.. gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.. jangan merokok.. jangan minum arak.. ambil ubat selsema atau resdung sebelum berenang atau menyelam.
Sekian.. serba sedikit yang aku baca..
Sekian.. serba sedikit yang aku baca..
Rujukan:
6 comments:
bagus la entry akak ni..
ena pernah baca tapi dah lama dah lupa pun... teringat kat wan yg sangat la sensitif ngan habuk dan sokmo bersin dan selesema tu..sakit paler tak yah citer la.. memg sokmo la.. tp tu la.. wat rawatan resdung tapi ubat tak moo makan.. hik hik.. camner nak baik? tapi habuk kat umah tu banyak la walaupun hari2 sapu.. erm..
artikel yang bagus. Mohon untuk share ye. Saya cuba search info dalam infosihat.gov, tapi tak jumpa. terima kasih. salam kenal =)
Salam kak, terima kasih atas posting ni, berguna buat saya kak, baru saya tahu sinus ni apa kak, untuk pengetahuan kak,Saya ada penyakit resdung paling teruk sejak kecil lagi sampai mandi xleh air sejuk kalau pagi2, saya menderita setiap kali g sekolah dan baru2 ni hidung saya berdarah sangat teruk. then doktor marah2 dan sahkan saya kena penyakit sinus tahap teruk, segala makanan minuman semua kena pantang. Saya rasakan bahawa saya dah tahap kronik gak. Doktor kata, kalau tak ok, saya kena pergi hospital besar untuk further checking. Sampai sekarang kepala saya masih sakit, berdenyut2 dan saya cepat letih & lesu sangat2 ketika bekerja. Saya nak g hospital sorang, memang tak lah kan, sbb keluarga saya macam tak nak ambil tahu je pasal saya ni. Asyik2 suh makan ubat resdung, saya memang makan, tapi sampai bila? sampaikan ada yang saya makan ubat, masih lagi kena juga. Saya sedih pasal tu la kak, dah lama pendam hati ni. Tapi apakan daya. Macam tu je lah saya dengan keadaan macam ni. Panjang berjela plak saya bermadah ni haha. Apa2 pun terima kasih atas info ni. Salam Kenal dari saya.
Encik Emyrukenza
Salam..saya mohon copy utk share info sinus ye..saya nak share testimoni sinus yg berjaya dirawat dgn Doublestemcell di page sy. Sy pun tak pernah tau sinus ni ape. Google2 jumpe post saudari..
Jika berminat utk dapatkan produk ini, boleh hubungi sy Safiyyah di 0137747913 atau FB: Doubletriple Stemcell.
Terima kasih atas perkongsian :)
Info yg bagus.. pasal terkena la baru saya nak godek google..nasib jumpa blog ni..pasni kena buat rawatan cepat..pala denyut2..bwh mata sakit mcm ditekan2.
Tq for sharing
Terima kasih dengan segala info diatas banyak pengetahuan tentang resdung atau sinus yang saya dapat...
Post a Comment