.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, December 22, 2006

SyAHDuNyeR PeTaNG itU...

Semalam aku cuti.. that's y no new entry yesterday.. seharian aku di rumah mak.. Ady drove us to umah mak, then dia gi keje naik bas coz I needed the car..

Pepagi lagi mak dah ajak aku gie Tesco Ampang.. dia nak beli barang keperluan umah.. so that dia senang ati sepemergian dia ke Tanah Suci.. stock makanan ada kat umah tu... begitu kasih seorang ibu.. walaupon anak dah besar² masih difikirkan keperluan anaknya sebelum meninggalkan sumer... (Mak aku dah mula bersolat ker skrg nie... kalau ikut jadual penerbangan mak patutnya dah tiba di Makkah Al-Mukkaromah jam 8.00pg tadi..) pastu aku drove to Klinik Kesihatan Ampang utk monthly checkup Alyaa ditemani Natun.. punyalah peramah nurse tu.. macam² nasihat utk baby dia bagi kat aku.. lama jgk menunggu sampai aku tersengguk² tido macam siput sedut kata adik aku... pastu tu isi minyak di Shell.. then terpakser ghak ke Mc'D di Ampang Point biler Natun tak abis² merengek kata tingin nak makan Mc'D.. Dekat kul 2.00 baru sampai umah...

Sedu-sedan mengiringi langkah mak petang tu.. bermula dari kuar gate rumah di Taman Dagang.. kawan baik mak Cik Ton dah teresak² menitiskan air mata (tgk air mata Cik Ton.. tetiba aku pon terus jadik sebak..) .. sepatutnya kami bangga kerana mak berjihad menunaikan ibadah yg dituntut biler telah berkemampuan bagi setiap umat Islam... pergi menunaikan "...seruan haji... telah tiba lagi... menunaikan ibadah... panggilan Baitullah.. tanah suci Mekah..."

Sampai di tmpt berkumpul jemaah haji di Kelana Jaya.. sesaknyer tak terkata.. ramai sungguh manusia.. masing² menghantar org yg dicinta dgn harapan mereka mendapat Haji yg mabrur.. biler sumer adik-badik nangis maser tu... melepaskan mak ke tanah suci teraser seolah kami yatim piatu di sini.. kesian dan sedeh jgk tgk mak pergi menunaikan haji seorang diri... apakan daya Abah telah lama pergi... mmg aku akui sebagai seorang ibu tunggal.. mak seorang wanita yg tabah... mengharungi onak dan badai kehidupan semenjak 8 thn yg lalu.. setiap kepayahan.. titisan air mata.. hanya kami anak beranak yg tahu... Pemergian Abah tika itu mmg satu tamparan hebat buat kami... tapi mak hadapinya dgn redha... aku masih ingat mak jaga abah sampai bengkak² kaki dan demam²... 3 thn lamernyer HBKL jadi rumah kedua kami... masa tu Shifa adik bongsu aku masih isap jari.. baru berusia 8 thn ketika Abah menghembuskan nafasnya yg terakhir.. aku pula baru 19 thn... baru pre-sem di UiTM Jengka, Pahang.. bayangkan.. betapa patahnya hati aku tika menerima takdir Illahi ini... berminggu² aku akan menangis setiap kali org membicarakan soal Abah... mmg aku rindukan Abah.. lelaki budiman yang amat bertanggungjawab.. menyara 8 org anaknya tanpa mengenal erti lelah.. anak yg soleh juga taat kpd ibubapa... suami yg cukup baik walaupon tidak seromantik lelaki lain..

Cukup sudah segala kesedihan.. bangkitlah dari kekecewaan.. lalu berdiri aku dengan tabah.. emak menjadi idola.. aku bina personaliti keras.. aku benci melihat wanita lemah... berdiri dan melangkahlah dgn gagah duhai wanita... hidup perlu diteruskan.. tidak kira apa yg melanda... jgn sesekali kita menyerah.. pasrah kpd takdir.. tiada maknanya hidup mengirai mimpi nan malang.. buka mata dan hadapilah kenyataan dgn tenang... semangat kita masih diperlukan utk mereka yg berdiri di belakang kita utk meneruskan kehidupan...


Setelah mengeringkan titisan air mata juga sebak di dada.. kami membalas lambaian terakhir emak sebelum melangkah ke dewan berlepas dgn hati yang tenang... sesudah itu kami adik beradik berkumpul dan makan bersama² di hentian rehat Awan kecil a.k.a. bandar kinrara menikmati makan malam bersama².. sate Hj. Samuri makanan dinanti.. lupakan perkara yg bukan² dan berdoa moga Allah permudahkan segala kesukaran dan emak dpt menunaikan ibadahnya dgn baik kembali semula bersama haji mabrur.... Aminnnn~



..Kami beramai².. Emean, Natun, Lilis, Dora, Shifa, Putra, Mak, Abg, Aku & Alyaa..

Alyaa.. Mak & Sharifah Husna Shifa (adik bongsu aku skrg dah form 4)

.. Bergambar lagi..

Tgk aper Alyaa buat kat Damia (anak Putra)

..Mak dan cucu²nya.. Sharifah Nurul Auni, Sharifah Yasmin, Putri Alyaa Safiah & Sharifah Damia Farzana bersama Putra & Fida isteri dia.. sorang jer cucu mak Sharifah Mohanna Aisyah tak ada di sini sbb tinggal dgn opah dia..

..Close up..

..Mak bersama adik aku no. 4 Sharifah Annissa a.k.a. Lilis

..Mak bersama adik aku no.7.. Sharifah Fatihatul Adnin.. a.k.a. Natun..

..Mak bersama aku sekeluarga..

..Mak bersama Syed Aminurashid a.k.a. Emean adik aku no. 6 dan Syed Ali Imran a.k.a. Dekli adik aku no. 5..

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails