.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, December 20, 2006

..Besarnya DUGAANmu duhai IBU..

Sedeh sungguh aku bacer artikel nie... bagai nak berjurai air mata bayangkan dahsyatnya dugaan yg terpakser dilalui oleh seorang anak kecil juga ibunya...kalau kita di tempatnya.. bagaimana??
___________________________________________________________________________

TERLANTAR... Beginilah keadaan Akmal Haris yang hanya mampu terbaring dengan mata terpejam rapat setelah dijahit bagi mengelak jangkitan kuman.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sayang anakku Akmal Haris
Oleh Siti Zaleha Jorimai

BERAPA ramai ibu yang pernah menempuh pengalaman menyambut ulang tahun kelahiran anak dengan menyorongnya masuk ke bilik bedah.

Ketika anak tersebut sepatutnya girang meniup lilin dan memotong kek hari lahir sambil dikelilingi rakan-rakan sebaya, tubuhnya terlantar tidak bermaya di atas katil ditusuk jarum suntikan dan pisau pembedahan.

Pilu mendengarnya, tapi jauh lebih memilukan bagi yang pernah melaluinya. Bahkan, tiada kata-kata yang mampu mengungkap perasaan seorang ibu menempuhi pengalaman sebegitu.

Bagi ibu muda, Rozarina Bukari, 35, ia umpama mimpi ngeri yang akan menghantui kehidupannya sampai bila-bila.

Segalanya bermula apabila anak keempatnya, Akmal Haris Shamsul Anwar, satu tahun enam bulan, mengalami musibah atas kecuaian pihak yang diberi tanggungjawab melindungi dan menjaganya.

Setiap kali bercerita mengenai peristiwa malang itu, air mata Rozarina pasti deras mengalir.

Menceritakan semula tarikh hitam 7 September 2005, Rozarina masih mengingati satu demi satu detik cemas yang terpaksa dilalui.

Katanya, petang itu dia menerima panggilan daripada pengasuh dari pusat jagaan kanak-kanak (taska) tempat Akmal ditinggalkan pada pagi tersebut.

Si pemanggil beberapa kali meminta dia datang ke taska, tetapi peliknya enggan memberitahu sebabnya walaupun selepas didesak berulang kali.

“Hati saya sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku. Bergegas saya ke sana dan setiba di sana saya lihat seorang pengasuh sedang mundar-mandir mendukung Akmal.

“Mulanya pengasuh berkenaan enggan menyerahkan Akmal sehinggalah saya menjerit supaya menyerahkan anak saya. Ketika dalam pangkuan, saya lihat keadaan Akmal sudah lembik tidak bermaya dan setelah didesak baru mereka memberitahu anak saya jatuh buai.

“Saat itu juga saya bawa dia ke klinik berhampiran dan doktor memberitahu keadaan Akmal serius perlu dihantar ke hospital. Doktor juga memberitahu anak saya sudah diserang sawan sekurang-kurang 40 minit sebelum tiba di klinik.

“Kemudian baru saya tahu, Akmal rupanya diserang sawan sebaik jatuh dari buai di mana tubuhnya jadi biru, muntah dan mulut berbuih. Malangnya, pengasuh taska mengambil masa lama untuk menghubungi saya,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Mewah, Semenyih, Selangor.

Menurut Rozarina, saksi kejadian juga memberitahunya pengasuh taska membuai Akmal terlalu kuat dan tali nylon yang dijadikan tali buai putus menyebabkan tubuh kecil itu melambung ke dinding sebelum jatuh ke lantai.

Sambung ibu muda itu, ketika dihantar ke hospital keadaan Akmal begitu menyedihkan, kedua-dua mata hitamnya sudah tertarik ke tepi dan hanya mampu mengerang apabila dipanggil namanya.

“Ujian x-ray menunjukkan kepala Akmal retak dan berlaku pendarahan. Tapi yang lebih mengejutkan terdapat juga kesan darah beku yang sudah lama.

“Doktor mengandaikan Akmal sebelum ini sama ada jatuh atau digoncang dengan kuat berkali-kali. Kata-kata doktor amat mengejutkan saya kerana pihak taska tidak pernah memberitahu apa-apa tentang perkara itu.’’

Buat pertama kali malam itu, Akmal memasuki bilik bedah dan kepalanya ditebuk untuk mengeluarkan darah beku.

Tiga jam berada di dalam bilik bedah, Akmal dibawa keluar dengan keadaan tubuh yang berselirat dengan wayar, langsung ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

“Sukar sungguh untuk saya menerima kenyataan. Bayi yang pagi tadi saya tinggalkan dalam keadaan sihat dan riang, kini terlantar tidak bermaya. Hanya Tuhan saja yang tahu sayu dan gundah-gulananya hati seorang ibu menyaksikan keadaan anak yang sedemikian rupa,’’ katanya menyambung cerita.

Trauma yang dilalui Rozarina dan suami, Shamsul Anuar Saidin, 35, rupanya jauh lagi dari titik noktah kerana keadaan Akmal tidak berubah, bahkan bertambah teruk berikutan tekanan otak sebelah kanannya yang sangat kuat.

“Doktor meminta kebenaran untuk membuang tempurung kepala sebelah kanan bagi mengurangkan tekanan. Katanya, kepala Akmal ketika itu umpama air yang sedang ‘menggelegak’ yang bila-bila masa boleh ‘meledak’ jika penutup cereknya tidak dibuka.

“Doktor memberi dua kemungkinan, jika tidak dibedah Akmal mungkin tidak dapat diselamatkan dan jika pembedahan dilakukan anak saya mungkin lumpuh.

“Bayangkan apa pilihan yang saya ada ketika itu. Saya tidak mampu memberi jawapan kerana terlalu tertekan, tetapi pada hari ketiga saya reda membenarkan pembedahan dijalankan kalau itulah yang dapat mengurangkan penderitaan Akmal,’’ katanya sambil menyeka air mata yang deras mengalir.

Selepas pembedahan, Akmal dimasukkan semula ke ICU dan keadaannya stabil, tetapi hujung jahitan pada tempurung kepalanya yang dibuang pula menghadapi masalah tidak mahu bercantum.

Doktor terpaksa membuka dan menjahitnya semula bahagian tersebut sebanyak tujuh kali tanpa menggunakan ubat bius kerana tubuh Akmal tidak boleh lagi menerima suntikan tersebut.
“Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung, sedangkan kita yang dewasa luka sedikit pun sudah mengadu sakit, inikan lagi dijahit ‘hidup-hidup’. Sampai sekarang masih terdengar-denger rengekan Akmal ketika jarum jahitan menusuk kulitnya.”

Mungkin disebabkan kesakitan itu, pada hari ketujuh suhu badannya tiba-tiba naik hingga mencecah 40 darjah celsius. Seluruh tubuhnya menggeletar dan sentiasa mengerang seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.

Doktor kemudian memberitahu, anak kecil itu perlu dibedah sekali lagi untuk membuang cecair yang terlalu banyak pada kepalanya yang saiznya semakin membesar.

“Ketika doktor memberitahu Akmal perlu dibedah sekali lagi, hati saya sangat berdebar dan naluri keibuan saya seolah memberitahu saya mungkin tidak akan bertemu lagi dengan anak cukup istimewa ini.

“Sebelum dibawa masuk bilik pembedahan saya cium wajah Akmal sepuas-puasnya. Saya bisikan pada telinganya yang saya sayangkannya dan halalkan susu yang dia minum.

“Saya lepaskan dia dengan hati yang berat tapi saya reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,’’ katanya.

Keluar dari bilik pembedahan, Akmal koma dan doktor terpaksa menebuk leher untuk memudahkan sistem pernafasannya. Keadaannya begitu tenat dan doktor sendiri memberi tempoh tiga hari untuk hidup kerana tekanan dalam kepalanya terlalu kuat.

Namun, memang benarlah Akmal anak yang istimewa, semangat untuk hidup begitu kuat dan dia terus bertahan biarpun tempoh ramalan doktor berlalu.

Rozarina tetap bersyukur kerana Akmal terus berada di sisinya walaupun dalam keadaan koma dengan matanya terbuka.

“Seperti yang saya kata tadi, Akmal memang anak yang istimewa. Dalam keadaan seperti itu dia masih bertahan, malah dipindahkan ke wad biasa.

“Kebetulan waktu itu sudah masuk bulan Ramadan. Sebulan saya berpuasa dan berhari raya di hospital. Sempat juga saya beli dan pakaiankan Akmal baju raya,” katanya pilu.

Begitupun, keadaan akmal amat daif, badannya melengkung dan kakinya berlipat, sesekali air kencingnya mengandungi nanah.

Rasa lega Rozarina dan suami juga tidak bertahan lama apabila masalah lain pula muncul. Disebabkan pengaliran oksigen yang tidak lancar, kaki Akmal mengalami gengeran dan doktor mencadangkan kaki tersebut dipotong.

“Ia satu lagi pukulan yang maha hebat. Saya tolak saranan doktor kerana pada masa itu saya fikir kalaulah Akmal mahu ‘meninggalkan’ saya biarlah dalam keadaan anggotanya sempurna tidak ada cacat cela.

“Namun, satu hari saya ternampak daging kakinya yang gengeran luruh satu demi satu sehingga menampakkan tulang.

“Kerana terlalu terkejut saya jatuh terduduk. Saat itu juga saya izinkan doktor memotong kakinya jika itu jalan terbaik.

“Saya dapat rasakan dia cukup menderita. Namun, melihat keadaannya, saya insaf selagi Tuhan masih belum menjemput dia sebagai ibu saya perlu bertanggungjawab mencari penawar yang terbaik untuknya.’’

Tiga bulan ‘berumah’ di hospital, Akmal akhirnya dibenarkan pulang ke rumah biarpun dalam keadaan yang begitu daif, hanya terlantar dan tidak boleh bergerak.

Usaha menyembuhkan Akmal tetap diteruskan dengan mencari rawatan alternatif seperti berurut dan fisioterapi.

“Alhamdulillah ada perubahan, badan yang melengkung kembali lurus, manakala kaki dan tangan yang berlipat sudah tegak semula,’’ katanya yang kemudiannya menyambung tugasnya sebagai guru sekolah menengah selepas ‘bercuti’ panjang.

Begitupun kata Rozarina, kesengsaraan Akmal belum berakhir, giliran matanya pula menerima kesan daripada keadaannya yang koma.

Disebabkan keadaan mata Akmal sentiasa terbuka, tidak berkedip dan tiada air mata, mata hitamnya menipis dan berkemungkinan bocor.

“Doktor memberi pilihan sama ada untuk membuang biji mata yang rosak atau menutup terus dengan menjahit kelopak matanya,’’ katanya.

Tidak tahu ujian apa lagi yang harus dilalui anak kecil ini, Rozarina hanya mampu berserah melihat kelopak mata anaknya dijahit rapat untuk selama-lamanya.

Dengan cara itu menurut doktor, biji mata akan kecut dan diliputi daging sekali gus mengelakkan daripada jangkitan virus jika ia dibiarkan terbuka.

Sejak kejadian malang pada usianya baru tiga bulan dan kini mencecah setahun enam bulan, Akmal sudah melalui sembilan pembedahan besar, tiga di kepala, tiga bagi membuang kakinya yang gengeran dan tiga pembedahan mata.

Terkilan

Biarpun reda dengan keadaan Akmal sekarang, jauh di sudut hati ibu kepada empat anak ini, masih terbuku rasa terkilan yang mendalam.

Keadilan yang dicari tidak kunjung tiba apabila pihak yang menyebabkan Akmal berkeadaan begitu masih bebas daripada sebarang tindakan.

“Bukan saja tidak dikenakan apa-apa hukuman, malah pihak berkenaan kini mengembangkan perniagaan dengan membuka sekurang-kurangnya dua lagi pusat jagaan serupa.

“Saya bukan berdendam, saya cuma mahu keadilan bagi Akmal dan supaya kejadian yang menimpa anak saya tidak berulang pada kanak-kanak lain. Siasatan oleh pihak polis terhadap kes ini sampai sekarang pun tak dengar khabar beritanya.

“Kalau kes ini kecuaian saya boleh terima lagi, tetapi ini kes penderaan. Doktor yang merawat Akmal pun mengakuinya. Saya anggap ia sama seperti kes merompak dan membunuh. Mereka sudah ‘bunuh kehidupan’ Akmal, merompak hak Akmal untuk berjalan, melihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain,’’ katanya dengan air mata berlinangan semula.

Walaupun terlantar, tumbesaran Akmal seperti kanak-kanak normal lain dan kini beratnya sudah mencecah 11 kilogram. Semakin meningkat usia, kos penjagaannya juga semakin tinggi, lebih-lebih lagi Akmal hanya bergantung pada susu khas berharga RM21 satu tin kecil dan dalam sebulan dia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tin susu.

Penjagaan terhadapnya juga perlu dilakukan berhati-hati memandangkan sebahagian besar tempurung kepalanya sudah dibuang dan hanya diliputi kulit serta rambut hitam lebat.

Setakat ini menurutnya, hanya pihak Yayasan Kebajikan Negara yang mengambil peduli dengan memberi bantuan lampin pakai buang dan susu selama setahun.

“Pihak taska sudah tidak ambil tahu, malah sejak insiden itu mereka hanya datang dua kali menjenguk Akmal di hospital dan menghulurkan duit sebanyak RM2,000,’’ katanya.

Selain dari segi kewangan, kejadian yang menimpa Akmal memberi kesan kepada seluruh keluarga termasuk tiga lagi anak Rozarina, Farhana Shamsul Anwar, 8, Adam Illman, 6 dan Aizad Haqimi, 3.

Menurutnya, sesekali mereka merungut tidak dapat lagi bercuti ke tempat-tempat yang mereka sukai.

“Bukan tidak mahu membawa mereka bercuti, tetapi keadaan Akmal menyukarkan untuk kami bergerak ke mana-mana. Begitupun, saya berusaha juga sedaya upaya memenuhi permintaan mereka,’’ katanya.

Sebagai ibu, tekanan yang dirasai oleh Rozarina juga bukan kepalang hebatnya, lebih-lebih lagi apabila datang rasa rindu yang tidak tertahan pada anak kecil itu.

“Pada hari lahir saya baru-baru ini, dek kerana terlalu rindu dengan pandangan mata Akmal, saya bisikan pada telinganya, ‘bukalah mata Akmal dan ibu ingin sangat melihat Akmal berjalan walaupun dalam mimpi’.

“Permintaan saya dimakbulkan Tuhan, sayangnya mimpi itu bukan berlaku pada saya sebaliknya pada pengasuh yang menjaga Akmal sekarang. Dia bermimpi melihat Akmal berlari dan tersenyum,’’ katanya sambil mengesat air mata yang tumpah untuk sekian kali.



Copy/Paste Comments:

Allahuakbar......

Kisah Rozarina nie bukan perkara baru dipaparkan dalam akhbar dan sayapasti tersentuh hati setiap kali membaca petikan berita seumpama ini.

Buat Pn Rozarina, saya harap dia tabah menghadapi semua dugaan yang menimpa nie dan saya tahu apa yg berlaku bukan permintaan mahupun doa dari sesiapa. Saya juga berharap kita tidak menyalahkan mana-mana pihak memandangkan pihak yang diberi tanggungjawab tuh pun tak lepas dari buat kesilapan. Nobody perfect....Mungkin nasib kita baik sebab anak kita tak pernah jatuh buai sepanjang dia dlm jagaan kita. Tp tak mustahil jugak dia turut ditimpa musibah begitu bilamana para ibu mengalami depression ker...hyper tension ker....

Apa yang boleh kita lakukan.....ambil ikhtibar....

Cukup sekadar memberi pandangan dan nasihat kepada para ibu yang akan bersalin serta akan menyerahkan tanggungjawab kita terhadap pengasuh (saya juga merupakan ibu bekerja seawal 7am dan mengambil anak seawal 7pm buat 2 orang puteri 6 bulan dan 2thn 6 bulan)......:-

1. Pastikan kita memilih pengasuh dengan teliti. Biar cerewet sedikit memandangkan kita akan menyerahkan anak kita dlm jagaannya hampir 8 jam....

2. Bila memilih pengasuh tuh, janganlah ambil mudah. (Sebab pengasuh tinggal berdekatan dengan kitalah...Pintu rumah dia dengan pintu rumah kita bersebelahanlah.....dan Pengasuh tuh minta bayaran murahlah......)

3. Semasa tempoh berpantang.....Tolonglah pastikan kita tak masukkan baby dlm buai. Setakat menangis tuh....normallah....Nie bila baby start nangis,pi masukkan dalam buai dgn harapan dia tenang)Kalau boleh, cakaplah lelembut sikit kat mak/mak mertua yg kita tak nak ajar anak tidur dlm buai. Orang dulu² takpelah masukkan dalam buai sebab habis pantang, tak keje....Dalam pada buat keje rumah nanti, still boleh buaikan anak.

4. Paling penting, pastikan pengasuh tuh memang tak pakai buai dalam tempoh mengasuh anak² kecil.Jangan plak nak dok baik hati pi hantar buai kalau diorang tak ada buai or hantar buai sbb kita tak nak baby kita share ngan baby org lain. Nak selesakan anak banyak cara lagi, hantarkan cradle swing ker.... Apa yang saya sampaikan nie berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengalaman sekeliling.....Saya tahu yang semua antara kita nak yang terbaik untuk anak-anak dan pada masa yang sama terpaksa buat sesuatu yg terbaik demi anak-anak tersayang....Cukuplah sekadar untuk menyatakan kepada para ibu.....Yang nak kita serahkan adalah nyawa anak²...So, biar bersusah sikit asalkan kita pasti segala kesusahan kita berbaloi. Ikut rasa penat, memang ada....tapi saya tetap drive ke tempat mengasuh yg jauh hampir 5km (15-20 minit)\n walaupun di kawasan perumahan apartment saya terdapat lebih dari 4 orang pengasuh. Bukan aper, pengasuh saya nie tak nak ambil buai dan semasa anak saya yg sulung, tok dia memang ajar masukkan dia dlm buai everytime dia bersyair....Tapi habis pantang, saya serahkan pd pengasuh yng tak nak buai nie, alhamdulillah.....anak saya boleh pun tidur kat lantai. Saya tau dia bersusah payah nak tidurkan anak saya yg tak boleh berenggang ngan buai time tuh tp saya nampak keihklasan dia semasa menjaga anak saya......dan hasilnya....keselamatan dan nyawa anak saya tak terletak di dalam buai lagi.....Alhamdulillah.. BUAT SEMUA PARA IBU....BERFIKIRLAH SEJENAK.... DAN SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MODERATOR SEKIRANYA DIA TAK HIDE E-MAIL SAYA NIE SEBAB APA YG SAYA CATATKAN MERUPAKAN LAHIR DARI ISI HATI SEORANG IBU.......

salam dari Qis-Dina....

___________________________________________________________________

salam,

memang sedih if menda camni jadik kat baby yg tak tahu per2. menda2 camni buat jay rasa cam nak berenti kerja jaga anak sendiri, tapi yelah, kita bukan orang senang. kena la kerja w/pun hati kat anak jer. cam jay ni, mak yg jaga si Hud, tapi dia dah 60thn n sakit qout. baru last year operate buah pinggang, so memang tak berapa sesuai nak jaga cucu yang makin lasak tuh.

tambah pulak, mak nih ada idelogi zaman dulu2. tak leh nak suai padan ngan zaman internet kita nih. nak hantar ke pengasuh, jay nih cerewet siket, lagi pun kat area rumah jay tuh, tak der orang mengasuh anak pun. serba salah dibuatnya. sib baik hubby kerja sendiri, leh la dia jenguk anak masa tengah hari.

klu bab buaian nih pun, mulanya jay nak si Hud tido kat baby cot jer siang malam, so tak yah la pakai buai, tapi bila dia meragam sgt, mak suggest beli buaian, so hubby pun beli la, sudahnya... dah jadi addict kat buaian tuh.

nak buat camner... cuma harapnya takder per2 yang jadi la. mintak jauh sgt2.

Jay... Along... Hud

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails