.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, December 15, 2006

...Aku Bukan OrG SuCi...


Korang tau aper yg bermain di fikiran aku sekarang nie.. susah utk aku luahkan.. since this blog is meant to be the place for me to burst out my feeling.. I'll write though I know it'll reveal the secret in my heart...

Kadang² aku sendiri sedeh... biler sedeh aku tak tau tempat nak mengadu.. aku cenderung memendam rasa dan adakalanya berkongsi hati dgn laki aku.. tapi kengkadang tak sumer citer dpt dikongsikan dgn lelaki.. pemikiran dan perasaan lelaki dan wanita nyata lahiriahnya berbeza... kadang² kita perlu meluahkan apa yg kita rasa utk meringankan tekanan di dada...

Umum.. mungkin semua tahu aku mmg seorang yg pendiam... aku lebih mudah diumpamakan sebagai pemerhati... kadang² ada juga org yg nampak aku seperti seorang yg anti sosial... tidak.. aku bukan seorang yg anti sosial.. cuma aku tidak terlalu sosial... sebab kalau terlalu sosial.. nanti akan mendatangkan SIAL pada diri sendiri..

Pada mereka yg rapat ngan aku tentu sedia maklom aku nie bagaimana orgnya... pada yg baru nak kenal mungkin mengatakan aku sombong... ya... aku mengaku... aku wanita keras... perwatakanku keras... perlakuanku keras... kata²ku juga selalunya keras... aku minta maaf dan ampun banyak² pada sesiapa yg pernah terluka hatinya.. sesungguhnya tiada niat di hati aku menjadi peluka hati org... aku tidak suka menjadi manusia yg mendatangkan masalah dan resah pada org lain... sungguh... kalau ada di antara anda... atau korang² sumer yg raser tak sesuai.. atau tak suka dgn cara aku... tolong jauhkan diri anda dari aku manusia yg hina... aku tahu.. sebagai manusia kita tak dpt puaskan hati semua org... tak semua org sukakan kita... dan tak semua org juga yg kita suka... itu mmg dah sifat manusia... kerana kita mempunyai perasaan dan watak yg berbeza...

Aku tak kisah dan aku tak peduli kalau ada antara manusia² hipokrit yg cuba jauhkan diri korang dari aku.. malah.. aku merasa amat bersyukur sekali... bagiku.. manusia hipokrit tiada nilainya buat diriku... persahabatan tidak dpt dinilai melalui kepopularan.. kepandaian.. harta benda... tapi persahabatan yg tulus datangnya dari hati yg ikhlas... org yg ikhlas ketika berkawan akan sentiasa senang bersama.. tiada hasad dan tiada dengki.. tiada perasaan ingin sentiasa melibihi... tolong jangan berkawan dengan aku kalau kamu cuma sekadar ingin menunjuk²... kerana aku tak luak dan tidak terusik sedikitpon dgn apa yg ditunjukkan olehmu.. aku bukan gila harta.. dan bukan juga manusia mata duitan... tolong jauhkan diri dari aku kalau kamu hanya memerlukan aku ketika kamu dlm kesunyian... kerana aku bukan badut utk mengubah kesuraman kepada kecerian... tolong jauhkan diri dari aku kalau kamu hanya memerlukan aku di saat kamu kesesakkan... aku bukan pelepas sesakmu.. aku tiada harta berkepuk utk dipinjamkan... aku tak punya nama utk dibanggakan... ikhlas di sini kuberitahu... bersahabatlah denganku kerana diriku sendiri bukan kerana teka teki... aku insan biasa... tiada yang lebih di mata... tetapi selalu kurang di hati... Maafkan aku sahabat.. jika aku terlebih emosi.... aku bukan org suci..........

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails