.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, February 15, 2007

-- NaSiHat MaK --

Baru lepas call mak tadi.. sore mak slow & serak.. mak kata dia ok.. adik aku no. 7 jaga mak semalam.. hari nie dia balik kampus dah.. hmm.. saper larr plaks jaga mak malam nie eak.. cian mak.. mak bukan larat nak jalan ke hulu ke hilir.. especially nak ke toilet.. mak kata ramai org dtg lawat dia.. jiran² sumer dah tau mak sakit walaupon mak tak kasik bagitau.. aku pon tatau saper yg spread the news.. mak aku nie jenis tak suka susahkan org.. tak suka mintak tolong org.. tak suka kecho².. just the way I am.. aku nie waris sket perangai mak & abah..

Aku takkan mintak tolong org selagi aku mampu lakukan.. aku juga tak suka susahkan org.. aku suka hidup berdikari... and I am a detail person in every aspect... aku tak suka org buat keje main tangkap muat jer.. lepas batuk di tangga.. tak sepenuh hati.. org macam nie jenis manusia yg tak bleh diharapkan.. sumer nak ambil mudah..


Sayangnya kat tmpt keje aku skrg.. tak ada keje yg bebetul menarik minat juga membolehkan aku mengasah skill² kerja aku dah lapuk ditelan zaman nie.. Kadang² aku heran.. kenapa dorang nak amek lebih ramai staff² baru sedangkan staff yg sedia ada pon tak dimanfaatkan sepenuhnya kemahiran mereka.. Aku sebenarnya bukanlah seorang pekerja yg malas.. aku suka buat keje.. tapi biar lar keje yg betul² memberi aku cabaran... yg membolehkan aku berfikir dan menggunakan kemahiran analitikal aku.. yg membuka satu perasaan mengujakan dan cabang baru dalam kerjaya pekerjaan aku.. Aku dah bosan dgn skop keje aku sekarang.. bos aku baik.. mmg baik.. rakan keje juga baik.. tapi.. aku mahukan peningkatan dlm hidup.. peningkatan kemahiran dlm kerjaya.. aku mahu menjadi seorang pekerja yg serba boleh.... tapi kenaper dorang sumer tak pernah nak pk kan itu..???

Dah dua hari aku tak lawat mak.. aku tertanya² juga keadaan mak.. aku rindu juga utk mendgr celoteh mak.. hmm... aku ingin menjadi anak yg bertanggungjawab juga.. masa kecik dulu.. mak yg rawat sakit demam aku.. bila dah besar nie takkan aku nak biarkan mak terkapai² sendirian.. kalau boleh hari² aku nak lawat mak.. tapi apakan daya.. tanggungjawab ku terikat antara isteri juga ibu selain anak kepada mak.. aku mengharapkan adik² yg lain masih ada.. yg masih bujang dan tak byk komitmen.. aku harap dorang dpt jalankan tanggungjawab dorang sebaik²nya.. Insyaallah bila ada masa terluang akan kugunakan utk menunaikan tanggungjawab aku walau hanya sedikit..


Dalam hidup nie.. mak & abah lah idolaku.. mereka contoh terdekat yg dapat aku ikuti.. sikap.. tanggungjawab jua perangai.. byk yg kuwarisi secara tak langsung.. Abah seorang yg tegas.. tekun bekerja.. pemurah dan suka kanak².. tapi dia sukar utk mempamerkan kasih sayangnya.. begitu juga aku.. mak seorang wanita yg tabah.. cekal hatinya bila ditimpa dugaan.. mak senantiasa redha dgn ujian.. mak mempunyai prinsip hidup.. malah aku meniru cara mak bercinta.. mak kata.. selama dia bercinta juga berkenalan dgn mana² lelaki.. mak tak pernah sekalipon benarkan mana² lelaki menyentuh dirinya.. begitu juga aku.. maruah diri mak junjung tinggi.. tak kira di mana berada.. mak tahu meletakkan dirinya di mana.. begitu juga aku.. dlm hidupku cinta dan kasih sayang mmg perlu.. tapi aku takkan jadi hamba cinta... mak pernah sedarkan aku dari mimpi dan angan² indah.. mak buat kakiku jejak di bumi yg nyata.. mak pernah cakap.. "Lelaki nie.. semakin dikejar.. semakin dia lari.." Lalu aku berhenti mengejar lelaki yg aku suka... sbb org kata.. "cintailah lelaki yg menyintai diri kita dari kita mempertaruhkan hati kita pada lelaki yg belum tentu ikhlas menyintai kita"..

Adalah penting sebagai ibu bapa kita menunjukkan contoh yg baik kepada anak².. kerana kitalah org terdekat utk mencorak mereka.. Secara tak langsung samada secara sedar atau tidak.. sebahagian besar sikap dan tingkahlaku kita mempengaruhi perkembangan pemikiran dan tumbesaran mereka....


No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails