Semalam aku tadak mood nak tulis aper.. I have such a hard days lately.. susah nak citer.. keadaan telah banyak memainkan emosi aku... yg kejap turun kejap naik.. sesungguhnya aku letih dgn keadaan yg aku hadapi sekarang nie.. itulah dugaan dan ujian dari Allah utk kita insan yg masih bernafas di atas bumi nie..
Last week start from Friday night Alyaa demam... panas sgt badan dia.. kami laki bini tatau nak buat apa.. coz this is the first time she ever sick.. kitorang quite risau & panic.. aku tanggalkan baju Alyaa pagi buta tu.. lumurkan badan dia dgn air asam jawa.. aku tingat mak buat kat aku macam tu dulu.. Alyaa asyik menangis dan merengek.. kesian sungguh tgk dia.. budak kecik demam tak macam org tua.. dorang tak berdaya... aku cuba apa yg termampu utk redakan panas dia.. but the hit still rose up high.. Alyaa tak lena tido.. inikan pulak kami... 3 malam berturut² kitorang tak lena tido.. Alyaa resah dalam kepanasan.. dia kurang minum & tanak makan langsung.. dah tu asyik muntah jer biler kitorang cuba bagi ubat.. abis sumer susu yg tak seberapa teguk diminumnya tu kuar balik.. berketul².. cian cayang Bonda.. tak sanggup rasanya aku tgk kesengsaraan dia.. sayu hati aku.. badan dia susut betul & lemah longlai.. Pegi Klinik 2 kali.. demam Alyaa masih tak kebah.. diraba² gusi dia.. dua batang gigi nak muncul rupanya.. alahai anak Bonda.. baru 2 batang gigi demamnya dah macam nie.. sok² gigi lain tumbuh lagi.. tatau lar aku macam mana gayanya..
Isnin aku terpakser amik Emergency Leave.. what to do.. Sayangkan anak perlu pengorbanan.. baru aku sedar kini betapa besarnya pengorbanan yg diberikan oleh mak abah aku sepanjang membesarkan kami lapan beradik.. kasih sayang.. perhatian.. jerih perih.. semuanya tak ternilai dgn wang ringgit.. Yg menyedihkan lagi.. same day Alyaa kena demam.. mak aku masuk wad.. sebab darah beku dah sampai perut.. kaki mak bengkak besar sgt.. kata doktor.. sakit mak quite critical kalau tak dipantau dan dikawal.. nasib tak baik kalau darah yg beku tu merebak dan sampai ke organ² penting.. nyawa mak jadi taruhan.. (aku sungguh tak sangka sakit yg mak tangguh² nak jumpa doktor tu will end up this bad) mana nak bergelut jaga Alyaa yg demam.. mana nak pk mak yg sakit... perasaan aku betul² terdera.. tapi aku kuatkan semangat.. aku masih berdiri hingga kini... kupanjatkan doa ke hadrat Illahi agar aku dpt menempuhi keadaan sukar spt ini dgn tenang dan semoga kesihatan org² yg aku sayang akan pulih secepat mungkin dan mereka juga aku dilindungi dan dirahmatiNya selalu...
Today is the second day Alyaa kitorang letakkan kat umah org (babysitter baru).. agak jauh rumah dari LRT utk aku gendong dia bawak balik.. masa sampai umah bbsitter tu pon aku dah tercungap².. sepanjang perjalanan aku ke sana tak henti² mata aku melilau.. risau sungguh aku lalu lorong lengang tak ramai org tu.. yelah.. malang tak berbau.. menjadi² kejadian ragut sekarang nie.. org yg meragut plaks dah macam binatang.. tak der kesian belas & perikemanusiaan.. sanggup membunuh hanya utk duit yg berapa sen.. bahagiakah hidup atas hasil titik peluh org lain??
Aku sedang sibuk mencari rumah utk dibeli sekarang nie.. most of my friend dah ada umah sendiri pon.. aku nie jer yg masih terkontang-kanting.. kalau boleh aku tanak menyewa lagi.. pindah sekali lagi biar la ke rumah sendiri.. biar bayar mahal sikit.. coz end of the day.. its mine..
Tahu tak.. aku sebenarnya dah bosan idup makan gaji.. aku igt nak makan penukul.. paku atau screwdriver lah plaks.. musti sedap kan.. :)) Sebenarnya aku sedang terpk.. (dari dulu mmg dok pk.. tak abih² pk) utk melanjutkan pelajaran.. aku nak amik deg.. (itu ler dulu maser memuda dpt offer aku tolak.. budusss.. skrg baru sedar kekurangan diri :((..)... I'm now planning ahead for a bright better future.. I really wish that I can live a at least senang kalau tak kaya macam org lain pon.. aku mau berikan yg terbaik buat baby aku & baby² to come.. tak kan hidup nak stay takat tu jer kan... taraf hidup makin meningkat.. ekonomi pon perlu ditingkatkan.. kalau tidak tak mampu rasernyer aku nak bersaing dgn arus pembangunan yg kian deras... segalanya duit.. semua org mahukan duit.. tapi macam mana nak dpt duit???
Dari kecik aku mmg bercita² utk menjadik businesswoman yg berjaya.. aku nak ikut sunnah rasul.. mencari rezeki dgn berniaga.. kerana dari situ lar datangnya 95% rezeki di atas muka bumi nie.. aku nak jadik contoh dan model seorang wanita yg berjaya atas daya usaha sendiri.. akan tercapaikah cita²ku itu??.. Business apa aku nak buat???
No comments:
Post a Comment