Wednesday, February 28, 2007
RaBu -- 28 Februari 2007 --
Tuesday, February 27, 2007
..TeLaTah ALyaa..
Monday, February 26, 2007
-- Tasteless --
Friday, February 23, 2007
SeMaLaM yg berlalu..
-- Kesan Mandi Malam & Minum Ais --
Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkanparu-paru.
Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.
Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.
Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.
Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan s ekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke?". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "Badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil.
Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU MEROSAKKAN PARU-PARU.
Sekian Wassalam Wallahualam.
Thursday, February 22, 2007
Kisah Hujung Minggu Yg Panjang......
Lamer tul cuti.. bestnyer.. keje 2 hari nie.. then cuti balik.. hihi.. (semalam aku cuti bawak Alyaa buat Monthly Checkup) bahagianyer hiduppp.... Cuti semlam aku lepak umah mak jer.. Ady half day.. dia p keje after temankan aku kat Klinik Kerajaan Ampang.. baru tau bang camner buhsan dan penatnyer buat checkup kat Klinik Kerajaan... sajer nak kasik abg raser.. :p Nak check nyer cikit jer.. but it took us about more than 4 hrs of waiting.. letihhh wooo... time tunggu tu siap leh p breakfast dulu then sambung tunggu angka giliran dipanggil balik... punyer lar ramai manusia hari tu.. bukan tak bleh buat checkup kat swasta.. checkup kat klinik kerajaan nie menyeluruh.. tapi.. of course pengendalian klinik nie perlu ditingkatkan lagi.. agar lebih efisyen dan tidak terlalu membuang masa org... kalaulah aku nie Menteri Kesihatan.. abis sumer klinik² kerajaan nie aku perbaharui dari segi sistem dan fizikal klinik tu sendiri.. klinik utk rakyat.. biar lar rakyat nikmati layanan dan perkhidmatan sewajarnya..
Maser menunggu tu.. kiri kanan penunggu yg lain sibuk main ngan si Kecik aku nie.. aku pon tatau apa yg menarik sgt anak aku nie sampai sumer org bleh tertarik ngan telatah dia.. biler dia jerit.. dia ketawa.. sumer toleh... :)) Alyaa nie ada macam satu aura.. aura penarik kuts.. hahahaaaaa.... poyoooo nyer aku nie... wekkkk!!
Alyaa nie sekarang lasaknyer kemain.. tak terlarat aku nak ikut jejak dia... penat sejak bawak budak sorang lagi nie.. makin dilarang makin menjadi² lasaknya.. Alyaa laks sonok sakan bila aku kejar dia... last² semalam dek kerana keletihan teramat sgt... aku tertempik kat dia masa dia tanak masuk buaian.. terus anak aku tu senyap... diam membatu.. agaknya dia terkejut.. bonda dia tak pernah² marah dia.. sekali marah macam org menurun.. :)) Terkejut jgk aku tgk reaksi Alyaa.. dia senyap tak berkutik.. sebijik perangai aku biler majuk or marah.. ikhsss budak nie.. bebetul copy perangai aku... takut jugak aku majuknyer bawa ke petang.. sedeh jugak aku biler terlepas kemarahan kat dia... tapi apa boleh buat.. benda dah jadi.. mak aku kata.. bebudak nie sesekali perlu jgk kita marah.. biar dia tahu dgr kata... biler marah kita kena tegas.. jgn pujuk dia lepas marah... tunggu dah lama sket baru pujuk... sib baik Alyaa bangun jer dari tido dah ok.. nak kat Bonda jgk.. pantang bonda melangkah tinggalkan dia.. menjerit sakan menangis.. skill manangis dia makin menjadi² skrg nie..
Friday, February 16, 2007
...JaNTuNG BaRu SeDaNG BeRDeGuP..
Agak terkejut melihatkan test strip tu.. kitorang laki bini dedua blur.. Betul ker.. BETUL??? Malam nie aku akan ke klinik.. utk mengesahkan ujian yg aku buat tu.. kalau betul.. aku terima dgn hati yg redha.. sudah rezeki dari Allah.. semoga anak yg bakal lahir ini dtgnya bersama rezeki yg melimpah ruah dari Allah... mudah²an... amin........
Masih teringat dan terbayang² dugaan² yg terpaksa aku lalui masa pregnantkan Alyaa dulu.. masih jelas di jendela ingatan... sakit pinggang macam nak putus.. pedih ulu hati yg tak pernah surut... sesak nafas.. loya.. pening kepala.. sembelit.. kaki bengkak... letih.. penat.. mengantuk sokmo.. semua bakal aku ulangi semula hari demi hari yg mendatang... hmmm... akan aku sediakan diri utk itu.. patut lar Alyaa manjanyer kemain ngan aku kebelakangan nie.. pantang aku pegang.. lentok melekap kat badan aku.. dia tau dia nak dpt adik rupanyer..
Persiapan utk bb kedua nie rasanya tak makan belanja yg byk cam Alyaa dulu.. coz most of the necessary thing aku dah ada... adik guna kakak punya lah yer... duit nak deliver baby pon tak yah risau sgt coz my hubby dpt coverage dari co. dia sampai 5 org anak.. Alyaa dulu tak sempat coz dia baru join co.. yg aku nak pk skrg ttg perbelanjaan biler the second one lahir... diapers ngan susu budget of course makin bertambah... harap² financial income pon dah bertambah lar waktu tu... I really pray for it..................
WHAT GOES AROUND COMES AROUND??????
INIKAH BALASANKU??...
Hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati ku..sebelum hanya seronok membaca masalah keluarga disini, dan akhirnyer...
Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.
Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari kesilapan lampau aku. Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku.
Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.
Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu.
Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,ciumapetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan. Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke.
Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..
Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.
Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewa. Sambil ayu menangis ter esak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak nikah jugak dalam masa terdekat.
Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku masih sayang pada isteriku..
Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat pada isteriku..sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar. Ayupula semakin paranoid,pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih saying pada keluarga aku. Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.
Aku cubajauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi. Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta ayu didepan rumah ku, aku tecari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.
Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam.
Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu sepuas2 puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain, Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah.
Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah. Ayusiap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayupregnant?aku hamper pengsan lagi..dan ayu juga melafazkan' aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'..terus ayu menghilangkan diri.
Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu? Aku dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama.oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jikan benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai. Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu.
Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu. Sebaik ayu menangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku.. sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol'..
Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah meningal dunia tahun lepas. .. Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku?
Aku menangisi nasib aku, anak2 aku.. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu, tapi ayu sudah tiada..
Aku bingung,..setiap malam aku buat semayang sunat,taubat...tapi bayangan ayu selalu hadir dlm minda ku... Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku...perit..sungguh perit
Thursday, February 15, 2007
-- NaSiHat MaK --
Aku takkan mintak tolong org selagi aku mampu lakukan.. aku juga tak suka susahkan org.. aku suka hidup berdikari... and I am a detail person in every aspect... aku tak suka org buat keje main tangkap muat jer.. lepas batuk di tangga.. tak sepenuh hati.. org macam nie jenis manusia yg tak bleh diharapkan.. sumer nak ambil mudah..
Sayangnya kat tmpt keje aku skrg.. tak ada keje yg bebetul menarik minat juga membolehkan aku mengasah skill² kerja aku dah lapuk ditelan zaman nie.. Kadang² aku heran.. kenapa dorang nak amek lebih ramai staff² baru sedangkan staff yg sedia ada pon tak dimanfaatkan sepenuhnya kemahiran mereka.. Aku sebenarnya bukanlah seorang pekerja yg malas.. aku suka buat keje.. tapi biar lar keje yg betul² memberi aku cabaran... yg membolehkan aku berfikir dan menggunakan kemahiran analitikal aku.. yg membuka satu perasaan mengujakan dan cabang baru dalam kerjaya pekerjaan aku.. Aku dah bosan dgn skop keje aku sekarang.. bos aku baik.. mmg baik.. rakan keje juga baik.. tapi.. aku mahukan peningkatan dlm hidup.. peningkatan kemahiran dlm kerjaya.. aku mahu menjadi seorang pekerja yg serba boleh.... tapi kenaper dorang sumer tak pernah nak pk kan itu..???
Dah dua hari aku tak lawat mak.. aku tertanya² juga keadaan mak.. aku rindu juga utk mendgr celoteh mak.. hmm... aku ingin menjadi anak yg bertanggungjawab juga.. masa kecik dulu.. mak yg rawat sakit demam aku.. bila dah besar nie takkan aku nak biarkan mak terkapai² sendirian.. kalau boleh hari² aku nak lawat mak.. tapi apakan daya.. tanggungjawab ku terikat antara isteri juga ibu selain anak kepada mak.. aku mengharapkan adik² yg lain masih ada.. yg masih bujang dan tak byk komitmen.. aku harap dorang dpt jalankan tanggungjawab dorang sebaik²nya.. Insyaallah bila ada masa terluang akan kugunakan utk menunaikan tanggungjawab aku walau hanya sedikit..
Dalam hidup nie.. mak & abah lah idolaku.. mereka contoh terdekat yg dapat aku ikuti.. sikap.. tanggungjawab jua perangai.. byk yg kuwarisi secara tak langsung.. Abah seorang yg tegas.. tekun bekerja.. pemurah dan suka kanak².. tapi dia sukar utk mempamerkan kasih sayangnya.. begitu juga aku.. mak seorang wanita yg tabah.. cekal hatinya bila ditimpa dugaan.. mak senantiasa redha dgn ujian.. mak mempunyai prinsip hidup.. malah aku meniru cara mak bercinta.. mak kata.. selama dia bercinta juga berkenalan dgn mana² lelaki.. mak tak pernah sekalipon benarkan mana² lelaki menyentuh dirinya.. begitu juga aku.. maruah diri mak junjung tinggi.. tak kira di mana berada.. mak tahu meletakkan dirinya di mana.. begitu juga aku.. dlm hidupku cinta dan kasih sayang mmg perlu.. tapi aku takkan jadi hamba cinta... mak pernah sedarkan aku dari mimpi dan angan² indah.. mak buat kakiku jejak di bumi yg nyata.. mak pernah cakap.. "Lelaki nie.. semakin dikejar.. semakin dia lari.." Lalu aku berhenti mengejar lelaki yg aku suka... sbb org kata.. "cintailah lelaki yg menyintai diri kita dari kita mempertaruhkan hati kita pada lelaki yg belum tentu ikhlas menyintai kita"..
Wednesday, February 14, 2007
.:DuGaAN & RiNTaNGaN:.
Semalam aku tadak mood nak tulis aper.. I have such a hard days lately.. susah nak citer.. keadaan telah banyak memainkan emosi aku... yg kejap turun kejap naik.. sesungguhnya aku letih dgn keadaan yg aku hadapi sekarang nie.. itulah dugaan dan ujian dari Allah utk kita insan yg masih bernafas di atas bumi nie..
Last week start from Friday night Alyaa demam... panas sgt badan dia.. kami laki bini tatau nak buat apa.. coz this is the first time she ever sick.. kitorang quite risau & panic.. aku tanggalkan baju Alyaa pagi buta tu.. lumurkan badan dia dgn air asam jawa.. aku tingat mak buat kat aku macam tu dulu.. Alyaa asyik menangis dan merengek.. kesian sungguh tgk dia.. budak kecik demam tak macam org tua.. dorang tak berdaya... aku cuba apa yg termampu utk redakan panas dia.. but the hit still rose up high.. Alyaa tak lena tido.. inikan pulak kami... 3 malam berturut² kitorang tak lena tido.. Alyaa resah dalam kepanasan.. dia kurang minum & tanak makan langsung.. dah tu asyik muntah jer biler kitorang cuba bagi ubat.. abis sumer susu yg tak seberapa teguk diminumnya tu kuar balik.. berketul².. cian cayang Bonda.. tak sanggup rasanya aku tgk kesengsaraan dia.. sayu hati aku.. badan dia susut betul & lemah longlai.. Pegi Klinik 2 kali.. demam Alyaa masih tak kebah.. diraba² gusi dia.. dua batang gigi nak muncul rupanya.. alahai anak Bonda.. baru 2 batang gigi demamnya dah macam nie.. sok² gigi lain tumbuh lagi.. tatau lar aku macam mana gayanya..
Isnin aku terpakser amik Emergency Leave.. what to do.. Sayangkan anak perlu pengorbanan.. baru aku sedar kini betapa besarnya pengorbanan yg diberikan oleh mak abah aku sepanjang membesarkan kami lapan beradik.. kasih sayang.. perhatian.. jerih perih.. semuanya tak ternilai dgn wang ringgit.. Yg menyedihkan lagi.. same day Alyaa kena demam.. mak aku masuk wad.. sebab darah beku dah sampai perut.. kaki mak bengkak besar sgt.. kata doktor.. sakit mak quite critical kalau tak dipantau dan dikawal.. nasib tak baik kalau darah yg beku tu merebak dan sampai ke organ² penting.. nyawa mak jadi taruhan.. (aku sungguh tak sangka sakit yg mak tangguh² nak jumpa doktor tu will end up this bad) mana nak bergelut jaga Alyaa yg demam.. mana nak pk mak yg sakit... perasaan aku betul² terdera.. tapi aku kuatkan semangat.. aku masih berdiri hingga kini... kupanjatkan doa ke hadrat Illahi agar aku dpt menempuhi keadaan sukar spt ini dgn tenang dan semoga kesihatan org² yg aku sayang akan pulih secepat mungkin dan mereka juga aku dilindungi dan dirahmatiNya selalu...
Today is the second day Alyaa kitorang letakkan kat umah org (babysitter baru).. agak jauh rumah dari LRT utk aku gendong dia bawak balik.. masa sampai umah bbsitter tu pon aku dah tercungap².. sepanjang perjalanan aku ke sana tak henti² mata aku melilau.. risau sungguh aku lalu lorong lengang tak ramai org tu.. yelah.. malang tak berbau.. menjadi² kejadian ragut sekarang nie.. org yg meragut plaks dah macam binatang.. tak der kesian belas & perikemanusiaan.. sanggup membunuh hanya utk duit yg berapa sen.. bahagiakah hidup atas hasil titik peluh org lain??
Friday, February 9, 2007
-- Why English Is So Difficult --
but the plural of ox became oxen not oxes.
One fowl is a goose, but two are called geese,
yet the plural of moose should never be meese.
You may find a lone mouse or a nest full of mice;
yet the plural of house is houses, not hice.
If the plural of man is always called men,
why shouldn't the plural of pan be called pen?
If I spoke of my foot and show you my feet,
and I give you a boot, would a pair be called beet?
If one is a tooth and a whole set are teeth,
why shouldn't the plural of booth be called beeth?
Then one may be that, and three would be those,
yet hat in the plural would never be hose,
and the plural of cat is cats, not cose.
We speak of a brother and also of brethren,
but though we say mother we never say methren.
Then the masculine pronouns are he, his and him,
but imagine the feminine, she, shis and shim.
Anonymous
Some reasons to be grateful if you grew up speaking English;
1) The bandage was wound around the wound.
2) The farm was used to produce produce.
3) The dump was so full that it had to refuse more refuse.
4) We must polish the Polish furniture.
5) He could lead if he would get the lead out.
6) The soldier decided to desert his dessert in the desert.
7) There is no time like the present, he said it was time to present the present.
8) At the Army base, a bass was painted on the head of a bass drum.
9) When shot at, the dove dove into the bushes.
10) I did not object to the object.
11) The insurance was invalid for the invalid.
12) There was a row among the oarsmen about how to row.
13) They were too close to the door to close it.
14) The buck does funny things when the does are present.
15) A seamstress and a sewer fell down into a sewer line.
16) To help with planting, the farmer taught his sow to sow.
17) The wind was too strong to wind the sail.
18) After a number of Novocain injections, my jaw got number.
19) Upon seeing the tear in the painting I shed a tear.
20) I had to subject the subject to a series of tests.
21) How can I intimate this to my most intimate friend?
22) I spent last evening evening out a pile of dirt.
Let's face it - English is a crazy language.
There is no egg in eggplant nor ham in hamburger; neither apple nor pine In pineapple.
English muffins weren't invented in England.
We take English for granted. But if we explore its paradoxes, we find that quicksand can work slowly, boxing rings are square and a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig.
And why is it that writers write but fingers don't fing, grocers don't groce and hammers don't ham?
Doesn't it seem crazy that you can make amends but not one amend?
If you have a bunch of odds and ends and get rid of all but one of them, what do you call it?
If teachers taught, why didn't preachers praught?
If a vegetarian eats vegetables, what does a humanitarian eat?
In what language do people recite at a play and play at a recital?
Ship by truck and send cargo by ship?
Have noses that run and feet that smell?
How can a slim chance and a fat chance be the same, while a wise man and a wiseguy are opposites?
You have to marvel at the unique lunacy of a language in which your house can burn up as it burns down, in which you fill in a form by filling it out and in which an alarm goes off by going on.
If Dad is Pop, how come! Mom isn't Mop?
GO FIGURE! That's American English.
unlike Sanskrit english made its own rules of pronounciation & Grammar in a different way based on the words derivated from
example CH is pronounced as ka wen the word is derived from greek example
character = karakter
CH is pronounced as sha wen the word is from french
ex champagne,chateau
similarly with singulars & plurals.
- 31 GoLoNGan -
Golongan yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w, beriman kepada kerasulannya dan meninggal dalam keadaan Islam. Jadi, sesiapa yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w tetapi menolak dakwah baginda tidak dikira sahabat. Orang beriman yang memeluk Islam pada zaman Nabi, tetapi tidak pernah berjumpa baginda juga tidak dianggap sahabat. Antara mereka, Abu Hurairah, Bilal, Muaz bin Jabal dan ramai lagi.
2. KHULAFA AL-RASYIDIN
Khulafa al-Rasyidin atau Khalifah al-Rasyidun ialah kerajaan Islam yang ditubuhkan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w . Khalifah ini terdiri daripada empat orang yang utama, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman Ali. Perlantikan mereka dibuat secara syura, iaitu perbincangan secara bersama di kalangan para sahabat.
3. TABIIN
Tabiin adalah genarasi selepas sahabat yang menerima ilmu pengetahuan dan hadis daripada sahabat. Mereka tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tetapi menjadi pengikut setia sahabat dalam setiap perkara. Antara mereka, Ibn Sirin, Mujahid bin Jabr, Iqrimah, Sa'id bin al-Musayyib dan ramai lagi.
4. TABI' TABIIN
Tabi' tabiin adalah generasi selepas tabiin yang menerima ilmu pengetahuan daripada tabiin. Antara yang paling masyhur, Imam empat mazhab iaitu, Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Hanbali.
5. SALAFUSSOLEH
Salafussoleh adalah tiga generasi terbaik yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Umat Islam akan selamat selagi mereka mengikut jejak langkah tiga generasi ini. mereka ialah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.
6. KHALAF
Khalaf jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud terkemudian. Tetapi dari segi istilah syarak, golongan ulama yang hidup selepas tiga kurun pertama hijrah. Kebanyakan yang hidup pada zaman ini dan selepasnya sudah mula lemah dalam memahami agama. Oleh itu, mereka terdedah kepada banyak kesilapan. Jadi, untuk selamat, umat Islam perlu merujuk kepada ulama salaf dalam setiap perkara agar Mereka tidak tersesat. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat ramai di kalangan mereka yang pakar dalam ilmu agama.
7. KHAWARIJ
Dari segi bahasa bermaksud, keluar. Istilah ini merujuk kepada satu puak yang muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Nama mereka diambil sempena perbuatan mereka yang keluar daripada agama dan memberontak kepimpinan Ali bin Abu Talib. Ini kerana, Ali bersetuju untuk berdamai dengan Muawiyah. Antara prisip mereka yang paling masyhur ialah mudah mengkafirkan umat Islam yang berbeza dengan mereka. Antara orang yang mereka kafirkan termasuk Ali sendiri dan juga Muawiyah.
8. SYIAH
Syiah dalam bahasa Arab bermaksud pembela dan pengikut seseorang. Ia juga bermaksud setiap kaum yang bersatu dalam suatu perkara. Dari segi syarak pula, ia bermaksud mereka yang mengasihi Ali bin Abu Talib dan seluruh keturunannya. Mereka menganggap Ali lebih afdal daripada seluruh para sahabat. Hanya beliau dan anak cucunya sahaja yang layak memegang tampuk pemerintahan. Kelompok ini terpecah kepada lima puak, iaitu Kaisaniyyah, Imamiyyah (Rafidhah), Zaidiyyah, Ghulat dan Ismailiyyah.
9. MURJIAH
Murjiah berasal daripada perkataan irja yang bermaksud memberi tempoh (tangguh) atau memberi harapan. Dari segi istilah pula, golongan yang berkeyakinan bahawa iman itu hanya berbentuk ucapan dan tahap keimanan manusia, malaikat dan para nabi sama sahaja. Menurut mereka, iman tidak bertambah atau berkurangan. Sesiapa yang mengakui keimanannya dengan lidah tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab agama seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya tetap dianggap mukmin (beriman) di sisi mereka.
10. JAHMIYAH
Mereka adalah pengikut Jahm bin Sofwan yang merupakan seorang penduduk Tirmiz, Khurasan. Mereka berkeyakinan bahawa al-Quran itu mahluk, ALLAH tidak pernah berbicara dengan Nabi Musa a.s dan tidak berada di atas Arasy.
11. QADARIYYAH
Golongan ini menganggap ALLAH tidak mengetahui sesuatu perkara selagi ia belum berlaku. ALLAH hanya mengetahuinya setelah ia berlaku. Dan ALLAH juga tidak ada kaitan dengan sesuatu yang belaku serta bukan takdir dan kehendaknya. Mereka digelar dengan nama itu kerana mengingkari qadha dan qadar.
12. MUNAFIK
Dari segi bahasa bermaksud menzahirkan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang ada di dalam. Dari segi istilah, ia merujuk kepada golongan yang menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekafiran.
13. KAFIR
Dari segi bahasa Arab bermaksud menutup atau menyembunyikan sesuatu. Secara umumnya ia bermaksud, tidak beriman bahawa hanya ALLAHlah satu-satunya TUHAN yang wajib disembah dan tidak mengakui Nabi Muhammad sebagai rasul yang terakhir.
14. MUSLIM / MUSLIMAH
Muslim atau Muslimah bermaksud orang yang beragama Islam, iaitu yang tunduk dan patuh dalam melakukan semua perintah ALLAH. Untuk menjadi orang Islam yang sempurna, seseorang perlu melaksanakan kesemua rukun Islam yang lima, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, mengeluarkan zakat dan melakukan ibadah haji.
15. MUKMIN/ MUKMINAH
Orang yang beriman atau percaya dan membenarkan. Dari segi takrifan ulama, ia bermaksud orang yang membenarkan dengan bersungguh-sungguh setiap yang datang daripada ALLAH dan Rasul-NYA serta mematuhi segala perintah ALLAH dan Rasul-NYA dengan sebenar-benarnya.
16. AHLI KITAB
Orang yang beragama Yahudi dan Kristian. Mereka dipanggil ahli kitab kerana memiliki kitab suci, iaitu Taurat dan Injil. Agama yang mereka anuti juga dipanggil agama samawi. Mereka diberi nama khusus oleh ALLAH dan tidak sama dengan kafir musyrik kerana pada asalnya, agama mereka itu datang daripada ALLAH. Cuma ia telah diselewengkan selepas Nabi mereka wafat.
17. ATHEIS
Atheisme atau ateisme satu keadaan di mana seseorang tidak mempercayai kewujudan TUHAN atau Pencipta. Perkataan ' atheisme' berasal daripada bahasa Yunani a dan theis (teo), iaitu pemikiran bahwa TUHAN atau kekuatan yang lebih tinggi tidak wujud. Atheisme bukan suatu agama, tidak memiliki ajaran rasmi dan bukan suatu pemikiran 'anti-agama' atau 'anti-tuhan'. Atheisme berbeza sama sekali dengan Komunisme. Tetapi, Komunisme pada umumnya atheis.
18. SEKULAR
Sekularisme ialah ideologi yang menentukan bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan daripada urusan agama.
19. ORIENTALIS
Golongan orientalis merupakan salah satu golongan yang memusuhi Islam. Mereka amat 'pakar' dalam hal bangsa-bangsa timur yang terdiri daripada penganut Kristian, Yahudi dan golongan Free Thinker atau golongan yang tidak mengakui kebenaran hukum-hakam agama. Golongan ini amat suka mengkaji al-Quran dan hadis bukan kerana mahu beriman, tetapi sekadar ingin mengetahuinya untuk dibandingkan dengan agama atau Ideologi lain. tujuan mereka ialah untuk merosakkan agama Islam itu sendiri, menyelewengkan fakta dan mengelirukan umat Islam yang jahil tentang agama mereka. Golongan yang sangat ingin mereka kelirukan ialah umat Islam yang mendapat pendidikan barat tetapi jahil tentang ajaran Islam. Ramai di kalangan cerdik pandai Islam telah terpengaruh dengan mereka.
20. LIBERALIS
Aliran Islam Liberal ialah satu aliran atau kefahaman yang sedang menyerang Islam dan umatnya masa kini. Mereka memberikan kebebasan tanpa batas dalam mentafsirkan nas agama. Mereka juga menganggap nas agama perlu ditafsirkan selaras dengan perkembangan zaman dan al-Quran yang ada pada hari ini sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Ia termasuk salah satu aliran yang terpesong dan perlu dicegah dengan segera kerana kemunculan dan perkembangannya semakin meluas sejak akhir-akhir ini.
21. ZIONIS
Zionis ialah gerakan untuk membentuk kembali negara Yahudi di tanah Palestin. Istilah Zionis pertama kali dipakai oleh perintis kebudayaan Yahudi, Mathias Acher (1864-1937) dan gerakan ini diorganisasi oleh beberapa tokoh Yahudi antara lain Dr. Theodor Herzl dan Dr. Chaim Weizmann.
22. YAHUDI
Yahudi ialah satu istilah yang boleh merujuk kepada agama atau suku bangsa. Jika dilihat berdasarkan agama, istilah ini merujuk kepada umat agama Yahudi, tidak kira mereka dari keturunan Yahudi atau tidak. Jika merujuk kepada suku bangsa pula, ia kembali kepada anak keturunan Nabi Ya'qub a.s, iaitu anak kepada Nabi Ishaq yang merupakan anak Nabi Ibrahim a.s dan Sarah. Etnik Yahudi juga termasuk Yahudi yang tidak berpegang kepada agama Yahudi tetapi beridentiti Yahudi dari segi tradisi.
23. KRISTIAN
Agama Kristian adalah sebuah kepercayaan yang beriman kepada ajaran Jesus Krist atau Isa al-Masih. Agama ini percaya bahwa Jesus Krist adalah anak Tuhan dan al-Masih adalah penyelamat bagi seluruh umat manusia, yang menebus dosa manusia. Mereka beribadah di gereja dan Kitab Suci mereka ialah Bible atau Kitab Taurat.
24. MUSYRIK
Musyrik ialah orang yang menjadikan ALLAH sekutu dalam ketuhanan dan penyembahan. Sebagian besar syirik terjadi dalam masalah penyembahan seperti berdoa kepada ALLAH dan selain-NYA atau melakukan ibadah seperti korban, nazar, ketakutan, pengharapan, dan cinta kepada selain-NYA. Syirik terbahagi kepada dua, pertama akbar, iaitu mengeluarkan pelakunya dari agama dan menyebabkan dia kekal di dalam Neraka jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia. Kedua, asghar, iaitu syirik dalam keinginan dan niat seperti riak dan menunjuk-nunjuk. Contohnya, melakukan ibadah kerana inginkan pujian manusia.
25. TAKSUB MAZHAB
Suatu pemikiran di mana umat Islam diwajibkan berpegang kepada satu mazhab sahaja dan tidak dibenarkan keluar daripada mazhab yang dipegangnya.
26. SUFI
Berasal daripada perkataan Suf bermaksud baju sejuk yang diperbuat daripada kulit biri-biri. Istilah sufi atau tasawuf tidak pernah ada dalam al-Quran, Sunnah dan tidak pernah disebut oleh sahabat, tabiin dan tabi' tabiin. Ia mula muncul pada tahun keenam, ketujuh dan kelapan hijrah. Ia merujuk kepada golongan yang zuhud dengan dunia. Ada kalanya, kezuhudan mereka melampaui batas dan membawa kepada amalan khurafat dan bertentangan dengan Sunnah.
27. FASIQ
Fasiq dari segi bahasa bermaksud maksiat. Dari segi istilah pula, iaitu orang yang selalu melakukan dosa kecil dan juga tidak meninggalkan dosa besar.
28. JIN
Jin berasal daripada perkataan jinni yang bermaksud tertutup, tersembunyi atau yang gelap pekat. Ia juga bermaksud makhluk yang berlawanan dengan insan. Ia dijadikan daripada api dan tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia. Ia boleh menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi tidak dapat dilihat dalam bentuk asalnya seperti yang dijadikan oleh ALLAH.
29. IFRIT, SYAITAN & IBLIS
Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah sebahagian daripada golongan jin yang dijadikan daripada api, cuma tugas dan fungsi sahaja yang berbeza. Ifrit termasuk golongan jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Makhluk ini amat sombong dan menderhakai ALLAH. Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan jin yang sangat sombong, pengacau dan musuh utama manusia serta mendapat kutukan ALLAH sehingga ke hari Kiamat. Kerja golongan ini ialah menyesatkan manusia dan mengajak mereka melakukan kejahatan. Akhirnya, menjerumuskan mereka ke Neraka.
30. QARIN
Qarin dari segi bahasa bermaksud teman, sahabat atau pendamping. Di sini, ia merujuk kepada golongan jin yang menemani setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Ia sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan. Ada kalanya ia juga merujuk kepada malaikat yang mengajak manusia melakukan kebaikan.
31. MALAIKAT
Perkataan malaikat merupakan jamak daripada perkataan malak yang bererti kuat dan mampu mengikutnya. Jadi, malaikat ialah kekuatan-kekuatan yang patuh kepada ketentuan dan perintah ALLAH. Malaikat ialah makhluk yang dijadikan oleh ALLAH daripada cahaya. Golongan ini sangat patuh kepada perintah ALLAH dan tidak pernah langsung melakukan maksiat. Malaikat amat berbeza dengan Iblis, syaitan dan jin yang dijadikan daripada api kerana ia dijadikan daripada cahaya. Amat berbeza juga dengan manusia yang dijadikan daripada tanah, tidak mempunyai jantina, tidak bernafsu serta tidak makan dan minum. Malaikat boleh menjelma dalam pelbagai bentuk mengikut kehendak ALLAH. Jumlah sebenar kesemua malaikat tidak terkira banyaknya. Antaranya, Malaikat Jibril, Malaikat Maut, Israfil, Raqib, Atib dan sebagainya.
p/s: Kita dari golongan yg mana??
..aPe² aJeR..
Thursday, February 8, 2007
.:JaNJi iTu PaSti TiBa:.
Setelah selesai semua tugas pindah memindah dan angkut mengangkut... setelah tempat aku kemas exterior & interior.. :D aku pon duduk dgn santainya dpn pc untuk melayari internet yg telah tergendala aktivitinya dari pagi tadi.. well.. spt biasa.. aku akan check email & pegi mana² website wajib aku lawati setiap hari... kebetulan aku terasa nak check pnc msg kat VF ttg apa² berkaitan VF Dinner Gath 03/03 nie...
Tanpa disangka² aku dikejutkan dgn berita yg agak menggemparkan dari pnc yg aku terima dari SharKMa yg memberitahu one of our well known VF member has pass away at 3.00 a.m. yesterday... Serangan jantung mengejut asbab kematiannya.. Perkara begini tidak boleh dibawa bergurau.. hidup & mati bukan mainan.. maka utk mengesahkan berita yg diterima.. aku buka announcement di VF.. ya.. mmg sah dia telah pergi buat selamanya.. Aril a.k.a. Razorshark.. antara rakan VF yg aku senangi.. orgnya peramah dan tak lokek dgn senyuman juga gurauan.. suka menyakat dan buat lawak... happy go lucky dan selalu menceriakan suasana... pemergiannya agak terasa... dia seorang ahli VF yg aktif.. masih muda 25 thn dan masih belum berkahwin..
Perginya secara tiba² tanpa disangka.. sesungguhnya Malaikat Maut itu menjalankan tugasnya dgn cepat dan senyap.. tiada siapa yg dpt menahan.. tiada siapa yg dpt menghalang bila tibanya saat itu.. siapa tahu dihitung².. berapa lama lagilah sisa usia kita yg tinggal.. 5 thn?? 10 tahun?? 30 thn? Atau beberapa saat lagi??? ... sesungguhnya MATI itu sesuatu yg pasti... yg nyata rakan kami Aril telah berada di alam yg lain... bayangkan jika kita yg mati tika ini... apa bekalan kita... ohhhh.. aku sungguh takot... pahalaku tidak seberapa.. dosaku berkoyan²... sesungguhnya aku amat takut utk berdepan dgn kenyataan bila ajalku ini tiba.. tiada amaran tiada ingatan.. kita akan terus dibawa pergi bila tibanya saat yg telah dijanjikan.. aku takut bekalanku utk ke sana.. tmpt yg pasti itu.. blm cukup..... Ya Allah... lindungi dan peliharalah hambamu yg kerdil ini selalu dari melakukan kejahatan dan perkara² yg dimurkai olehMu... aku insan yg lemah.. terkadang khilaf dan alpa dgn diri sendiri....
Masih teringat kali terakhir bertemu dgn arwah semasa Gath berbuka Puasa di Nasi Kandar Pelita sebelah KLCC.. dia spt biasa masih ceria spt selalu.. dgn ramah bertegur sapa.. Tiada yg aneh dan ganjil.. senyuman sentiasa terukir di bibir.. Kami suami isteri pernah ke rumahnya 2 kali seingat aku sempena perjumpaan Hari Raya VF.. makan kerang bakar.. masa tu aku ngan Ady blm kawen lagi.. kitorang n geng² VF yg rapat yg lain lepak sampai malam.. bersembang.. karaoke.. tolong family dia mengemas... igt lagi maser tu Ady tolong cuci² periuk dkt dpn rumah.. :D... happy sgt maser tu.. Aril mmg terkenal dgn sifat suka menyakat org... Kami suami isteri juga pernah tumpang keta Aril balik dari kenduri Trowa & Lynn.. Selama aku mengenalinya.. blm pernah terdengar cerita dia memburukkan org lain... dan tidak lokek menghulurkan pertolongan bila kita perlukan... he's a good guy.. Moga Allah mengasihaninya dan ditempatkan rohnya di kalangan hamba-hambaNya yg soleh dan beriman........ Amin...
Tuesday, February 6, 2007
..MaCaM² CeRiTa..
Badan mak kurus & penuh dgn parut² kesan garuan.. mak kata air kat sana tak brp bersih... cuaca panas sejuk buat kulit mak kering... berat mak mmg terkesan turunnya mendadak.. kesian aku tgk badan lesu mak... Berjihad ke jalan Allah sentiasa teruji... Alhamdulillah mak pulang dgn selamat dan berjaya jua tunaikan hajatnya sebagai tetamu Allah buat kedua kalinya.. pertama dulu buat Umrah jer.. Ada lar serba sedikit buah tangan mak bawak balik..tapi tak ler byk.. coz mak pegi sorang.. apa lar kudrat seorang perempuan nak mengangkut barang² yg banyak seorang diri.. Ramai org ziarah mak dari pagi ke malam.. semalam baru mak bukak pintu setelah tiga hari berehat.. faham keadaan mak yg sememangnya letih sepulang menunaikan Haji.. waktu tido pon kena adjust balik dgn waktu di sini..
Ahad - Sampai jugak kitorang ke umah Zura setelah sekian lama dirancang.. tak susah cari rumah dia.. sebab tak biasa ngan jalan tu.. it took us some time.. setibanya tempat dituju kitorang disambut si Zura yg sibuk menyudahkan menu hidangan makan malam yg terakhir.. Zura hidangkan kitorang dgn keropok & tembikai sementara tunggu the main course.. :D Zura masak Tomyam, Brokoli goreng, Lala goreng & Kerabu kacang panjang.. sudah makan dihidang pencuci mulut plaks.. koktail appricot & longan + starfruit... Thanks Zura for the dinner.. next time aku jamu ko makan plaks... tak sedap kalu jgn komplen aaaa.. :p
Sabtu - Kemas umah then pegi umah father in law.. antar oleh² from Mekah dari Mak..
Jumaat - Aku cuti juga arinie.. coz menyambut mak aku kat KLIA about kul 12.30 pg - ler 3.30 pg baru kitorang sampai balik ker rumah.. mmg aku kena cuti pon.. jaga Alyaa.. kontrak sebulan ngan Cik Ton dah abis since mak pon dah selamat kembali ke sini.. so.. for the time being aku cuti utk bagi mak aku masa rehat setelah sebulan berjihad...
Misha Omar - Seharian aku lepak umah mak.. tolong kemas apa yg patut.. masak & borak² kisah mak di sana & kisah kami di sini... malamnya Ady amik aku umah mak lepas dia balik dari opis... kitorang singgah Tesco Ampang jap... masa kat Tesco.. laki aku sorong Alyaa dlm shopping trolly tu.. aku perasan ader sorang pompuan kat belakang laki aku sibuk main² mata ngan baby aku.. aku dok pandang Si Alyaa yg sibuk hisap besi troli.. laki aku bentikan troli utk tarik mulut anak dare kitorang dari terus menjilat besi troli yg baginyer mungkin satu perisa baru.. hehe... maser tulah pompuan tadi tu potong ke depan kitorang ngan kawan dia... dan dgn slambernyer dtg dkt kitorang sambil jari cuit bawah dagu Alyaa.. Katanya "comelnyer baby".. kitorang laki bini pandang jer lagak spontan pompuan tu sambil tersenyum.. biler dia dah ke depan.. laki aku tanyer aku.. "Ayg kenal saper tu".. dgn blurnyer aku menjawab sambil otak menerawang berpk.. "ntah.." kat mana aku pernah tgk pompuan nie.. muka dia familiar sgt.. pelanduk 2 seruper kots.. sekali laki aku cakap.. "ayg nie.. tu Misha Omar larrr.." "Ehh.. yer ker.." jawab aku terlongo.. "patut lar macam pernah tgk.. tu lar ayg dah agak tadi.." Hehe.. (ayat cover terkejut..).. kitorang dgr staff² Tesco berborak sesamer sendiri.. "apa lagi.. p lar mintak autograf.." Hahaaa... Waa.. mmg sah lar dia Misya.. hehehhh.. dasat.. dasat Alyaa.. org sibuk kejar artis.. artis sibuk kejar dia.. Kehkehhh... Anyway Misya is good.. peramah & tak sombong... ;)