.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, August 25, 2009

Kembalinya Nenda Ke Rahmatullah...

Sebenarnya ada berita sedeh yg belum kuceritakan... Malam Ahad.. tepat 12.30 tgh malam.. bersamaan 3 Ramadhan 1430 Hijriah.. aku menerima panggilan telefon dari adikku Syed Ali mengatakan berita yang agak menyentak hatiku... Nendaku Sharifah Azizah Jamalulail Syed Abdullah telah kembali ke rahmatullah.. Allahyarhamah meninggal disahkan oleh pakcikku sendiri (yg juga seorang doktor) ketika Maktuk selesai makan malam bersama menantu baru dan sedang berpamitan utk pulang... difahamkan Maktuk terkulai ketika salam mahu dihulur dan batuk 2 kali sebelum denyut nadinya terhenti...

Sampai sekarang sukar dipercayai yang Maktuk dah tiada lagi... masih terbayang di mata masa bercakap dan bergurau senda ngan dia di hari lahirku baru² ini.. hari tu kami laki bini puas hati dapat jamu para tetamu dengan kenyang... makan Kuew Tiow Kung Fu masakanku.. Tetamu kami raikan walau badan lesu berjalan seharian.. (kami pulang dari rumah kakak iparku di Serendah selepas mandi air terjun hari itu) kerana itu adalah kali pertama Maktuk menjejakkan kaki ke rumah kami.. tapi apa yang tidak kami ketahui.. ianya juga merupakan kali yg terakhir.. Maktuk seorang nenek yang amat mengambil berat tentang keluarganya... anak2... menantu.. cucu mahupun cicitnya.. di sisa2 harinya tidak disedari petanda yang diberi... Maktuk sungguh ceria berziarah ke sana sini... Maktuk memang suka berjalan.. sentiasa kelihatan bertenaga dan suka dikelilingi anak cucu.. Seorang yang dibesarkan dengan penuh disiplin dan protokol oleh bapanya yg juga seorang Majistret.. betul² memberikan impak dalam pembawaan diri Maktuk.. Maktuk seorang yg terkenal tegas dlm mendidik anak mahupun cucu.. Cara didikan Maktuk agak konservatif tapi kami tahu niatnya baik.. Maktuk yang berusia 80 tahun mempunyai 10 orang anak (2 meninggal ketika lahir).. 44 org cucu dan 44 org cicit (dan ada lagi yg on the way tidak sempat bersua dgn Tok Nyang mereka)... Wahhahh... sungguh besar keluarga kami rupanya...

Pemergian Maktuk memberi kesan ke atas akar umbi keluarga yang besar ini... kehilangannya mmg cukup terasa... kerana Maktuk lah org yang wajib disembah salam tiap kali Aidilfitri menjelma... Raya tahun nie aku rasa tidaklah seghairah thn2 yang lepas.. keseronokan menyambut bersama yang tua terasa kurangnya.. kerana Maktuk lah teraju utama pengikat hubungan talian antara kami semua... lumrah alam... yang muda kurang mengenali yg tua... keluarga semakin berkembang.. sanak saudara semakin ramai tapi jarang-jarang bersua muka... lalu selepas ini aku tertanya2... siapakah yang akan meneruskan talian penghubung antara saudara....

Al- Fatihah buat nendaku yang bakal dirindui semua dan sentiasa hidup dlm kenangan kami...

Aku menyaksikan sendiri Maktuk dimandi dan dikafankan... dan turut sama2 menghulurkan tangan menguruskan jenazah... ini kali kedua aku kehilangan keluarga terdekat dalam hidupku... sesungguhnya.. bila janji telah sampai.. maka tidak akan diawal atau dilewatkan walau sesaat... kembalilah jiwa2 yang tenang.. menghadap Penciptamu.. Setiap insan.. pasti merasa.. saat perpisahan terakhir... cuma yg tidak pasti.. bila dan di mana..... dan adakah kita telah bersedia untuk dijemputNya.....??


Maktuk Dalam Kenangan...









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails