Ibuku..
Di Wajahmu kulihat Bulan
Redup dan Mendung
Kau keseorangan..
Sejak Kehilangan.. Kau Kesepian
Anak² mu ramai.. harapan kau semai
Namun segalanya bagai tak sampai
Ibuku..
Walau Lemah.. Kau tak pernah mengaku kalah
Onak dan duri tetap kau redah
Ujian dah Dugaan membuat kau Tabah
Berkali rebah.. Kau tetap melangkah
Bahkan Tekadmu tak pernah sekali berubah
Hari Ini.. Ibuku..
Kulihat matamu menatap Sayu..
Senyuman bibirmu seakan layu..
Langkah longlaimu.. Buatku pilu..
Letihkah dirimu.. wahai ibu..
Rehatlah sebentar duhai Ibuku..
Jangan kau paksa dirimu itu..
Menagih Pengertian mereka yg tak mengerti..
Umpama mencurah air ke daun keladi..
Aku disini sedia menanti..
Penderitaanmu itu sudah lama kuselami..
Malah telah lama aku mengerti..
Kerana diriku kini jua Sepertimu..
Perngorbanan tak kenal Jemu..
Kerana aku kini jua..
Bergelar Ibu..
No comments:
Post a Comment