.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, February 24, 2016

Aulia: My Miracle Birth Story..



Assalammualaikum..

Apa khabar pembaca² yang setia mengunjungi blog Bonda... lama giller kot aku tak update blog nie dek keterlekaan membaca kisah muka buku orang lain.. ekekeke.. majalah online terkini lagi up to date.. iyo dak.. hahaha...

Tahun 2016 telah begitu pantas berlari meninggalkan kita yang terkial² bertatih mengharung ketidaktentuan ekonomi di tahun ini... lama tak lama tak update blog.. baby Aulia.. anak aku yang ke-5 dah umo 7 bulan lar.. aku tak pernah bagitau the adventure of her birth story kan... heee... ada ker yang nak tau?  Citer peram kalah pekasam dah nie.. tapi masih segar di ingatan.. yerlah melahirkan anak  memang sejarah yg tidak akan dapat dilupakan seorang ibu.. tak kiralah berapa org anak dia dah lahirkan.. nak² yang lain dari yang lain.. sebab per?  Sebab Aulia aku lahirkan di rumah.. di dalam bilik tidur kami.. disambut suamiku sendiri.. hmmmmmmm.... (tarik nafas dalam²) hehehe... aku sajer peram.. sebab tak suka mengundang kontroversi.. aper ingat artis jer ker boleh kena gosip.. bleh jadik femes.. org² biasa² kalau nak jadik femes.. buat lar hal yang pelik².. zaman teknologi maklumat nie.. segala yang dikongsikan sekelip mata boleh diviralkan.. today u are nobody... tup² tomorrow.. every eyes.. everybody yang entah saper² semua pandang ko.. kenal ko... omaiiii... plssss... I just wanna jot down my story.. kisah biasa dari kehidupan aku yg biasa² sahaja.. sejarah keluarga untuk dibaca anak².. kenang²an untuk dibaca kembali bila dah tua.. :)

Nanti sambung..



Thursday, November 5, 2015

SeNTuHaN KaSiH SaYaNG..

Semalam saya marah anak saya.. berlaku gejolak emosi yg menegangkan urat saraf.. dan pengakhirannya tangisan sendu meruntun kalbu.. anak menangis bawa diri merajuk kena marah.. Bonda menangis sedeh sebelum tido sebab marah anak.. aura negatif menyelubungi rumah.. bila marah macam² benda tak baik boleh berlaku.. parenting is not easy.. parenting is an ongoing learning sehingga kamu mati.. macam² method kita akan cuba utk didik anak kita.. plus.. satu anak ke anak yg lain perangai semua berbeza.. pendekatan juga berbeza.. kalau boleh memang kita nak berikan yang terbaik buat anak kita.. nak anak kita jadi seperti yang kita harapkan.. tapi bila perkara yg dirancang tidak terjadi mengikut apa yang kita bayangkan.. bersabarlah.. bersabar kerana Allah.. mohon pada Allah kuatkan dan tabahkan hati kita memelihara amanahNya.. kita bukan Malaikat.. semoga Allah lindungi kita dari perasaan kecewa dan putus asa..

Pagi tadi.. saya peluk anak² saya.. terutama yang dimarah semalam.. saya minta maaf kerana telah memukulnya.. tangisan hari ini tidak sama dengan tangisan semalam.. tangisan hari ini tangisan penuh kelegaan.. tangisan penuh kasih sayang.. tangisan penuh rahmat dariNya.. sesungguhnya tiada daya dan upaya kita tanpa bantuan dan pertolongan Allah.. Alhamdulillah... Allah meniupkan kekuatan buat saya untuk terus mendidik dan menjadi ibu yang lebih tabah.. demi semua harta dunia akhirat saya..

Saya sedar hari ini.. ketegangan dalam sesuatu hubungan akan terjadi.. apabila kurangnya sentuhan.. sentuhan sebenarnya mempunyai satu kuasa ajaib... kuasa menyembuh kesakitan yg tidak dapat kita lihat... sentuhan kasih sayang akan berjaya menyentuh jauh ke dasar hati...



Monday, May 25, 2015

Nak KeNaL Saya??..



Saya layan awak ikut cara awak layan saya..

Bila awak rasa saya penting.. saya juga akan nampak kepentingan awak..
Bila awak jauhkan saya dari kepentingan awak.. awak juga berada di luar kepentingan saya.. kerasnya kata² awak pada saya.. awak akan terima jawapan yang lebih keras..

Saya orangnya mudah.. tak banyak cakap.. tak suka bercakap benda yang tak perlu.. tidak suka orang bertanya pada saya soalan yang sama berkali².. soalan mudah yang ada jawapannya sendiri..
Saya tidak bergaul dengan orang merapu.. saya tidak suka keganasan.. saya benci perbalahan.. saya tidak suka berada di tengah² pergaduhan..

Saya suka ketenangan.. saya suka berjalan dan melihat tempat orang.. saya suka alam semulajadi.. saya suka aktiviti lasak.. saya suka memerhati kehebatan keindahan ciptaan Allah yg Esa..
Saya suka makanan yang pedas.. masakan kampung.. manisan.. cheese.. coklat.. kek.. ice cream.. saya layan muzik klasik dan sentimental.. lite & easy..

Saya suka ketelitian.. kekemasan dan semua berada di tempatnya.. keserabutan saya selalu berpunca dari kebersepahan yang tidak dapat diuruskan dan kerja² tertangguh..

Saya suka berkawan.. tapi lebih suka memerhati dan melihat keserasian.. saya jarang telefon kawan² saya.. tapi saya tidak pernah melupakan mereka.. kenangan memori bersama tetap tersimpan kemas dalam ingatan..


Sekian, harap awak lebih paham saya..

Thursday, April 16, 2015

BiSKuT BeTuL LaR..!



Pagi tadi.. "Biskut betul bas nie!!".. aku lepaskan marahku kerana si panjang memasuki laluanku.. walaupon sbnrnya aku x patut marah..

Anak2: Biskut??! Kenapa Bonda ckp bas tu biskut.. (sbb mood aku ok pg nie.. aku berkenan memberikan explaination.. sbb bdk2 tu arinie masuk keta baik2 sumer.. x gado.. x menangis.. x bising.. sbb pakat baca buku.. bila aku tanya buku apa.. buku citer cinta ko.. omaigad... anak2...anak2)

Aku: Itu cara Bonda lepaskan marah Bonda.. Bonda x suka guna makian.. tp Bonda selalu ubah pd perkataan2 yg tak ada maksud x elok... itu cara Bonda lepaskan marah dan jaga lidah Bonda..

Anak2: Tapi knp Biskut.. bukan pizza ker.. roti ker...??

Aku: (Nie malas nak explain nie.. byk plk soalnya) yelah.. Bas tu kan mula huruf B.. B kenalah dgn B.. BISKUT.... ikhssss..

Note: Lg elok tukar pd zikrullah.. jangan biasakan anak2 atau org sekeliling mendengar maki²an kita.. jangan mengundang aura negatif... orang yang disapa aura negatif darahnya berasid.. orang yang keasidannya tinggi mudah ditimpa penyakit... :)


Wednesday, February 18, 2015

At Lasttttt....

Akhirnya.. berjaya juga kutakluki semula blog yg sekian lama diredirect ke page lain... kuang asam kan... sakit hati aku tau... sakitnya.. tu di sini.. di dalam hatiku... nak page ko fames ker aper ker.. tolong ler jgn buat keje keji lagi menyusahkan orang lain... banyak lagi cara lain boleh buat... susah nak melayari alam tanpa sempadan ini kalau ada manusia² macam nie yang suka mengganggu gugat ketenangan orang... huhuhu

Tima kaseh banyak buat En. Ady yang sanggup bersengkang mata menggodek HTML code blog aku.. :D  Berbaloi jugak berlaki orang IT.. kikiki... Okeh... here I am... at 8.46 in the morning.. typing this bebeling to all my viewers.. Insyaallah.. lepas nie aku akan rajin²kan diri mengupdate yer.. trimester pertama telah berlalu... sekarang trimester kedua... ok dah rasernyer mood bersimpang siur tu... tak banyak.. ok ler sikit...




Monday, November 3, 2014

Nak ARNAB Free??

Dah lama tak buat giveaway kan.. nak tanya antara ramai² pembaca blog Bonda nie.. ada tak pencinta haiwan.. berapa ramai yang minat rabbit dalam nie.. Bonda nak bagi sepasang rabbit giveaway.. tapi nak tgk sambutan dulu.. kalau banyak baru kita on.. 

Jadi pembaca² blog Bonda sila komen "Saya suka Rabbit" kalau nak join giveaway inie.. ;)




Wednesday, October 29, 2014

ZALORA Watches Malaysia.. bukan sekadar aksessori..

Pasaran jam tangan kat Malaysia nie agak besar..  terima kasih atas industri fesyen kita yang semakin rancak berkembang akhir-akhir ini..  permintaan yang semakin tinggi untuk jam tangan daripada pembeli juga merupakan salah satu faktor penting terhadap berkembangnya pasaran jam tangan di Malaysia.





Koleksi watches Malaysia boleh didapati dengan pelbagai pilihan jenama antarabangsa dan tempatan. Kepelbagaian pilihan juga sangat mengagumkan dengan banyak jenis jam tangan yang boleh dipilih buat wanita dan lelaki. Kita cuma perlu dapatkan jenama jam yang menawarkan seleksi pilihan jam yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal.. ini penting sebab jam tangan bukan sekadar aksesori fesyen tetapi juga alat yang kita guna untuk mengetahui masa serta tarikh.


Jam tangan lelaki dan wanita di Malaysia juga semakin stylish dan moden daripada segi rekaan. Sesuai dengan kehendak pasaran yang memerlukan koleksi watches Malaysia seiring dengan trend fesyen terkini yang sedang hangat.


Kita mungkin lebih mengutamakan jenama dan harga tapi keselesaan jangan letak di tepi.. jam tangan yang berkualiti selalunya tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.. Ini membolehkan kita memakainya untuk satu tempoh yang lama. Barang yang kita beli itu asset kita.. asset mestilah sesuatu yang berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.


Tips dan review untuk cara menggayakan jam tangan yang betul ataupun koleksi jam tangan yang terkini boleh sahaja didapatkan di website ZALORA. Di sana terdapat seleksi watches Malaysia online untuk wanita dan lelaki dengan harga yang agak istimewa.. Tunggu apa lagi?? Jom layari website ZALORA Malaysia sekarang!


 







Monday, October 13, 2014

16 BE??!

Dah  bersawang blog nie tak berposting.. tup2 hari ini seperti hari² sebelumnya bila dilogin dan dilihat update pasal blog kat nuffnang... nah ini dia.. membuat mataku berkelip berkali²... realiti atau ilusi semata².. salah tgk ker.. salah kira ker.. aper ke banyak benor BE nyer... huhuhu... wahhh harus mak hapdet hari² lepas ini..  

 

Thursday, July 17, 2014

10 Malam TeRAkHiR..

Aku tertarik dengan perkongsian teman di FB.. sedar tak sedar kita dah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan.. cepat betul masa berlalu kan.. _________________________________________________________________

Hari ini 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadan 1435H.

Jika hari raya pertama jatuh pada 28 Julai 2014, ini bermakna kita hanya berpuasa selama 29 hari untuk bulan Ramadan pada tahun ini.

Oleh itu kiraan 10 malam terakhir dikira seperti berikut:

29 Ramadan - 0 malam hari raya
28 Ramadan - 1 malam terakhir
27 Ramadan - 2 malam terakhir
26 Ramadan - 3 malam terakhir
25 Ramadan - 4 malam terakhir
24 Ramadan - 5 malam terakhir
23 Ramadan - 6 malam terakhir
22 Ramadan - 7 malam terakhir
21 Ramadan - 8 malam terakhir
20 Ramadan - 9 malam terakhir
19 Ramadan - 10 malam terakhir

Semoga kita semua dianugerahkan hidayah dan taufik untuk menunaikan solat sunat terawih setiap hari sebagai anugerah hanya pada bulan Ramadan terutama menjelang Lailatul Qadr. (Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu menyamai amalan selama 83 tahun 4 bulan).

Memperbanyakkan amalan sunat seperti tilawah Al-Quran, bersedekah dan lain-lain dengan tidak mengabaikan amalan fardu yang terlebih afdal iaitu Solat lima waktu yang menjadi syarat penerimaan seluruh amalan.

Wallahu A'lam

#SuhaimiMS
#Ramadan
 

 

Thursday, July 10, 2014

12 Ramadhan Dah..

Sedar tak sedar sudah hari ke-12 kita berpuasa.. Alhamdulillah berjumpa kita dengan Bulan Ramadhan tahun ini.. posa korang macam mana?  Posa aku.. hurm.. masih mencuba membentuk diri menjadi lebih baik dari yang sebelum² nie..

Ramadhan tahun nie aku rasa agak mencabar.. dugaan datang silih berganti.. bukan pd kami sahaja tapi juga pada insan2 yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam kehidupan kami.. kadang² aku tak tau nak letak level iman aku kat mana.. masih pada tahap yang samakah.. lebih baik atau lebih teruk.. menakotkan bila pk.. ajal semakin hari semakin dekat.. tapi bekalan takat² tu jer.. cukup ker??

Minggu pertama posa.. kelam kabut adjust masa.. yerlah waktu pejabat pon dah berubah.. masuk lebih awal sebab nak balik lebih awal.. bulan posa = bulan jem.. kadang² aku tak tau apa yg depa nie kalut sangat pakat nak balik awai.. termasuk yg non muslim semua... adoyaiiii.. kalau semua balik macam biasa rasanya tidaklah sesesak ini.. letih ooo main cluth bg yg drive manual car macam aku nieh..

Orang kata bulan posa.. bulan mengawal nafsu.. termasuklah amarah.. yg aku perhatikan.. aku menjadi agak emosi dan pemarah semenjak dua menjak nie.. dah macam rabbit beranak kecik.. aduhaiii.. kadang² bukan nak sangat.. tapi tak boleh nak control.. emosi bergolak disebabkan hormonkah??  Ntahlah.. sekarang aku sedang belajar bagaimana untuk menenangkan diri..

Tahun nie aku ikut saran ustaz².. tak paksa anak² posa.. tapi paksa depa semayang.. wahhh.. kemain happy lar depa.. kalau terlajak tak sahur.. pagi² dorang dah bangun makan sarapan.. amboiboi... padahal kalau bangun sahur sekali pon.. bukannyer dorang makan sangat.. nak suh minum air pon sampai kena paksa.. huhhh... macam² peel.. tak macam aku kecik² dulu.. nak ponteng sehari posa pon rasa sayang.. kalau boleh tetiap thn nak posa penuh..

Bermula bulan Ramadhan nie.. aku dah paksa si Aisha solat sama² ngan kakak dia.. dia dah darjah 1 pon.. masalahnya dorang nie awal² nak solat jer semangat.. bila hari² dah makin liat.. pening paler aku.. asyik kena tanya.. kena suruh.. selalu pulak persoalkan.. kenapa kena solat.. solat penat lar.. macam² lar.. mudah²an Allah permudahkan aku dalam mendidik dorang mengenal Allah.. mengenal agama.. biar ilmu dunia selari dengan ilmu akhirat.. aku takmo anak² jahil ilmu agama..

Aku harap sangat dapat harungi bulan penuh barokah ini dengan tenang.. fokus untuk beribadat.. tapi hati tersayat pilu atas apa yang menimpa saudara² kita di Palestin.. Syria.. Myanmar.. sedih.. sedih.. sedih.. kenapa umat Islam selalu tertindas dan ditindas.. dan kenapa negara² yang bergolak kebanyakkannya negara² Islam.. sampai bila perkara nie akan berlarutan.. akan datangkah satu masa.. semua umat Islam seantario dunia bersatu demi agama Allah.. aku menanti saat itu..

Oklah.. Selamat Berpuasa.. semoga ibadah kita diterima Allah..

Ramadhan Kareem..



Thursday, June 12, 2014

ArNaB BaRu KaMi..

Assalammualaikum.. dah lama terperam entry inie.. baru ada daya dan kekuatan untuk diteruskan.. kikiki.. perasan bz lar katakan.. ker perasaan malas sebenarnya.. 

Kenalkan.. ini Tuah.. arnab jantan baka Netherland Dwarf.. aku dah ada 3 ahli baru di AiDieNa's Rabbitry nie.. kikiki.. wohoo.. rabbitry kah.. kikiki.. boleh larr.. boleh.. sekarang sudah ada 6 eko arnab dewasa dan seekor baby rabbit.. adik dia dah mati.. tak cukup kuat utk survive.. tak pa itu lain cerita.. cerita kali nie untuk Tuah sahaja.. nindia Tuah yg hensem.. hensem tak.. hensem tak.. dia bakal bergelar daddy tak lama lagi.. harap sangat baby dia nanti sihat dan segak macam Tuah.. can't hardly wait.. huhuhu

 
Tuah bertukar tangan pada 23 May 2014.. yer aku memang tak sabar bagi dia berkenalan dengan Qiqie aku yg genap berusia 4 bln.. at first Qiqie malu².. tapi sekarang.. ko jilat bulu aku.. aku jilat bulu ko.. haaa..

Tuah nie macam pendekar.. sesuai nama aku bagi kat dia.. orang kata arnab tak beranie lompat tempat tinggi.. tapi Tuah dah buktikan kata² orang tu tak benar belaka.. first day aku lepaskan dia main dgn arnab² lain luar cage.. dia dah kena serang ngan mix lop jantan aku.. abis bulu2 tercabut.. aku angkat dia letak atas tong makanan dowang yg aku stact kan together.. tong di atas tong.. dan tingginya paras dagu aku.. huii.. tinggi tu Deq Non..aku letak tempat tinggi dengan harapan mudah lar aku nak rapikan balik bulu dia.. sekali terkujuttt mak!  Tau apa si Tuah buat.. dia terjun.. bukan sekali.. bukan 2.. tapi 3 kali.. sib baik tak patah riuk.. cuma kaki dia nampak macam terseliuh sikit.. tapi dah ok dah pon sekarang.. hihihi.. bertuah sunggoh!

Tengok pasangan sejoli nie.. so sweet together..


 
Makan pon sama².. hehehe

Harapnyer both dapat bagi aku cucu yg sihat² dan cumil².. kita tunggu ujung bulan nie..


Friday, May 9, 2014

HoBi yg TeRKiNi lagie SeNSaSi..

Assalammualaikum pembaca setia blog Bonda.. terima kasih atas kunjungan tanpa jemu.. atas kunjungan tak putus kalian lah pemangkin semangat aku untuk menaip hari ini.. sorry yer atas kemalasan melampau yang menguasai diri selama berbulan2 ini.. kikiki

Alhamdulillah.. atas kunjungan kalian juga rezeki akhak dari Allah melalui nuffnang tidak pernah putus.. ada 7 BE berjalan dengan aktifnya di blog Bonda sekarang inie.. ehh kalau ada iklan² yang menarik perhatian tu jangan tertanya².. klik² lar eak.. mekasih!

Uolls nak tau apa yang alihkan perhatian I sehingga terabai rumah di alam maya ini??  Kikiki.. baru kini tau baru sekarang Bonda sangat teruja dengan hobi baru... I'm joining the breeder group.. in stead of just keeping rabbits as pet.. I am now breeding it... yes agak renyah.. saper kata bela binatang tak payah.. u have to clean their cages.. feed them.. take care of them.. supaya sihat selalu...and yes too..  perbelanjaan bulanan juga bertambah.. but am happy... really2 happy of what I'm doing right now..

I tak pernah rasa perasaan macam nie sebelum nie.. perasaan relax tgk binatang.. I pilih rabbit sebab mmg dari kecik I suka tgk rabbit org... I geram.. tapi masa tu tak berduit kan.. idak ler arwah Abah nak belikan.. mintak pon tak beranie you... hihihi... 

Arnab nie sebenarnya mengisi permintaan anak² yang teringin nak bela pet.. I bagi Arnab sebab arnab bukan binatang yg bising.. lapar senyap.. kenyang senyap.. sakit pon senyap (bab tu kena perhatikan perubahan dorang selalu.. huhuhu).. taik dia pon tak berbau sangat.. dengan syarat kena rajin bersihkan sisa kumuhan tue.. cuma kencing dia lar.. agak berbau... tambah² 2 ekor rabbit jantan yg suka spray air kencing keluar dari sangkar... kencing sambil melompat ko.. dan dah banyak kali dah kena kaki aku... haishhh.. naper dowang macam tue.. tak reti nak kencing elok² ker.. hahaha... dorang sedang menanda kawasan.. yer.. nak tentukan saper abang long kat situ... arnab yg suka spray kencing nie ada 2 ekor.. namanya Thunder dan Ginger.. dua ekor nie skrg tak boleh dilepaskan bermain luar cage sekali... dpt peluang keluar jer mesti nak bergumpal.. abis tercabut bulu dan luka2 lar... sekarang kalau nak lepaskan aku akan lepaskan asing² bagi yang kaki gadoh... haaa... amik ko.. saper suruh suka gadoh sangat.. owg kasi peluang kuar main sama² ko buat perangai nak tunjuk saper jagoh... kan dah kena take turn!

Aku bela berapa ekor??  Cer teka.. hehehe... aku ada 6 ekor buat masa nie.. dan akan bertambah lagi 2 ekor.. aku carikan pasangan buat 2 ekor arnab betina aku.. sekor Holland Lop dan sekor Netherland Dwarf.. aku carikan dari baka tulen.. sbb takmo rosakkan baka dowang.. arnab mix harga dia jatuh tau.. walaupon comel.. dan anak² dowang nanti akan aku open for sale.. kalau menjadi lar kan..

Korang suka arnab... korang doa² lar arnab aku dapat dibiakkan dengan jayanya... nanti aku buat giveaway anak arnab.. saper nak??  Kikikiki..

Sebelum aku park jari jemari aku nie.. jom aku kenalkan rabbit² belaan aku setakat ini:

This is Princess Narnia.. Holland Lop Doe aku..



 Inie Qiqie.. Doe Netherland Dwarf aku.. juga arnab aku yang pertama.. baik sangat dia nie.. senang nak jaga..


 Ini Milo.. buck mix lop aku..

 Yang nie Thunder.. dengar nama jer dah gerun kan.. ekekeke.. Thunder buck mix lionhead aku.. Thunder ngan Milo aku adopt dari tuan yang sama..



 Ini Thumper and Ginger.. mix bunny aku.. atau biasa org panggil baka Mongrel..  sepasang jantan dan betina aku adopt jugak.. Thumper sedang mengandung sekarang nie kalau tak silap aku buat palpation.. mungkin dua minggu lagi dapat baby.. hope so lar.. kuat betul dia makan sekarang... si Ginger nie yg jantan yg selalu bergadoh ngan Thunder.. letih mak nak leraikan pergadohan dowang 2 ekor nie.. huhuhu..

 Ok.. setakat tu dulu.. salam perkenalan dari semua bibit² Bonda..Sampai jumpa lagi ;)

 

Salam sayang,

Thursday, February 20, 2014

SeORaNG iTu KaDaNG² YaNG TeRBaiK..

Di petang² yang sunyi nie.. kadang² perasaan jadi seperti melankonia.. yer perasaan itu.. perasaan biler ko raser diri ko keseorangan dalam donia yang serba luas inie.. keseorangan.. kesepian.. kesedihan... sedih ker??!  Wakakakaka... usah dilayan... untuk apa bersedih bagi orang yang tidak tahu menghargai diri kita.. dalam dunia nie.. ada macam² jenis manusia... dan setiap satunya yang hadir dalam hidup kita.. bersebab.. samada dia.. atau kita akan merubah kehidupan ini.. mewarnai perjalanan hidup kita di atas bumi Allah.. 

Orang datang dan pergi dalam hidup kita.. tetapi hanya sebahagian akan meninggalkan kesan.. selebihnya sekadar penyedap cerita... 

Pernah tak korang terfikir akan hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpa diri kita.. kadang² Allah tarik orang² yang dahulunya rapat dengan kita teman kita bergosip.. bercerita pasal orang.. mengutuk.. sebab tidak mahu kita hanyut dalam melakukan dosa... bercerita perihal dunia dan orang lain lebih seronok dengan saing borak... tapi biler sorang² ada ko kisah akan hal itu.. yer .. tidak.. biar sorang.. tidak menyakitkan hati.. tidak menambah dosa..

;)

Friday, February 14, 2014

KeNaPa MoOD HoLiDaY Yg DaTaNG NieH??

Assalammualaikum dan selamat pagi... chewaahhh breaks the record larrr... KakPah pagi2 dah berceloteh di tahun ini... kikiki..

Bukan aper.. sajer.. kan aku dah kata.. aku nak warm up balik penaipan tangan dan pemhubungan sel2 otak agar dapat aku mencoretkan bait2 kata nan indah dan kadang2 ke laut di blog yang dah mula bersawang inie.. hehehe... uolls dah sarap??  Aii baru sudah.. makan pagi roti kering cicah air Old Town White Coffee Hazelnut jer.. errrrmmm dap... selalu 2 keping jer.. tapi arinie ilang ingatan pulak yang diri nie sedang dalam fasa berdiet.. sambil bacer paper sedar² dah 5 keping aku masuk mulut... hihihi.. ada yang turun 6 kilo naik balik 10 kilo nanti... adudududududuhhhhh...

Kat opis nie kan.. sunyi... sunyi dan sepi aku benci....
 Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
 Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
 Sepi... Sepi dan sendiri aku benci.
 Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.
 
 Bosan aku dengan penat,
 dan enyah saja kau, pekat!
 
 Seperti berjelaga jika aku sendiri
 Pecahkan saja gelasnya biar ramai
 Biar mengaduh sampai gaduh
 
 Ahh.. ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
 di tembok keraton putih
 Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?
 Biar terderah,
 atau... aku harus lari ke hutan belok ke pantai?
Makanya... aku dalam mood percutian sekarang inie... holiday... holiday... I wanna go on holiday..


Ermmm... Tioman ker Kundasang.. korang pernah pergi tempat² nie.. ada pakej² menarik sudi² berkongsi dengan saya... tak baek kedekut tau!

Thursday, February 13, 2014

Entry PeRTaMa.. 2014

Dengan lafaz bismillah... aku mulakan entry yang pertama di tahun baru yang tak berapa nak baru dah nie.. hehehehe.. bulan Februari dah kot.. nak masuk Mac dah pon.. hurrrmmmm... so..so..so.. bersalah rasernyer membiarkan diari ini kosong tanpa ceriter..  maaf lar.. aku kadang2 memang macam nie.. perasan bzzzz.. hihihi..

Life got lots of ups and downs... ups and downs.. ups and downs... tidak lah dikatakan seseorang itu beriman selagi dia belum diuji... tak tertaip dek jari kalau nak ceritakan semua.. yelah.. dah peram baekkk punyerrr... kikiki

ok..ok... just a short one for today.. otak belum cair.. nak panaskan dulu... ;)


 

Sunday, December 22, 2013

ReSePi BoNDa: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

Salam.. dah lama tak masuk dapur Bonda kan.. hmmm... mimpi apakah.. ekekeke... jom kita join NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge.. see inilah dia pemangkin semangat Bonda terinspirasi untuk memasak dengan penuh tertib dan merajinkan pula diri membuat entri masak memasak ini.  

Bonda nak masak apa??  Sebab lauk ini kegemaran seisi keluarga termasuk lar si kecik Amna.. makanya telah sebulat suara mereka meminta lauk udang.. dan terciptalah resepi ini..

Bonda Yogurt Butterprawn

Bahan-bahannya:
1.  300 gm udang (dapat yang segar dan besar memang sesuai sangat lar)
2.  1 sdb mentega
3.  5 ulas bawang putih (ditumbuk)
4.  2 cm kunyit hidup(ditumbuk)
5.  5 cm lengkuas (ditumbuk)
6.  3 batang serai (1 btg cincang halus, 2 btg diketuk)
7.  1 sdb lobak masin (dicincang)
8.  1 helai daun kunyit (dimayang halus)
9.  1 biji bawang besar
10. 50 ml susu sejat
11. 2 sdb NESTLE Natural Set Yogurt
12. 50 ml air
13. Garam dan Gula ikut rasa

Hiasan:
1.  Daun Bawang
2.  Daun Ketumbar

Ok.. dah sedia bahan2 di atas.. jom kita masak.. cara-caranya:
1.  Panaskan kuali.. masukkan mentega.. tumis semua bahan tumbuk.. biarkan wangi..
2.  Masukkan kentang.. biar separa garing..
3.  Masukkan susu sejat.. dan air.. biar mendidih.. masukkan serai yang dititik.. ratakan.. api perlahan..
4.  Masukkan yogurt.. kacau sebati..
5.  Masukkan udang.. goreng sekejap.. masukkan bawang.
6.  Perasakan garam dan gula.. tutup api.

Nak lebih jelas.. jom kita tengok gambar..

Udang dibuang kaki dan janggut.. guna gunting mudah dan cepat..
Anak bonda sampai dah tak kenal.. dia ingat ini ulat besar.. wakakaka.. tak der kaki.. tak der janggut kan..

Ini lengkuas, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih..

Buang kulit dan tumbuk lengkuas, kunyit hidup dan bawang putih tadi..

Daun bawang, daun ketumbar, daun kunyit dan kentang nie cost me only RM1.00.. daun bawang dan ketumbar potong kecik2 macam kat atas.. simpan untuk hiasan sahaja..

 Ini lobak masin.. seplastik tu baru RM1.69.. nak guna sikit jer.. yang lain simpan.. untuk kegunaan di masa akan datang..

 Tiga batang serai.. dua diketuk.. satu dihiris halus2.. sama macam lobak masin dan daun kunyit.. 

 Yeaa.. nindia bahan rahsia.. Nestle Natural Set Yogurt.. ambil 2 sudu sahaja..

Nestle Natural Set Yogurt ini bukan sahaja rendah lemak tetapi juga tidak ditambah gula.. harganya baru RM5.20 sebekas.. susu sejat nie guna suku tin sahaja..

Jom masak!!

Panaskan 1 sudu besar mentega..

Tumiskan bahan tumbuk dan bahan hiris.. kacau hingga naik bau.. perlahankan api.. api kena jaga.. jangan sampai tumisan hangit..

Masukkan kentang dan tuangkan susu sejat..

Masukkan pula serai yang telah dititik.. biar menggelegak dan kentang agak empuk.. kemudian masukkan  2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt..

Tambahkan air supaya kuah tidak pekat sangat dan perasakan garam dan gula..

Masukkan udang.. kacau sekejap dan tambahkan bawang..

Kacau dan sebatikan bahan.. biar mendidih sekejap dan tutup api..

Tadaaaa!!... Selesai satu lauk untuk tengahari ini.. hehehe.. kos bahan untuk resepi ini tidak sampai pon RM30.00.. masa penyediaan lebih kurang 20 minit..

Korang tahu.. ada macam-macam resepi kita boleh masak guna NESTLE natural Set Yogurt nie..  agak-agak tak idea nak olah sendiri.. boleh jer rujuk http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset untuk macam-macam resepi hebat dan maklumat lanjut tentang produk NESTLE Natural Set Yogurt.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails