.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, May 25, 2015

Nak KeNaL Saya??..



Saya layan awak ikut cara awak layan saya..

Bila awak rasa saya penting.. saya juga akan nampak kepentingan awak..
Bila awak jauhkan saya dari kepentingan awak.. awak juga berada di luar kepentingan saya.. kerasnya kata² awak pada saya.. awak akan terima jawapan yang lebih keras..

Saya orangnya mudah.. tak banyak cakap.. tak suka bercakap benda yang tak perlu.. tidak suka orang bertanya pada saya soalan yang sama berkali².. soalan mudah yang ada jawapannya sendiri..
Saya tidak bergaul dengan orang merapu.. saya tidak suka keganasan.. saya benci perbalahan.. saya tidak suka berada di tengah² pergaduhan..

Saya suka ketenangan.. saya suka berjalan dan melihat tempat orang.. saya suka alam semulajadi.. saya suka aktiviti lasak.. saya suka memerhati kehebatan keindahan ciptaan Allah yg Esa..
Saya suka makanan yang pedas.. masakan kampung.. manisan.. cheese.. coklat.. kek.. ice cream.. saya layan muzik klasik dan sentimental.. lite & easy..

Saya suka ketelitian.. kekemasan dan semua berada di tempatnya.. keserabutan saya selalu berpunca dari kebersepahan yang tidak dapat diuruskan dan kerja² tertangguh..

Saya suka berkawan.. tapi lebih suka memerhati dan melihat keserasian.. saya jarang telefon kawan² saya.. tapi saya tidak pernah melupakan mereka.. kenangan memori bersama tetap tersimpan kemas dalam ingatan..


Sekian, harap awak lebih paham saya..

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kak, saya Liyana, nk tanya berkenaan dgn apple cider vinegar tu.
Kt mana saya bolh dapatkan?
belum nmpk lagi setakat ni.
kot2 saya ada lepas pandang.

Thank you kak.

aiDieNa said...

Wlam..

Boleh dapatkan di pasaraya bahagian sos.. yang ada cuka.. tapi jenama bragg susah nak jumpa.. jenama bragg boleh beli kat Cosway.. kat situ ada jual.. atau boleh juga cari di farmasi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails