.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, July 17, 2014

10 Malam TeRAkHiR..

Aku tertarik dengan perkongsian teman di FB.. sedar tak sedar kita dah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan.. cepat betul masa berlalu kan.. _________________________________________________________________

Hari ini 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadan 1435H.

Jika hari raya pertama jatuh pada 28 Julai 2014, ini bermakna kita hanya berpuasa selama 29 hari untuk bulan Ramadan pada tahun ini.

Oleh itu kiraan 10 malam terakhir dikira seperti berikut:

29 Ramadan - 0 malam hari raya
28 Ramadan - 1 malam terakhir
27 Ramadan - 2 malam terakhir
26 Ramadan - 3 malam terakhir
25 Ramadan - 4 malam terakhir
24 Ramadan - 5 malam terakhir
23 Ramadan - 6 malam terakhir
22 Ramadan - 7 malam terakhir
21 Ramadan - 8 malam terakhir
20 Ramadan - 9 malam terakhir
19 Ramadan - 10 malam terakhir

Semoga kita semua dianugerahkan hidayah dan taufik untuk menunaikan solat sunat terawih setiap hari sebagai anugerah hanya pada bulan Ramadan terutama menjelang Lailatul Qadr. (Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu menyamai amalan selama 83 tahun 4 bulan).

Memperbanyakkan amalan sunat seperti tilawah Al-Quran, bersedekah dan lain-lain dengan tidak mengabaikan amalan fardu yang terlebih afdal iaitu Solat lima waktu yang menjadi syarat penerimaan seluruh amalan.

Wallahu A'lam

#SuhaimiMS
#Ramadan
 

 

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails