Assalammualaikum... salam tahun baru... dah berhari tak up entry.. entah.. tak tau nak mula dari mana... aku ambil masa yg lama untuk siapkan entri ini.. okeh.. memandangkan mood tahun baru masih menyala² (masihkah??)... spt thn² baru yang berkali² disambut.. marilah kita memasang azam.. tak der azam?? Alar.. carilar.. seketui dua pon okey... bukan per.. biler kita ber`azam'.. kita tahu apa yang kita nak capai.. apa yang kita nak buat dalam meniti hidup.. secara tak langsung kita dah review diri kita sendiri.. apa yg telah kita lakukan dan apa yg telah kita capai tahun² yg lepas dan apa yg masih kita mahu dan masih belum terpenuhi.. memacu hala tuju hidup kita.. kita dah ada sebab dan dah tau arah untuk memulakan tahun ini agar ia tidak berlalu sia²..
Azam aku.. jap aku ada banyak keinginan sebenarnya.. biasalah manusia.. tak pernah cukup.. tapi kena sematkan dalam diri.. mahukan sesuatu biarlah berpada².. biarlah sesuatu yang rasional dan mampu digapai dek tangan... kalau yg tak rasional tue yer.. mmg banyak dan itu aku anggap sebagai angan².. berangan menjadi jutawan.. berangan mengelilingi dunia.. berangan hidup bagaikan seorang puteri raja.. mahukan sesuatu?? Tinggal petik jari sahaja.. uhuhuhu... Kak Pah telah berada di awang-awangan..
Okeh.. sebagai seorang anak... aku mahu bahagiakan mak aku selagi aku diberi peluang berbuat demikian.. kalau boleh aku nak bawak mak cuti² jalan² ke mana sahaja kami bercuti... provided keadaan dan kewangan mengizinkan..
Sebagai seorang isteri... ya.. saper tak mau jadi isteri solehah... penyejuk hati suami.. aku akan lakukan yang terbaik semampu aku dalam menguruskan rumahtangga dan anak².. membantu En. Ady di mana perlu.. aku harap aku menjadi seorang isteri yang menyenangkan dan bukan membebankan..
Sebagai seorang ibu.. Bonda kepada 4 orang anak²ku... akan aku cuba sedaya mungkin mengawal level kemarahan dan akan aku tingkatkan level kesabaranku.. mendidik anak bukan tugas satu hari.. tetapi seumur hidup.. akan kucuba elakkan keluhan sebaliknya kukukuhkan tembok kekebalan.. sesungguhnya aku tidak akan berputus asa.. tahun inie aku mahu melihat kedua² anakku Alyaa dan Aisha membaca buku dengan lancar.. kalau boleh nak cari ustazah juga untuk diajar mereka mengaji dengan sempurna.. aku juga berazam untuk menyusukan Amna sekurang²nya sehingga dia genap berusia 2 tahun..
Sebagai hamba Allah... aku ingin perbaiki ibadahku.. tahun ini ingin kuusahakan dalam keadaan apa sekalipun untuk solat di awal waktu.. mengaji setiap hari walau hanya satu lembar ayat Al-Quran.. terus terang.. aku rasa sudah sampai masanya aku fikirkan persediaan lubang kuburku.. ajal maut boleh sampai bila².. dunia sentiasa berputar.. tapi jarum hayat kita boleh berhenti bila² masa.. kita tidak boleh hanya memandang dunia tetapi lupakan kehidupan abadi di alam satu lagie..
Untuk rumah.. target aku cuma dua tahun ini... nak beli sofa baru dan nak buat langsir tingkap yg semenggah sikit dari yg ada sekarang... ehehehe... tapi kalau ditakdirkan punya rezeki lebih.. nak juga buat build in book rack together with the proper workstation..
Nak bercuti.. tak tahulah tahun nie sampai atau tidak niat kami... having 4 little kids in da house memerlukan backup kewangan yg tinggi... banyak perkara perlu difikirkan.. segalanya untuk mereka... merekalah segalanya.....
1 comment:
slamat tahun baru, moga impian 2012 kamu terapai :)
Post a Comment