.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, January 16, 2012

Dia DiJaNGKiTi ROTAVIRUS!..

Seperti post aku sebelum nie.. korang tau kan Ainna tak sihat.. dia start muntah² hari Selasa malam.. diikuti cirit birit.. berak cair meleleh.. Rabu siang.. kami laki bini balik awal bawak dia jumpa doc.. sbb mak aku risau satu hari tue dia tak makan apa... minum susu pon muntah... apa saja yg masuk dimuntahkan balik.. badan layu... kesian tengok dia.. badan yg bobot dulu pon dah ketara susutnya.. lepas makan ubat ingat makin ok... tapi.. still.. dia tak leh makan apa²... muntah cirit berterusan.. yg dia boleh masuk mulut pon cuma air kosong.. tapi tak sampai setengah jam masuk mulut.. kat bawah dah keluar... dia cirit... tak tahan tengok keadaan dia... sampai bila nak macam tue.. aku takut dia kena gastrik sebab tak makan apa².. Jumaat kami laki bini amik EL.. bawak Ainna pegi hospital.. aku rasa dia dah dehydrated... dan maser check.. mmg doc suh admit... percutian 3 hari 2 malam di hospital.. En. Ady lar kena jaga sebab Amna exclusively breastfeed.. tak leh nak buat macam mana dah.. merasa lar ayah tido spital kan... betapa boringnya.. tapi demi anak.. lagipun Ainna mmg lebih rapat ngan En. Ady berbanding aku.. biasa lar budak dah ada adik kecik.. sendirian membawa diri.. huhuhu...

Dari rumah.. tak habis aku berdoa.. pagi petang siang malam aku call.. nak pantau keadaan Ainna... Alhamdulillah dia recover cepat.. air doc masukkan melalui tiub memandangkan air banyak hilang dari badan dia.. dari sampel najis anak aku.. doc sahkan ada rotavirus.. mak aiii.. penyakit tue??  Memang aku takot anak² aku terkena virus tue dulu.. tapi aku tak amik vaksin dia.. vaksin dia quite expensive... Ainna dah keluar spital semalam.. nampak lebih segar.. ceria.. dan dah boleh makan... sekarang aku risaukan Amna... jangan lar virus tegar mudah menular tu kena kat si kecik tue... amin.....


 

Ini artikel yang aku jumpa semasa aku search pasal sakit nie... ibu bapa sekalian.. sila ambik tahu... penyakit nie memang bahaya untuk si kecil anda..

*********************************


SETIAP lima minit, empat kanak-kanak atau bayi berumur kurang daripada lima tahun meninggal di seluruh dunia akibat cirit-birit akut sehingga menyebabkan penyahhidra

tan/dehidrasi yang teruk bagi tempoh 1986 hingga 2000.

Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian.

Mereka adalah mangsa penyakit Gastroenteritis Rotavirus (GR) yang disifatkan seorang pengamal perubatan sebagai penyakit yang serius dan sukar dijangkakan.

Pensyarah Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Chai Pei Fan berkata demikian kerana kanak-kanak mungkin mendapat jangkitan ini tanpa menampakkan gejala manakala yang lain pula mungkin mengalami gastroenteritis (keradangan gaster dan usus) yang mengakibatkan dehidrasi.

Dalam tempoh semalaman, jangkitan yang awalnya kelihatan ringan boleh melarat kepada peringkat yang mengancam nyawa.

Semua kanak-kanak termasuk di negara ini menghidap penyakit GR sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun,?katanya pada majlis pelancaran RotaTeq, vaksin yang menyasarkan lima strain rotavirus G1, G2, G3, G4 dan P1 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Buktinya, ujar beliau, satu kajian yang dijalankan di negara ini mendapati seorang dalam setiap 61 kanak-kanak di bawah usia lima tahun telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan GR.

Dalam perkembangan sama, antara tahun 2001 hingga 2003, kajian berasingan yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Umum Sarawak mengenal pasti GR sebagai punca bagi 38 peratus kes pesakit berumur di bawah lima tahun yang dimasukkan ke hospital kerana gastroenteritis akut. Kajian mendapat kerjasama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Bagi menangani GR, sebuah syarikat farmaseutikal global, Merck Sharp dan Dohme baru-baru ini memperkenalkan satu vaksin yang diambil secara oral (melalui mulut). Dikenali sebagai Rotateq, vaksin tersebut berupaya mencegah GR di kalangan bayi dan kanak-kanak yang disebabkan oleh serotip atau strain G1, G2, G3 dan G4, serta G yang mengandungi P1A[8] misalnya, G9).

Sementara itu, menurut Profesor Pediatrik, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Colorada, Dr. Eric Simoes, vaksin itu diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) setelah menjalani ujian klinikal rapi yang melibatkan lebih 70,000 bayi di 11 buah negara.

Katanya, salah satu ujian tersebut ialah Percubaan Kemujaraban dan Keselamatan Rotavirus (REST).

Hasil ujian tersebut mendapati vaksin ini berupaya mencegah 98 peratus kes GR yang serius dan berpunca daripada strain G1, G2, G3 dan G4.

Lagi kes yang melibatkan keempat-empat strain itu, bilangan pesakit yang dirujuk ke hospital dan bilik kecemasan turut dikurangkan sebanyak 94.5 peratus. Bagi kes yang melibatkan strain G9, penurunannya ialah 100 peratus, katanya.

Dalam pada itu, Dr. Chai menyatakan, beberapa gejala jangkitan GR termasuklah demam dan muntah-muntah diikuti cirit-birit berair yang banyak.

Kanak-kanak yang dijangkiti oleh GR yang teruk mengalami cirit-birit atau muntah-muntah lebih 20 kali sehari. Keadaan ini boleh berlarutan selama tiga hingga sembilan hari,?jelasnya sambil menegaskan, kehilangan bendalir tubuh yang banyak boleh membawa maut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyakit GR mudah tersebar melalui laluan najis ?mulut dan pencemaran makanan oleh najis dan transmisi/pemindahan virus tersebut dari tangan ke mulut.

Sejumlah besar virus ini disingkirkan dalam najis daripada pembawa yang terjangkit (mereka yang dijangkiti virus GR menyebarkan virus berkenaan melalui najisnya).

Selain itu, virus yang tahan lasak itu berupaya hidup dan aktif selama berminggu-minggu pada pakaian, permukaan lantai dan alat permainan kanak-kanak.

Atas sebab itulah, menurut Dr. Chai, ia sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak dalam lingkungan umur enam hingga 24 bulan kerana golongan ini kerap memasukkan jari atau mainan yang tercemar ke dalam mulut.

Ditanya tahap kesedaran masyarakat negara ini terhadap GR, beliau menyifatkannya sebagai rendah. Tambahnya: penyakit tersebut tidak memilih mangsanya. Ia berlaku di negara yang maju dan juga negara-negara membangun, tanpa mengira tahap kebersihan dan sanitasi.?

Sehingga kini, ubat tersebut yang berharga lebih RM130 sedos hanya boleh diperoleh di klinik kanak-kanak, klinik biasa dan hospital swasta. Vaksin ini diberikan kepada kanak-kanak mahupun bayi antara usia enam minggu hingga 32 minggu untuk dimakan dalam tiga dos.

Apa itu Rotavirus
Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital.

Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.

Gejala-gejala
Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.

Tanda-tanda jangkitan rotavirus merangkumi demam, sakit perut, muntah dan cirit-

birit berair. Cirit-birit boleh menjadi ringan, sederhana atau serius dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi.

Penularan Rotavirus
Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.

Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal).

Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.

Jangkitan masih boleh berlaku walaupun pada kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kebersihan yang sepatutnya. Ini mencadangkan bahawa perbezaan dalam persekitaran (air, kebersihan dan sanitasi) tidak mempengaruhi insidennya.

Umur yang berisiko tinggi
Hampir semua kanak-kanak dijangkiti oleh gastroenteritis rotavirus dalam tempoh awal kehidupan mereka, peringkat di mana mereka mudah diserang penyakit tersebut.

Rotavirus:
* Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun

* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital

* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.

* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi
Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?
* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan

* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor
* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam

* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat

* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam

* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.

RotaTeq mencegah RotavirusOleh: AU YEONG HOW

1 comment:

~aYu~ said...

moga aina cpt sembuh. sgt risau kalau anak² kena apa² virus ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails