.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, November 4, 2011

..RuMaH YaNG BeRSaLaH..


Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar.  Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun, Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar.  Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini.  Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini !"

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan ?

1 comment:

Ena said...

uhuhuhuh..

rumah pulak yg salah yeh? kelakar pun ada..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails