.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, November 30, 2011

AmNa DaH 3 BuLaN..

Hari nie aku masih bercuti.. selamat bekerja yop kepada sumer yg dah kembali ke pejabat.. alang² nak bawak si Amna pegi cucuk.. makanya sekalian aja cutinya.. eheheheh... berat Amna dah 6.2 kg dan panjang/tinggi dah mencapai 63 cm... Sekarang dah pandai melonjak²... memula duduk di tengah katil.. tup².. dah sampai ujung.. bahayer.. bahayer.. tiga² org kakak Amna saper jer tak pernah jatuh katil.. sumernyer pernah... dan adalah sesuatu yg agak menyedihkan melihat seorang anak kecil jatuh katil... huhuhu.. kadang² semuanya terjadi di luar jangkauan keibuanku.. sangat terukkk??

Amna si pipi labuh yang suka bersembang... ajak lar dia bercakap... setengah jam pon dia tahan... dia betul² bersembang tau.. macam² bunyi lar kuar dari mulut tecik comey tue... yang penting... she'll look you straigth into your eyes... she's so adorable... really.. susah nak berhenti mencium pipinya yg labuh.. hehehe

 
  
 

Aritue.. last Friday.. Amna & Ainna followed me to the office.. mak sakit mata.. predicted she had a conjuctivitis... sebab mata dia yg merah semalamnya dedua belah dah bengkak pagi tu maser aku antar si Alyaa ngan Aisha.. dah pening paler mikior maner nak letak budak² nie.. takkan hari² nak angkut pi opis pulak kan.. dah lar sekarang kami warga Warisan sibuk mempacking barang... utk berpindah pejabat... (dan Alhamdulillah..  berkat doa tak jadi akhirnya pindah ke Putrajaya... KP dah umumkan petang tue.. lega satu masalah..) Alhamdulillah juga sakit mata mak tidak berpanjangan kerana tidak seperti yang dijangkakan.. kalau tidak mau 2 minggu at least kan utk sakit tu reda..

Aku sangat² berterimakasih ngan 2 orang dayang kat opis aku yg dah bersusah payah membantu aku yang kalah ibu tunggal.. berangkut barang dan anak bagai ke pejabat... baru minggu pertama balik dari bercuti kan.. tak kan aku nak cuti lagie...  luckily aku bekerja di bawah seorang ketua yg sangat memahami.. kalau bos lain.. belum tentu... ini lar dia nasib mak pak yang deduanya bekerja... pembantu rumah pulak tak dak.. ada masa²nya kami tiada pilihan... keluarga di tempat pertama.. tanggungjawab bukan yg kedua... semuanya seiring dan sejalan.. aduhaiiii hidup harus tetap diteruskan... masalah itu bukan satu ketercualian..

Mona & Nisa... kamu mmg rakan yang baik... ^________________^


 
 
 
 
  

Thursday, November 24, 2011

..Iyer KeR??..

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.



Wednesday, November 23, 2011

KoRaNG RaSeR APeR??

Assalammualaikum.. Selamat pagi.. mamam sudah??  Me? Alhamdulillah.. nasi goreng dan nescafe ais selamat dalam perut.. semenjak jadik Dutch Lady nie.. mmg lar aku sokmo cepat lapar.. tapi yg peliknya ada opismate yang berselisih tegur aku makin kurus.. aikkk... mau tabur baja dlm saya punya hati kaa??  Tapi mungkin juga yer.. dah 3 bln aku exclusively breastfeed Amna.. agaknya sebab tue kot.. puhhhh.. pegi lar sumer lemak² badan aku kepada si Amna.. biar dia bertambah montel.. budak kecik montel org tengok comel.. org tua montel.. hurmmm... mungkin comel jugak dari sudut tertentu.. tapi aku tamo ulang sejarah lama.. biler dah mencanak naik berat.. nak turunnya siksa.. so.. best tips for today.. nak kurus cepat jadilah pengeluar susu tegar... ahahahaha!!

Okeh.. nak dengar citer tak?? Bacer dengan penuh hati².. kerana cerita ini sedikit pelik dan mungkin juga seramm??  Semalam lepas cuci pinggan dan baju.. tot-tet² settlekan itu ini.. aku pon masuk tido.. biasa aku tido kul 2.30 pg.. lepas tgk sinetron Alisa.. ehehehe.. dah (tersangkut masa cuti berpantang).. tapi aritue awal sikit.. Aku orang yang terakhir tido... En. Ady dah lamer dilayar mimpi tido ngan anak² di depan..

Dah lamer aku tido dengan lampu terpasang.. tapi semenjak nak mula keje balik aku biasakan diri tido bergelap.. lebih nyenyak berkualiti tidurku.. dan semalam.. aku ngan baby Amna jer dalam bilik..

Aku terjaga jam 2.34 pagi.. ikut jam hp.. dan spontan teringat sinetron Alisa yg terlepas tengok.. aku on tv.. urgghhh nyata slot dia dah abis.. so aku off balik dan off jugak mata aku sambung tido sambil susukan Amna.. masa hampir² terlelap.. aku raser cam ada kelibat org melintas ke dapur... aku dengar macam ada org masak something.. dan macam ada org makan maggi... dan siyes.. mmg aku terbau maggi.. dlm hati aku.. agaknya En. Ady bangun.. mungkin dia belum makan lagi maser balik umah mak tadi.. mungkin dia kelaparan.. biasalah.. En. Ady mmg penggemar mee segera.. so aku buat dek... sambung tido... dan... bunyi seakan pergerakkan org masih nyata... dan akhirnya bunyi itu begitu dekat.. seolah mengangkat letak barang dekat meja solek kami dalam bilik.. macam kitorang sedang bersiap pagi² time nak pegi keje... mata yang nak terpejam.. aku bukak pelan².. nak tengok aper lar yg En. Ady sibukkan tengah² pagi buta tue.. dan dia tak pon on kan lampu...

Dalam kegelapan bilik itu.. samar² aku perhatikan setiap penjuru.. tapi aku tak nampak siapa pon.. bunyinya masih jelas... terus aku bangun on kan lampu putih terus.. bukan kuning lagie... aku bukak mata luas²... mmg tak ada orang... dan atas raser ingin tahu yg kuat.. aku keluar.. jengah ke ruang tamu... En. Ady dan anak² tido sangat nyenyak tak sedar diri.. oooohhhh.... apakah??!



Aku masuk bilik balik.. tapi idak lar pulak takot sangat... slumber.. aku sambung tido balik.. dengan lampu kubiarkan terpasang.. hehehe.. mengantuk.. malas nak layan... dan pagi nie.. dan sepanjang perjalanan ke pejabat.. aper yg jadi semalam terimbas balik di kotak fikiran.. tu yang aku buat entri ini... Korang.. agak² kan apakah itu yg berbunyi² di kebutaan dini pagie?


Tuesday, November 22, 2011

HaRiMaU MuDa MeNGaUM Di TaNaH SeBeRaNG..


Frankly speaking.. aku bukanlah peminat bola.. perlawanan bola di tv adalah siaran yang paling boring yg aku rasa selain berita Dunia Jam 10 maser kecik² dulu.. tension giller biler rancangan² tu tersiar.. makanya siaran tv dibekukan dari tukaran channel.. huhhhh... nyampah!!  Tapi sekarang.. berita itu siaran yg sangat menarik untuk ditonton dan tak tau apa dah jadi.. semenjak dua menjak nie aku sangat bersemangat menonton bola.. jeritan aku lagi gamat dari En. Ady.. En. Ady tengok bola macam Patrick Star meleleh air liur.. stonecold.. urrrrghhhh... biler aku kata bosan arrr tengok bola ngan abg.. tak semangat langsung.. dia jawab per.. "Inilah nasib org lelaki yang tak der anak lelaki tengok bola.. tak der tempat luahkan perasaan..."  Chehhh... yepedaaaa.... tau lar aku tak pandai tengok bola.. yg aku tau gol... sorak sekuat yang mungkin.. (malu arr kalau tengok kat kedai mamak.. buat malu ompompuan jer..) kami nak menang jer..

Aku target Malaysia skor 2 gol dan Indonesia 1.. lebih kurang lar dengan result semalam tu kan.. ini sejarah tau.. sejarah perlawanan bola paling lama yg aku pernah tengok (yelah aku nie bukan minat tengok bola pung!).. betul².. macam Hang Tuah lawan Hang Jebat.. sama² kuat.. sama² hebat.. adat perlawanan.. ada yang kalah ada yang menang dan nasib masih menyebelahi Malaysia.. Harimau Muda tidak gentar di tanah Garuda.. keunggulan tidak dapat ditidakkan.. walaupon berjuang di tempat lawan.. tak kan kalah sebelum berjuang... kuat betul daya tahan mental budak² nie.. aku sangat bangga.. semua itu dapat mereka hadapi dengan tenang dan mereka bermain dengan bersungguh².. cayalahhhh!!

Part menyedihkan ketika bola menembusi jaring gol yang sekaligus melayakkan Malaysia merangkul pingat emas buat kesekian kalinya dan mengekalkan kejuaraan dalam perlawanan bola ini.  Satu persatu wajah² sedeh penyokong pihak lawan diimbas.. mereka juga sangat patriotik.. cintakan negara.. dan pemain negara mereka juga telah berjuang sehabis daya.. mereka bermain bagus.. cuma nasib tidak menyebelahi.. semoga kemenangan ini tidak menyemarakkan lagi perselisihan sesama negara..

Sedar tak sedar.. sukan ini sebenarnya menyatupadukan masyarakat.. rakyat senegara.. perbezaan kaum.. agama.. dan aliran politik dilupakan seketika dan SEMANGAT kepatriotikan jelas terserlah.. sumer orang berebut² balik awal semata² nak tengok bola.. buktinya semalam jalan jammed dan kelam kabut semuanya.. huhuhu

Sekali lagie.. TAHNIAH HaRiMaU MuDa!!!


Monday, November 21, 2011

Aku TuRuT TeRSeNTuH..

Seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu :

Terbaca kisah adik ni dalam internet…. mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia….dia cuma budak berusia 4 tahun….


Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….

Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?

Note:
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.
Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan

Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.



Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya.

Amin

********************************

Amin.. aku ikut tersentuh.. dan apa yg dikatakan penulis itu benar.. begitulah naluri kami yang mempunyai anak²... mudah²an tercapai hasrat kita melihat buah hati kita membesar dan berjaya di dunia dan akhirat..

..SeLaMaT KeMBaLi..

Selamat kembali kelam kabut.. kembali mandi awal pagi.. kembali mengangkut segala tok nenek masuk keta.. kembali bertegang leher ngan anak² yang buat perangai.. kembali stress dengan segala tekanan.. kembali memandu di jalan.. kembali bengang dengan pemandu yg makngot.. drive keta macam cukai jalan dia sorang yang bayar.. kembali jaki dengan penunggang moto yg suka tunggang di tengah² jalan.. kembali parking di tempat yang jauh dan berjalan laju² menjinjing beg² berat mengejar punch card.. (lenguh kaki aku tadi.. dah lamer tak jalan jauh) kembali bertakhta di tempat duduk yang telah 3 bulan ditinggalkan.. kembali meneleku mengadap monitor 17 inchi di atas meja kelabu.. kembali bertemu bos dan rakan² sepejabat.. kembali menyesuaikan diri dengan rutin kerja yg serba sedikit telah pudar dari ingatan.. pergghhh.. aku Blur masuk opis arinie... macam org baru dapat keje... huhuhu


Friday, November 18, 2011

Di SuATU KeTiKa..

Ini entry bisu..
Let the pics do the talk..
Hehehehe

 
 
 
  
 
 
 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails