.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, June 26, 2007

--KehiDuPan iNi--

Agak berkeluh-kesah arinie.. for the first time after a long time tak makan bersama dorang.. akhirnya tadi kami lunch bersama².. agak kekok.. kejanggalan itu jelas terasa.. walau masing² cuba buat selamber.. tapi.. air muka tak kan dpt menyembunyikan kata hati.. alangkah tidak ikhlasnya kami masa makan bersama² tadi.. punca yg kecil telah menjadi besar bila dibiarkan terlalu lama.. luka yg kecil telah menjadi nanah bila dibiarkan tak diubat.. dan bisanya kini telah menjalar ke segenap urat saraf... alangkah bahanyanya memendam perasaan.. apatah lagi rasa dendam... aku tidak mahu berdendam.. aku tidak suka berdendam.. dendam itu berat.. umpama menggalas beban yg tak pernah ringan.. malah makin hari menjadi makin berat... lalu bagaimana caranya utk kami jernihkan kembali hubungan ini.. sebenarnya sikapku ini lebih kepada rasa terkilan dan kecil hati.. I don't think I deserve the thing that they've done to me!

Agak pening sekarang nie utk menyusun dan merombak kembali monthly expenditure yg dah aku forcast kan hingga sampai pertengahan thn dpn... masalah duit mmg membuatkan urat kepalaku menjadi tegang dan hatiku tidak tenang... bila lah agaknya masalah duit ini akan lapang... berat sungguh kepala ini.. memaksa aku lelap sebentar..

Perbelanjaan bulanan terpaksa dirombak buat sementara waktu kerana kitorang akan mula menghantar Cik Mek Molek yg tak reti diam tu ke rumah babysitter baru yg rumahnya di apartment kitorang jugak.. dah jmp dorang semalam.. so far quite impress dgn kebersihan rumah bbsitter tu.. lantai bersih licin.. habuk pon tak dak... macam nie lar kalau nak jaga baby.. :)) mungkin boleh kot antar Alyaa ke situ sementara aku lom banak nie.. bila dah banak nanti sibuk nak pindah rumah pulak.. tgk lar.. rancangan mungkin akan berubah lagi...

Dalam hidup nie terlalu byk perkara yg tak terjangka oleh kita akan berlaku.. hari nie kita rancang macam nie.. tapi esoknya jadi macam lain.. siapa kita utk menetapkan segalanya... sesungguhnya kehidupan ini adalah sesuatu yang mmg mencabar utk dilalui.... kita sudah tahu di mana bermula.. tapi... kita belum tahu di mana akan berhenti......

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails