.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Saturday, December 22, 2012

TaJaM SuNGGuH LiDaH iTuE..

Jangan pernah kau asahkan lidah.. sekadar untuk melukakan insan yang lain..


......║\
......║▒\
......║▒▒\
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan...
... ..║░▒║..Pedang
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Dibalut
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kembali
......║░▒║..Sembuh
......║░▒║..TETAPI
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan
......║░▒║..Kata-kata
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kekal
......║░▒║..di
......║░▒║..Ingatan
......║░▒║..Sepanjang.
......║░▒║...Hayat.....
......║░▒║
......║░▒║
.▓▓▓▓▓▓▓▓▓ " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
.......]█▓[Imam Ghazali menjawab yang paling tajam adalah "lidah
.......]█▓[manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu
.......]█▓[mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya
.......]█▓[sendiri

Renung-renungkan dan selamat beramal



Tuesday, December 18, 2012

QUEEN & WOMEN in ISLAM

A British man came to Sheikh and asked:
Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
 
The Sheikh said:
Can you shake hands with Queen Elizabeth?
 
British man said:
Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.
 
Sheikh replied:
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.
 
Then the British man asked the Sheikh:
Why do your girls cover up their body and hair?
 
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:
If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?
 
The British replied:
The covered one.
 
The Sheikh said:
That's how we treat and see our woman.
 
 
 
 
***********************************
 
The QUEEN dresses modestly,

 A MUSLIMAH dresses modestly.
 
The QUEEN doesn’t shake hands with strangers,

 A MUSLIMAH doesn’t shake hands with strange men.
 
The QUEEN‘s status is raised as soon as she inherits the Crown,

 A MUSLIMAH‘s status is raised as soon as she wear’s the Hijab.
 
The QUEEN is proud of her bloodline,

 A MUSLIMAH is proud of her HIJAAB
 
A MUSLIMAH in a Hijab, IS a Queen with her Crown! ♥
 
 

Friday, December 14, 2012

OME: The Difference Between RESPONSE & RESPOND

Oh My Englishhh...

 
Sesungguhnya orang yang paling rugi dalam dunia nie adalah orang² yang merasakan mereka pandai.. maka rugilah mereka yang berhenti belajar.. tanpa kita sedari hidup yg kita lalui ini satu sekolah yang kita tak akan pernah graduate sampai lar kita mati... belajar.. belajar dan belajar.. pengalaman dalam kehidupan adalah cikgu yang paling bermakna.. okehhhh... panjang mukadimahnya... the point is...
 
Satu hari tetiba aku terkonpius... maser nak antar email pada boss aku... waaa... guna english meh.. hehehe.. sekali sekala tidak ada salahnya... to be frank.. aku nie bukan terer sangat english.. bila aku tak tau sesuatu aku keliru.. the best kamus is the internet.. aku gugel jer lar bagi menjernihkan kekeruhan pemikiranku... dan nak citer lagi... aku nie selalunya banyak belajar perkataan baru bila waktu aku nak mengarang sesuatu... tak kira lar.. emel ker.. surat ker.. entry kat blog ker.. dan aritu.. aku terkeliru dengan penggunaan perkataan 'Response dan Respond'.. maksud dia sama kan.. tapi masa bila kah kita nak guna 'Response' dan masa bila pula kita nak guna 'Respond'..
 
Okeh.. hasil pencerahan yg aku dapati dari pakcik google..
 
Primarily they are the same but they are of two different grammar forms. One is an action word and one is a thing.
 

Respond is a verb and response is the noun form of the word "respond".
Respond itu kata kerja manakala response pula kata nama.

Dalam Bahasa Melayu-nya...

Respond = Menjawab
Response = Tindak balas..

Paham murid²....??  Penjelasan...?  Hurmmm... okeh.. aku cerahkan lagie dengan contoh ini:

1) My husband didn't respond to my SMS. - in this one respond is the verb.

2) I haven't got a response from my husband SMS yet. - in this one response is the noun because it is the thing being received.
 
 Ok.. paham dah??  Sampai jumpa lagi di masa keliruku yang akan datang... ^_________-
 

Tuesday, December 4, 2012

♥ Zikir Memohon Dimurahkan Rezeki Susu Ibu ♥



Buat semua ibu² gigih yang berusaha membasahkan tekak bayimu dengan susumu sendiri..
Susu telah merudum dengan dahsyatnya.. eloklah diamalkan zikir ini insyaAllah akan dimurahkan rezeki susu untuk si manja anda..
 
Setiap usaha perlu disertai dengan doa dan tawakal.
 
 
 

Monday, December 3, 2012

CoNToH NaJiS BeSaR.. haaa... jawab.. jawab... OMG!!


Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

*************************
 
Sekadar selingan di hari yang mendung... yg baik jadikan teladan.. yg buruk kita simpangkan..



MaSaALaH.. tak pernah hilang.. dia cuma pergi bersembunyi..

Alangkah indahnya hidup jika tidak punya masalah...
Alangkah berserabutnya fikiran ini memikirkan masalah...
Alangkah.. betapakah.. masalah itu datang bertimpa²..
Tanpa diduga.. tanpa diminta ia datang menyapa...
 
Masalah.. membuatkan kita berfikir..
Masalah.. menjadikan kita kreatif..
Masalah.. membuat kita bangkit di alam realiti..
Masalah.. mendewasakan..
Masalah.. mematangkan..
Masalah.. menjadikan kita tabah..
 
Tiada masalah tanpa jalan penyelesaian..
Otak memainkan peranan...
Pilihan ditangan.. kemungkinan² menyusur tindakan..
Yang manakah harus dipilih..?
Yang manakah yang terbaik..?
 
Kumohon... Allah berikanlah aku... penyelesaian terbaik..
Sesungguhnya aku insan kerdil..
Tidak mampu menelah sesuatu di luar jangkauanku...
Aku perlukan petunjukmu..
Sehebat² perancangan manusia..
KetentuanMu mengatasi segala..
 
Allahu Rabbi... tetapkan hatiku.. membuat pilihan yang bijak..
Baik buatku.. warisku.. dunia dan akhirat..
 
 

Sunday, December 2, 2012

NiNjA HaToRi DaTaNG OpiS!

Salam.. sejuk sungguh hari²ku... hari² hujan kan... aktiviti terbatas di dalam rumah sahaja.. seperti surirumah sepenuh masa.. hujung minggu macam² keje dah menunggu.. memasak.. membasuh.. menyidai.. melipat baju.. memvakum lantai yang berhabuk.. mengemas apa yg patut... melayan kerenah anak².. meletihkan.. alah bisa tegal biasa.. jarang kami bertapa di rumah di hujung minggu.. kecuali.. hari² macam nie... mandom.. suram.. bosan.. urgghhh... tak tau nak pegi mana.. lepak rumah tengok movie..  nak update pon boring sebenarnya.. korang mesti lagi boring bila bacer.. hmmm...
 
Kat rumah mmg ada internet.. tapi jarang sunggoh aku dapat berteleku depan komputer.. heh.. macam mana nak konsentret kalau keje rumah menyemak di depan mata... boleh jer kalau takmo buat... tapi biler menimbun nanti.. balik² aku jugak yg kena... balik² aku jugak yang pening... sebab rumah yang semak menyerabutkan fikiran normal menjadikan aku stress... aku tak suka rumah bersepah... jadi aku lar yg penat kan... penat² pon badan tetap gedempol... camner tue... hehehe.. sejuk² nie perut cepat lapar kan... asyik² raser nak makan... makan... makan... makan..  huhuhu... tolong lar aku... aku takmo gemok.. tak larat nak bawak lemak.. sangat² perlukan produk pelangsingan sekarang!
 
Seminggu lepas... berkampung anak² kat opis... mak aku cuti² Malaysia... holiday di Langkawi... makanya nak tanak... cuti tak cuti... masalah kami lar untuk difikirkan.. tak kan nak halang mak pergi berjalan kan... free pulak tu kan... org nak sponsor lagie kan... anak aku hak aku.. hak bercuti hak mak... aduhaiiii... cuti masih berbaki 6 hari sebenarnya... tapi bulan nie jer dah 3 hari aku amik cuti.. 1 hari MC sebab serangan cirit birit satu famili... belom masuk cuti² awam yg mmg dah digazetkan.. abis... segan lar aku nak cuti lagi kan... aku pon sedar diri.. makan gaji kan... kalau opis sendiri pon hari² cuti.. bungkus lar jawabnya.. inikan pula memikul amanah rakyat.. yelah ater penjawat awam.. sib baik kat sini... kat opis aku nie lar.. walaupon tak der nursery.. tapi boses dan rakan² sekerja semua kids friendly... sangat memahami.. dan boleh berkompromi... bayangkan hari Isnin tue ke-empat² anak sumer aku angkut ke pejabat... mula² yer dorang ok... duduk kat meja.. melukis.. mewarna... baca buku... tapi biler petang menjelang pulang... Ninja Hatori!!  Dorang main kat bilik aku... baling² segala... aduhaiiii... Bonda tak jadi keje jawabnyer... pompuan² jugak.. lasak ko jgn cakap... pening!  Hari Selasa dan berikutnya.. aku cuma bawak si Amna sorang yg lain adik aku si Shifa tolong jaga... lega...
 
Makanya.. esok kembali anak² ke rutin biasa... Tok dah balik dari holiday... yeay!!  Sebelum tido.. kena prepare baju anak²... dan susu si Amna... Amna masih berjaya kukekalkan minum susu badan... dah setahun 4 bulan.... 8 bulan lagie... chiayokkkk²... dengan harapan dapatlah aku jayakan misi penyusuan ini.... :)

Tidur nyenyak dibuak irama hujan yg lebat.. siap berbaju sejuk.. siyes mmg sangat sejuk aircond kat bilik di waktu hujan..

Nana.. tido paling last.. sebab tu terasing dari toto.. pandai pulak dia amik tikar buat selimut..

Kesian pulak tengok dorang tido macam nie..

Amna nyenyak sunggoh..

Keempat² di opis  Bonda.. ketika menunggu Ayah datang bawak pulang..


Friday, November 30, 2012

JaGa² BiLa DiDaTaNGi KaNaK² TiDaK DiKeNaLi..

Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang seorg kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?

Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih.

Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu."

Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia.

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k.

Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream. .?

Kredit fb hamba ALLAH
Mohon shared
 

Wednesday, November 28, 2012

JaDuaL GaJi TaHuN 2013

Dah keluar.. Yeay!!
 
 
Hehehe.. lama ilang tau² post pasal gaji kan.. ekekeke..


Thursday, November 8, 2012

BeNGoNG!!

Polis : Apakah nama encik ?
Pemuda : Saya tak ingat la
Polis : Okay , jadi encik tinggal dimana ?
Pemuda : Saya tinggal dengan mak saya
Polis : mak awak tinggal dimana ?
...

Pemuda : Mak saya tinggal dengan saya
Polis : Awak berdua tinggal dimana ?
Pemuda : Tinggal bersama sama
Polis : Rumah awak berdua dimana ?
Pemuda : Sebelah rumah jiran saya
Polis : Rumah jiran awak dekat mana ?
Pemuda : Kalau saya bagitahu encik , encik mesti tidak percaya
Polis : Bagitahu sajalah
Pemuda : Rumah jiran saya di sebelah rumah saya
Polis : #@$%^&*
 

Friday, November 2, 2012

PaBiLa GuRu & MuRiD BeRBiCaRa..

Satu perbualan antara guru dan anak muridnya..

guru : Apakah yang paling dekat dalam dunia ini?
murid : Ibu bapa, guru, sahabat.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling dekat dalam dunia ini ialah mati.

guru : Apakah yang paling jauh dalam dunia ini?
murid : negara China, angkasa lepas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling jauh dalam dunia ini ialah masa lalu.

guru : Apakah yang paling besar dalam dunia ini?
murid : Gunung, pokok.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah nasfu kita.

guru : Apakah yang paling berat dalam dunia ini?
murid : Besi dan gajah.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

guru : Apakah yang paling ringan dalam dunia ini?
murid : Kapas, kertas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling ringan ialah meninggalkan solat.

guru : Apakah yang paling tajam dalam dunia ini?
murid : Pedang, pisau.
guru : Benar, semua itu juga betul tetapi yang paling tajam ialah lidah kita.
 
 
**************************
 
So.. so  true... muhasabah diri sebentar...
 

Wednesday, October 31, 2012

TiPs MeNGeNaL TeLuR..

Pernah tak maser nak masak.. let say mee.. kuey tiow ker.. nasi goreng ker.. ingredient yg melibatkan telur... biler dekat nak angkat baru telur kita pecahkan... dan yuck!!  Busukkkkknyerrr... telur dah expired... aka telur tembelang... aku dah pernah kena macam nie... 2.. 3.. kali jugak lar... and masakan tadi... kena buang semuanya... MEMBAZIR... jadi korang tau camner nak bezakan telur tue tembelang atau tidak... nindia aku nak kongsi mai... selain dari goncang telur tue.. kita juga boleh ikut tips di bawah nie...
 
 
Sharing is caring...
 
Balik nie aku nak cuba..
 
Hehehehe
 
 

Thursday, October 25, 2012

OMG.. TaRiaN BOGEL..

 
Anok sapo lar nie??
 
Ekekekekke
 
 

Monday, October 22, 2012

ATM SeDaNG BerKaBuNG..

Aduhaiiii... macam nie pon ado...

Hehehehe..

Thursday, October 18, 2012

Di SeBaLik KeMerDuAN.. PeNuH MaKSuD TeRSiRaT..




AkU NiE X CaNTiK Eaa...

Waktu Kejadian:  Pagi tadi.. di kala menunggu lampu merah bertukar hijau..
Tempat:  Dalam Kereta..
 
Di radio Hotfm beralun lagu panas lebih hangat dari biasa..
Untuk menghilangkan keboringan dan kerisauan punch card yg dah berwarna warni.. aku dengan konpidennya mengeluarkan suara rock yg terpendam dari dasar perut yg masih kosong dengan muka berkerut dan menghadap cermin ke luar...
 
Spontan En. Ady bersuara.. yg mana telah aku agak akan disindir.. ehehehe.. sajer jer nak bagi kena sindir sebab tu nyanyi macam tue..
 
En. Ady:  Wahhhh... suara you dashsyat lar.. memang sedap.. kenapa you tak join "Vokal BUKAN Sekadar Rupa"..
 
Aku: -_____________- (terdiam tengok dia... sambil buat muka comel dlm hati berkata... "Ini nak memuji ker mengutuk nie.."
 
Aku: OOoooo.. ko nak bagitau yang aku nie tak cantik lar kan... (kitorang guna ko aku bila dlm mood gurau atau merajuk.. harap maklum)
 
Kami:  Sama² tergelak...
 
 

TaNDa TaNYa Di SeBaLiK TiPs..



Ada tanda tanya di sebalik tip² diberikan kat atas nie (aku dpt dari facebook).. anybody care to explain.. and share your knowledge??... Sharing is caring kan... jom lar buat saham akhirat... kita berkongsi ilmu...


 

Wednesday, October 17, 2012

SeKiTaR MajLiS SaMBuTaN ULaNGTaHuN AiSHa Ke-5..

She counts the days.. start dari celebration Birthday yg pertama utk tahun ini.. iaitu Birthday Ayah.. Aisha dah mula mengira bilakah tarikh lahirnya dia... she was too excited nak sambut birthday.. and finally the day has come.. dan orang yg paling happy tentulah si penghitung hari... dan orang yg paling penat... tentulah si Tukang Masak... Aku lar tue.. tapi tak per.. walau susah walau payah.. kerana anak Aku turutkan.. Aku happy biler tgk org² yg aku sayang happy... puas!
 
Birthday Aisha adalah penutup kpd semua birthday tahun ini.. fuhhh... lega... bukan senang woo nak organize party.. kenduri kendara nie... fenat... tambah² kali nie aku kena handle sorang²... lepas tolong potong bahan etc.. yg aku perlukan utk masak.. En. Ady pegi seminar.. the time tetamu pertama sampai baru En. Ady sampai rumah.. sib baik yg memula sampai tu kakak ipar aku.. dia yg tolong aku settlekan mana yg tak settle.. aku?? Seriously raser cam nak pengsan dah--hehehe statement tak hengat!

Ayah sampai dengan kek dan ais batu... dah pesan siap² kat dia.. actually aritu kitorang buat bbq.. dan tukang bakar dia adalah En. Ady himself... agak risau jugak lar kalau dia balik lambat.. aku nak idupkan arang tu pon tak pandai... sampai jer terus lar dia bersilat menyiapkan tempat bakar segala..
 
Function mula pukul 8.00 malam.. sebenarnya nak buat awal sikit.. tapi takut tak menang tangan nak handle sorang².. sambil masak sambil nak handle anak... si Amna ngan Ainna ada ngan aku.. si Aisha & Alyaa lepak umah Abg aku.. kalau 2 org tu ada lagi tak jadi keje..
 
Terima kasih buat semua yg sudi hadir.. kami sangat berbesar hati kerana telah menggembirakan hati puteri kami..

See.. ramai kids.. aku suker sangat.. budak² nie memeriahkan suasana... dan of course.. menyelongkar lubuk mainan jugak.. hehehe.. tak per.. aku superwoman aritue...

Aisha tengah pasang niat kot.. hehehe...

Kek ayah beli kek terjun jer.. sebab nak tempah semua dah tanak terima.. tempahan dah penuh... so beli jer lah yg ready made.. kecik jer... tapi sedap.. :)  Kek takyah beli besar² sangat sebab through experience... selalunya tak habis.. dan saki baki kek nie memang masih ada dalam peti ais..

Kek melambangkan birthday.. tak der kek bukan birthday bagi mereka... itu perkara paling wajib ada.. kecik pon tak per.. tgk.. semua excited keliling kek.. elok ditiup jer lilin.. tengok tangan² atas kek tue.. berebut² dorang nie cabut ceri lar.. kepingan coklat lar.. semua yg dihias atas kek.. budak².. budak²...
 
Ada kawan aku tanya.. eh Kak Pah.. ko nie tak penat ker asyik masak jer.. ehhh.. camner aku nak jawab yek... perasaan dia sama jer macam ko mengandung... dan biler lahirnya si anak dari rahim.. kesakitan ko meneran tu hilang biler tgk wajah baby ko yg suci dan comel.. ko gembira... ko happy.. lagipon bagi org makan nie kan salah satu cara kita membersihkan rezeki.. mengelak bala.. memberi org makan juga merupakan salah satu cara bersedekah..

See.. elok jer dorang duduk makan ramai²..

Niat hati nak jemput semua.. tapi apakan daya.. rumahku kecik cuma.. hehehe.. yg tak dijemput.. harap jangan kecik hati yer.. nanti bebudak nie kawen korang datang lar ramai²..

My best friend dari sekolah menengah.. terima kasih kerana sudi datang..

Sumer dah mak² org..

BBQ yang sedang sibuk dibakar..

Dialah sorang² handle semua tue.. hehehe

Untuk anak kan bang.. panas pon tak per.. :)
 
Lepas semuanya settle.. the next day.. Aisha ada tanya aku.. "Bonda.. birthday Aisha nanti ada lagi tak?".. Ya Allah budak nie... "Iyer.. mesti lar ada.. tiap² tahun ada.."
 

Tuesday, October 16, 2012

SiHiR PeMiSaH RuMaHTaNGGa..

Menakutkan... tapi sepandai² dan selicik² makhluk tiada yang dapat menandingi KekuasaanNya... dikutip dari facebook.. sebagai nota diri sendiri juga untuk perkongsian bersama...

*********************


Tanda-tandanya:

-Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk, sakit kepala ketika melihat pasangan atau datang perasaan benci bila bertemu tetapi bila berjauhan datang rindu.

-Sering bermimpi melihat binatang atau berada di tempat tinggi.

-Sakit pinggang,dada dan kepala pada waktu asar ke atas.

-Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu tetapi fizikalnya sihat.

-Sering bertengkar pada waktu petang dan malam kerana hal yang kecil/remeh-temeh.

-Sakit di bahagian ari-ari. -Sikap berubah dengan mendadak.

-Panas baran.

Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam rumahtangga dan mempunyai kebanyakan simptom-simtpom tersebut,maka sahlah anda terkena sihir pemisah rumahtangga di mana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai.

PETUA:
 
1. Sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.

2. Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan: al fatehah 1 kali, al baqarah 102 3kali, al a`raf 117-122 3kali, yunus 81-82 3kali, thaha 69 3kali 3 qul 1kali.

3. Tiup 10 saat pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.

-HM-


Monday, October 8, 2012

Bleh TaHaN OMpuTiH Nie NyaNyi LaGu MeLaYu...

Omputih pon bleh nyanyi lagu Melayu dengan baik.. :)
 
 
 

Wednesday, October 3, 2012

Hari AiSHa..

 
Putri Aisha Ameerah dah 5 thn arinie...
Semoga Allah memberkati puteri kami..
Berjaya hidupnya di dunia dan akhirat...
 
 

Tuesday, October 2, 2012

jOM LeCiTHiN...

Salam buat pembaca² yg tak jemu² berkunjung ke umah Bonda yang dah mula mengkomersilkan pengumpulan sawang... ehehehe... tak der mood lar nak berblog... @__ | __@
 
Hari² bukak jer.. tgk baper org tgh online.. tengok entri² lama.. tapi roh nak menaip dan membebel tu entah ke mana... maafkanlah hamba blogger picisan yg tidak kental berblogging... hmmm...
 
Ok.. ingin kukutip semangat yg bertaburan dengan melaburkan maklumat copy paste yg aku kutip dari facebook... sharing is caring maa... aku paste kat sini sebenarnya utk rujukan aku juga... memandangkan..ya.. memandangkan aku sedang mengamalkan pengambilan supplement ini bagi mengawal diet harian ku yg tak beraper nak diet nie... kalau berkesan... nanti aku buat satu entri khas untuk itu iyerrrr... :)
 
 
Meh baca... menarik nieh!
 
1- lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

 2- lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.

 3- lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
 
4- lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
 
5- lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
 
6- lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
 
7- lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
 
8- lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
 
9- lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
 
10- lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.

 
Jom LECITHIN....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails