Menakutkan... tapi sepandai² dan selicik² makhluk tiada yang dapat menandingi KekuasaanNya... dikutip dari facebook.. sebagai nota diri sendiri juga untuk perkongsian bersama...
*********************
Tanda-tandanya:
-Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk, sakit kepala ketika melihat pasangan atau datang perasaan benci bila bertemu tetapi bila berjauhan datang rindu.
-Sering bermimpi melihat binatang atau berada di tempat tinggi.
-Sakit pinggang,dada dan kepala pada waktu asar ke atas.
-Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu tetapi fizikalnya sihat.
-Sering bertengkar pada waktu petang dan malam kerana hal yang kecil/remeh-temeh.
-Sakit di bahagian ari-ari. -Sikap berubah dengan mendadak.
-Panas baran.
Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam rumahtangga dan mempunyai kebanyakan simptom-simtpom tersebut,maka sahlah anda terkena sihir pemisah rumahtangga di mana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai.
PETUA:
1. Sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.
2. Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan: al fatehah 1 kali, al baqarah 102 3kali, al a`raf 117-122 3kali, yunus 81-82 3kali, thaha 69 3kali 3 qul 1kali.
3. Tiup 10 saat pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.
-HM-
6 comments:
mmg takut sgt jika terjadi begini. mintaklah dijauhkan olehNYa..
emm.. ni sempena citer drama ptg JULIA tu ker ni?
Hm...harap2 dijauhkan...
Saya adalah mangsa sihir pemisah. Isteri saya disihir hampir setahun. Cuma baru 4, 5 bulan ni aje saya baru mendapat hidayah utk 'kembali melawan'. Selama beberapa bulan selepas isteri saya minta cerai dunia saya hancur. Kerja di pejabat x pernah tenteram. Anak terbiar, jiwa hiba sentiasa. Hinggalah baru2 ini selepas saya berkenalan dgn seorang perawat, saya mendapat kekuatan utk 'kembali melawan'. Saya debat balik dgn isteri tentang dosa2 beliau, namun adakalanya seperti dia memang sudah dirasuk. Paling ketarabila saya suruh mengaji, dia akan menolak & beri 1,001 alasan yg x munasabah. Memang layaklah si tukang sihir ni dihantar terus ke neraka!
Dah hampir 6 bulan saya dan isteri dh berpisah...mulanya kita bertengkar pada Disember 2012 dan mintak cerai..(dh 2 tahun mintak cerai dan sering)
Utk pengetahuan anada sumer..saya ada seorang trainer HR/Penceramah dari 1998 hingga sekarang...
Bercerai dengan isteri pada tahun 2004...bernikah dengan isteri sekarang (punya anak2) pada 2009 dan bertahan sehingga sekarang.
Punca2 Awal keretakan rumahtangga:
1. Diserang stroke pada 2011 (susah utk bercakap, jari2 tangan kanan tak berfungi baik dan mata kabur)
Disebabkan ini..
1. Duit simpananan habis
2. Mentua pernah berkali kali mintak ceraikan dan lepaskan anak dia (isteri saya)
3. Isteri mohon fasakh dengan Pejabat Ugama (sebab dh tak mampu tanggung anak2 dia, dia, zahir dan batin)
Sebelum berpisah dan masa sakit, saya dan isteri sering mengalami macam dinyatakan diatas.
Selepas berpisah, jiwa saya tidak tenang..(nak solat dan berdoa pun tak kusyuk...selalu buruk sangka terhadap isteri, dan isteri pun tak menjawab call atau sms saya, membuatkan saya lagi marah. Tidor malam memang susah..
Bantulah semua di sini...apa lagi patut saya lakukan..
mohon share..
kesemua tanda ada pada rumahtangga sy.. namun kini kami sudah mahu ceraikan saya,, sedihnya... sy hanya mampu berdoa kepada Allah sbb suami dah tak nak duduk sebumbung dgn sy
Post a Comment