Hari yg istimewa biasa diraikan dengan sambutan yg istimewa.. ntah... aku & Ady masih tak tahu nak raikannya dgn cara yg bagaimana.. paling² berehat di rumah spt biasa sahaja.. iya.. badan yg letih dan lelah setelah seharian di tempat kerja.. walau tanpa lakukan apa² (macam aku nie.. dr tadi layan YouTube tgk siri kegemaran aku "Anne of Green Gables" Sonok betul biler layan balik citer tu.. terimbau kenangan zaman anak dara sunti dulu...) Tak kisah lar sambutan yg bagaimana.. yg penting kami tahu erti hari ini buat kami berdua..
Selama tersimpulnya ikatan ini di hadapan Tok Kadhi.. maka lahirlah dunia baru buat kami.. berbagai onak dan cabaran telah dihadapi.. masa susah... masa gembira.. bersama dilalui.. sedangkan lidah lagi tergigit.. apa pula suami isteri.. kesabaran adalah sikap yg perlu ada pada setiap pasangan yg ingin mendirikan rumahtangga.. persefahaman.. tolak ansur dan kepercayaan perlulah menjadi tunggak utama sesuatu perhubungan...
Harapan aku.. moga ikatan murni ini akan berkekalan dan bercambah subur dan kukuh meniti hari..............
No comments:
Post a Comment