.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Sunday, July 29, 2012

Dah 9 hari BeRPuASa..

Wah.. sekejap jer dah hari ke-sembilan berpuasa.. badan semua dah boleh adapt dengan kelaparan.. betul? Alhamdulillah masih berpeluang berpuasa penuh.. pernah juga bangun betul² sesudah azan... perkara biasa kan.. tak dan bersahur.. tapi puasa tetap kena teruskan.. but for Alyaa kalau dia tak sahur.. mmg lar tak sampai hati utk biarkan dia teruskan puasa.. setakat nie puasa Alyaa dah lubang 4 hari.. termasuk arinie lar.. sebabnya kami dah bersahur dulu.. dan masa tue dia tengah nyenyak tido.. nak kejutkan.. ingat dedekat nak subuh nanti.. sekali lajak lar pulak... makanya idak lar dia berpuasa..

Ingat lagi.. time² posa camnie last year.. aku memboyot bawak perut.. buat test gula lar bagai.. dan 8 hari sebelum raya aku bersalinkan si Amna.. dan beberapa thn sebelum tu juga 10 hari sebelum raya Aisha aku lahirkan... dan aku sendiri juga lahir pada bulan yang sama... bulan Ramadhan.. melahirkan dan dilahirkan di bulan penuh berkah bagiku sangat istimewa.. mudah²an permulaan nafas dimulakan di bulan mulia akan berakhir di bulan yang mulia juga.. tidak kira bulan apa kita dilahirkan kita tetap sama di sisiNya.. yang membezakan iman dan taqwa... semoga ujian di dunia ini kita tempuhi dengan jayanya..


Thursday, July 26, 2012

CaNTiK GATE Nie..


Tiap² kali lalu satu jalan nie.. mata aku akan tertancap pada keunikan satu daripada gate² yg cantik di situ.. menarik.. design gate nie macam dalam citer fantasi jer.. tue pasal aku amik gambar gate nie.. tuan punya gate.. jangan marah aaa.. hehehe.. --"pssssttt! Buat gate nie kat mana?"

Dah tu jer nak bagitau!


KHuSyUK DaLaM SoLaT..

Ramai antara kita yang bersembahyang.. tidak pernah tinggal 5 waktu.. tapi ramai ker antara kita yang khusyuk?  Aku tidak terkecuali.. Tips² yang diberikan di bawah mungkin dapat kita jadikan panduan.. semoga ibadah kita diterimaNya..



***************************


Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk.

1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.


** Mudah-mudahan kita mampu solat lebih khusyuk.. insyaAllah

~sakura~
crdt: alkurawi.blogspot.com


Wednesday, July 25, 2012

KiTaRaN HiDuP..



Tuesday, July 24, 2012

MeLePeK SeHaRiAN BerPuASa..

Kat bawah nie gambar Alyaa dan sepupu dia Syafikah yang menunggu detik² berbuka... bateri dah gegiler weak lar nie.. tanya sepatah jawab sepatah.. kadang² guna bahasa isyarat jer.. sepupu yg beza umo hanya 5 bulan nie berpuasa buat pertama kalinya.. dan aku salute... dorang boleh posa penuh.. cayalah!  Tengok bebudak nie teringat pulak diri sendiri berpuasa zaman kecik² dulu.. mmg tersangat lar tension... aku sekolah Cina masa sekolah rendah.. bayangkan lar betapa banyak godaan yg menerpa.. baper kerat sangat pelajar Melayu yg ada dan yg posa.. gigih aku kuatkan semangat.. ingat kata² mak tiap kali terbayang nak minum air paip.. hahaha!!  Paling tak tahan time tengahari.. waktu balik sekolah.. dalam bas.. dowang tanpa peri kesian.. makan eskrim tayang² kat aku.. huhuhu... tapi aku waja... setakat godaan camtue.. aku tepis jer dari pandangan mata... dan aku berjaya.. semangat macam tue jugak lar yg ingin aku terap pada Alyaa.. dia anak sulong.. dia model yg sangat penting utk aku bentuk.. agar adik² yg lain nanti mudah nak ikut..


Hari pertama puasa Alyaa menggeletis tak boleh duduk waktu tengahari... macam² soalan menerpa ke telinga aku..

"Kenapa Kakak kena posa?"
"Kenapa Kakak kena solat?"
"Kakak lapar.. bila boleh makan?"

Dia adalah sangat jaki tengok adik² dia yg lain makan tanpa sekatan.. payah weh nak ajar anak berpuasa.. bukan satu perkara yang mudah.. nak terangkan kenapa dan mengapa pon pening jugak lar kepaler nie.. aduhaiii Alyaa.. terima jer ler Bonda ko nie bukan Ustajah Pilihan..

Aku amik gambar baru bleh nak senyum..

Pika.. yg sangat lesu aritue..


Monday, July 23, 2012

TanDa² Hati KoToR..


Kadang² kita tak sedar betapa kotornya hati kita.. masih belom terlambat.. mari kita cuci hati..

Macam mana??

**menangislah di atas sejadah.. bertaubat padanya**
**akui kesilapan dan kealpaan kita**
**mohon keampunan dari setiap makhluk Allah yang pernah kita lukai**
**banyakkan berzikir.. kurangkan bercakap**
**bacalah Al-Quran**

 

Saturday, July 21, 2012

RaMaDHaN DaTaNG LaGiE..


Assalammualaikum.. Salam Ramadan Al-Mubarak buat semua pembaca blog Bonda.. Ampun dan maaf sekiranya ada yang pernah terasa hati dengan Bonda.. secara sengaja atau tidak sengaja.. mudah²an di bulan yang mulia ini dapatlah kita jalaninya dengan hati yang bersih dan lapang...

Tahun nie Alyaa akan dilatih berpuasa dan bersembahyang jemaah.. harap² dia dapat lakukannya dengan baik... Bonda dulu start berpuasa penuh dari darjah 1...  so.. Bonda tanak Alyaa kalah dengan Bonda.. sebab tahun depan dia dah darjah 1..

Berbuka di mana uols Ramadhan pertama nie... Bonda & Family akan berbuka di Puchong arinie.. bersama FIL & MIL juga ipar duai semua... Selamat Berpuasa dan Berbuka ya!


Wednesday, July 18, 2012

TeWaSKaN PeRaGuT..

Tak kuat.. tak berdaya.. insan yang lemah.. kita kena lebih berhati².. tak pandai pertahankan diri??  Hurmm.. macam mana kita nak pertahankan harta kita.. jom belajar buat macam nie..


Kita main peranan atas meningkat atau menurunnya kadar jenayah..


JoM BuAT PaSu..

Aku memang suka tanam pokok.. nak membelanya jer agak terbatas.. kekangan masa.. aku suka berkebun.. tapi tanah sekangkang kera depan rumah aku tu dah jadik hutan belukar.. ahahaha.. seronok tau bercucuk tanam.. silap aku tak amik course DPIM jer maser kat UiTM dulu.. tapi ramai jer budak DPIM terkonpius ingat aku course depa.. sebab aku nie kasar.. secretary yg selalu masuk hutan dan panjat gunung.. dan geng² panjat gunung tu sumer ramai budak DPIM.. maka idak ler heran kalau aku pon disalah label.. hehehe.. tu lar org kata kan.. nak kenal kita.. org akan tengok kengkawan kita.. dengan siapa kita bergaul.. whateva.. melalut sudah..

Nie ha.. sebenarnya aku raser idea nie agak brilliant.. mmg dah biasa tengok orang tengok tanam pokok dalam botol tapi yg kepala atasnya diterbalik ke dalam tu yg macam tak pernah tengok lagi.. hehehe.. aku jer kot.. (maklum ler duduk bawah tempurung)..

Kat umah ada banyak botol air macam kat bawah nie.. dari buang.. ada baiknya aku banyakkan tanaman aku..

Senang jer kan..

Cantik jugak..

Mari Kita Bercucuk Tanam..


Tuesday, July 17, 2012

BiNaTaNG PoN SaYaNGKaN AnAK..


TAPI.. manusia ada yg suka suki buang anak.. dera anak.. sedeh!


JoM PeRaNGKaP LaLaT..


Boleh cuba nie.. dan boleh juga cadangkan pada kedai² makan yg banyak nor lalatnyer tue.. hehehe


HaRGa SeGeLaS SuSu..



Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”
...
Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak it uterus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran ::
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

Kredit Izinkan Saya Share
 

Saturday, July 14, 2012

DaViD DaNG.. tHiNKiNG OuT Of THe BoX..


Sempoi arr budak nie.. semua jawapan di hujung jari.. hahaha... logik pulak tue.. kikikihhh..

Aku raser dia sajer nak bagi cikgu dia tak boring periksa kertas ujian... gerenti terbahak² gelak lar..

This is what we call potential genius / future comedian.. hurmmm..


Friday, July 13, 2012

IKLaN TiDaK DiUnDaNG??

Aku tak tau lar kalau ada blogger lain yang menerima nasib yang sama.. kalau korang pembaca setia blog aku korang mesti perasan ada satu floating iklan kat sisi kiri blog nie.. aku pelik lar.. aku tak pernah bagi permission pada sesaper kecuali nuffnang tepek iklan kat blog nie... nuff bagi aku duit.. tapi iklan seperti dalam printscreen kat bawah nie muncul macam iklan Ah Long... menepek sesuka hati.. salam tidak permission tidak.. tiba² jer.. ehhhh ko... terapung² kat blog picisan aku nieh!  Pelik weh.. pelik??  Kot yer pon nak tampal iklan percuma.. bagitau lar kan.. kepada yg tepek iklan nie.. dengan hormatnya saya mohon.. Tolong REMOVE iklan anda..


Wednesday, July 11, 2012

My BaBy ALyAa is SiX..

Raser macam baru semalam jer lahirkan Alyaa.. the one and only child yg aku lahirkan secara normal.. dan di waktu malam.. adik² dia semua lahir di waktu siang dan melalui  c-sect due to various difficulty.. dan dia membesar di depan mata kami.. seorang anak yg energetik.. cerdas.. banyak bercakap.. suka menyanyi.. menari.. melukis.. main games kat pc.. tengok citer katun.. dan tak pernah boring.. kartun dan kartun dan kartun lagi.. cerdik.. dan dah boleh diharap.. cuma nakal tue toksah ceriter lar.. budak mana pon sama..

Tahun depan Alyaa dah darjah 1.. wahhh.. Alyaa dah nak masuk sekolah rendah... hurrrmmmm... Bonda dah raser sangat tua... aku harap Alyaa dah cukup bersedia.. Alhamdulillah dia dah boleh membaca since school started early this year.. Bahasa Melayu & English seiring dan sejalan.. and I'm impressed... dia minat buat latihan matematik dan sains.. selalu jugak aku perasan.. dia boleh lukis balik apa yg cikgu tadika dia ajar kat sekolah dan cerita balik kat aku kitaran hidup seekor serangga..  nampak macam dia betul² paham.. sekarang aku risaukan pelajaran agama dia.. kami belum berjumpa guru mengaji yg betul².. setakat nie Alyaa belajar mengaji dan semyang dari Tok.. banyak juga lar doa dia dah hafal..

Alyaa punya satu sikap yang aku tak berapa berkenan.. cepat sangat jatuhkan hukuman.. biler bergaduh.. tangan dia cepat jer naik.. seorang yang baran.. cepat melenting biler tak puas hati.. merajuk dan memberontak.. sikap yg masih cuba dilentur agar dapat dikawal dengan baik.. Alyaa suka makan daging (sebab tue baran kot).. tapi tak suka makan sayur.. biler dia suka² satu² masakan tue makannya bertambah².. maknanya masakan tue kena lar dengan selera dia..

Putri Alyaa Safiah.. Bonda harap Alyaa dapat menjadi contoh yang baik buat adik².. jadi seorang kakak yang bertanggungjawab.. anak yang taat dah solehah.. Bonda doakan Alyaa berjaya dalam pelajaran dan dalam kehidupan.. dunia dan akhirat.. Ameeenn... Bonda SAYANG Alyaa!

 



Tuesday, July 10, 2012

LaGie.. CaRa HaNDLe TaNTRuM..



Aku suka sangat baca petua dan cara² mendidik anak.. menjadi ibubapa bukan mudah.. hari² belajar.. selalu belajar.. yelah.. kita tak perfect.. kadang² kita tahu... kadang² kita terlakukan apa yg tak patut kita lakukan.. kadang² kita frust dan hilang punca cara apa lagi boleh kita guna untuk didik anak² kita... nasihat² macam nie lar yg kita cari.. utk motivate diri... so... am sharing a post from Prof. Dr. Rozieta Shaary fb page..


*******************

Salam semua,

Alhamdulillah, ibu diberi Allah lima orang anak-anak yang baik dan cucu-cucu yang comel. Anak-anak ibu sudah besar dan ada yang sudah beranak. Anak nombor dua, Shaimaa', mengambil kursus Montessori dan... banyak ilmu yang diraihnya dari kursus itu yang boleh digunapakai dalam pendidikan anak-anak.

Namun apa yang lebih berharga ialah sebenarnya, semasa berusia 14 tahun lagi, dia sudah menjadi seperti ibu kepada anak ibu yang kelima. Dia banyak mengambil alih penjagaan adiknya kerana ibu sibuk dengan urusan kerja.

Sifat keibuannya dan kematangannya telah banyak membantu ibu. Di bawah ini ibu sertakan inputnya mengenai tantrum ini.

Sememangnya, ibu sangat kagum melihat cara dia membesarkan anaknya seorang yang sangat kuat semangat, aktif, tak menang tangan menjaganya : ).

Pendekatan Shaimaa' penuh kasih-sayang, kelembutan yang tegas, kefahaman yang dalam mengenai psaikologi anak-anak, sabar, tegas dan bijak. Adakalanya, ibu boleh terkedu dengan kebijaksaannya mengayakan anaknya supaya mengikut saranannya.

Ibu ingin menyarankan anda membaca penulisan beliau di sini. Sedikit panjang, namun, sangat berguna untuk ibu bapa muda terutamanya. It is a writing worth reading - love you! TQ my dear Shaimaa'.

====================================

Good one, mummy! ♥ Very very good information tentang cara handle tantrum.


Izinkan saya berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain, harap ia sedikit-sebanyak dapat memberi idea dan membantu :-) Beberapa hari lepas apabila anak saya berusia 3 setengah tahun mula melibas2 tangannya as if nak pukul something or anyone yang dekat dengan dia, saya ambil n peluk dia n coached her to breath slowly... bila dia dah reda, saya dudukkan dia di sebelah saya. Muka dia jelas takut n kesal atas perbuatan dia. Saya pegang kedua-dua tangannya dan suruh dia melihat tangannya. Saya tanyakan kepada dia, "Tangan siapakah ini?" dia jawab "tangan saya" kemudian saya lakukan yang sama tentang kakinya. Kemudian saya menjelaskan kepadanya bahawa tangan dan kaki dan seluruh anggotanya adalah milik dia. Jadi, dia mampu mengawal dan mengajar anggotanya. Dan saya beritahu dia, selepas ini mungkin tangan dan kaki akan rasa seperti hendak memukul lagi, jadi, bila dia terasa seperti tangannya hendak memukul lagi, katakan pada tangannya yang dia sayangkan tangan, dan ingin membuat perkara baik2 sahaja menggunakan tangan (seolah-olah ketika bercakap dengan orang lain). Then I sealed the advice with tender kisses on her little hands. Dan selang beberapa hari apabila dia hampir memukul sepupunya, saya terus tarik dia ke tepi dan menyuruhnya duduk di tempat lain dan beritahu tangannya yang dia tidak mahu memukul sepupunya... Alahmdulillah, ia berjaya.


Dalam topik tantrum di dalam bukunya, Dr. Penelope Leach mengatakan bahawa children yg tantrum sebenarnya tak berdaya mengawal perbuatan mereka semasa tantrum itu berlaku. Dan ini membuatkan mereka takut dengan diri mereka. Mereka takut dengan raksaksa yang ada dalam diri mereka yang mereka tidak mampu kawal. Itu sesuatu yang amat penting untuk kita sebagai ibu-bapa ingat, supaya tidak menjadi emosional dengan keributan yang anak kita alami. Bila kita betul2 faham situasi ini, kita takkan mudah melenting. Jadi sebagai ibu bapa, kita boleh membantunya dengan 2 langkah penting. Pertama, ketika dia sedang tantrum, kawal keadaan itu (seperti yang dikongsi oleh Ibu Rose) supaya dia tidak sempat melakukan kerosakan atau kesakitan pada orang, barang & persekitarannya. Ini penting supaya apabila dia reda, tiada sisa tantrum yang dia boleh nampak. Kerana jika dia nampak hasil kerosakan dari tantrumnya, ia menjadi bukti pada dirinya bahawa diri dia itu merbahaya. Langkah kedua, latih/ajar dia untuk mengawal tindakannya. Salah satu caranya ialah seperti yang saya kongsikan tadi. Saya sengaja memegang tangan dan kakinya dan buktikan pada dia bahawa itu milik dia. Dan apabila dia tahu itu milik dia, bererti dia berkuasa / berdaya mengawalnya. Ini adalah langkah kritikal kerana apabila dia faham bahawa dia adalah 'ketua' kepada anggota badannya, akan hilang rasa takut itu. Langkah ini mungkin perlu dilakukan berulang kali, dengan penuh hemah. Gunakan bahasa yang dia mudah faham. Gunakan analogi2 yang dia boleh kaitkan. Dan apabila tantrum mula berlaku, terus dakap anak itu dan ingatkan dia untuk mengingatkan anggotanya untuk lakukan perkara baik.

Harap perkongsian ini membantu. Sama-samalah kita doakan semoga anak-anak kita cemerlang dunia & akhirat... Amiin... ♥


TeNTaNG LiPaS..

1) Nama lipas @ dlm BI = cockroach berasal drpd pkataan Sepanyol “cucaracha” yg membawa maksud serangga gila.. (patot laaa)

2) Seekor lipas boleh menahan nafas slama 40min..(uiyooo!)
...
3) Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus.. (zombie nih!)

4) Kalau blaku peperangan nuklear, lipas adalah satu2nya makhluk yg still boleh hidup (haaaa?)

5) Lipas mempunyai darah berwarna putih (mcm mahsuri la pulak)

6) Kebanyakkan lipas boleh terbang tp bkn kesemuanya.. (run 4 ur life!)

7) Lipas yg paling besar d dunia adalah Macropanesthia Rhinocerus berasal drpd Australia yg beratnya adalah 50gram (ayarkkk!)

8) Lipas goreng adalah makanan yg biasa d stengah2 tempat d dunia (errr...)

9) Lipas hanya perlu mengawan sekali & mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya..(mak oi aihhh.....)

10) Agak mustahil utk menangkap seekor lipas sbb ia ade bulu2 halus yg boleh mengesan angin drpd pergerakan apa2 yg menghampirinya. ( tangkap? oh nooo!)

11) Lipas yg d lumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa yg x begitu kuat jika d lumurkan pd tempat tu ( tu diaaa...bau mesti kow2 punye!)

12) Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya & bkn melalui hidung

13) Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam ( mak oi laju nyeeee)

14) Lipas d katakan menghabiskan 75% masa sehari dgn hanya duduk tanpa buat ape2...(amboi rilek nampak)
 

Sunday, July 8, 2012

TaNTRuM & CaRa AtASiNyA..


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
...
1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,

Ibu Rose
*********************
Jom like FB Prof. Dr. Rozieta Shaary nie... sangat bagus bagi parents yg struggle to find the best method dalam mendidik anak²...  macam² kita boleh belajar... :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails