Assalammualaikum.. sihat pengikut setia blog Bonda?? Semoga kalian semua di bawah lindungan dan rahmatNya..
Arinie rasernya nak mengutarakan sesuatu dari hati.. semua orang tahu.. jodoh pertemuan di tangan tuhan.. korang dah kawen? Baper tahun?? Aku dah nak masuk 7 thn... pejam celik.. pejam celik... lama jugaklah rupernyer kitorang berdikari melayarkan bahtera ikatan perkahwinan... hidup bersama.. suka duka.. berdua.. bertiga.. berempat.. berlima dan sekarang berenam.. hidup ini penuh dengan rencah ratusnya.. begitu juga alam rumahtangga.. ada pasang surutnya.. sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula suami isteri... tapi.. Alhamdulillah.. berkat persefahaman.. hormat-menghormati.. dan.. kasih yang mendalam.. segalanya dapat diharungi hingga ke saat ini.. mudah²an juga.. hingga ke hujung nyawa..
Jodoh datang awal.. orang kata.. gatai merenyam.. ikhs.. ikhss.. ikhss.. elok lar kan kawen awal.. jauhkan dosa banyakkan pahala.. perkahwinan ini sebenarnya gerbang kedewasaan.. nak tanak orang yang dah kawen perlu menjadi dewasa.. kerana ada peranan dan tanggungjawab yang harus digalas.. jodoh datang lambat pulak.. orang kata memilih... yer.. mmg betul lar kena pilih.. nak hidup bersama bukan 2..3 hari.. tapi dengan harapan hingga ke mati.. jadi kena lar pastikan jodoh yang kita pilih itu benar² orang yang boleh kita hadap hari².. menerima kita seadanya.. kelebihan dan kekurangan.. vice versa.. tapi jangan lar sampai terover pilih.. we are not perfect.. begitu juga pasangan kita.. paling utama.. pilihlah pasangan dari agamanya.. bagi aku.. bila seseorang itu menjaga agamanya.. Insyaallah.. kita akan dijaga sebaiknya... pilihlah pemimpin yang mampu membawa kita ke syurga..
Tak ada manusia yang sempurna.. kerana sifat sempurna itu hanya untuk Allah.. sebab itu kita semua dicipta berpasang².. untuk saling mengenali dan lengkap melengkapi.. ada pasangan yang sorang diam.. sorang banyak cakap.. sorang penyepah.. sorang pengemas.. sorang boros.. sorang kedekut... haaa... baru lar kena kan.. ada kontranya.. yang penting sifat yang tidak elok jangan dilebih²kan hingga mendominasi rumahtangga.. ambil yang elok² sahaja.. pasangan yang mengenali kelemahan pasangannya.. cuba perbaiki.. bentuk pasangan kita ke arah kebaikan.. misalnya.. dah tau pasangan kita boros.. jangan.. jangan.. jangan bagi dia pakai credit card.. undang bala tue!
Kenali pasangan dari fasa pengenalan.. maser couple² nie lar masa yang paling afdal melihat kesesuaian kita dengan seseorang... maser dating.. perhatikan.. adakah si dia menjaga solatnya.. maser jalan² bersama.. perhatikan adakah si dia mengambil kesempatan... walaupon sekadar cuba memegang tangan.. orang yang tau halal haram tak akan suka suki memegang anak dara orang.. untuk apa pegang sekarang.. pegang lar selepas kahwin.. luruh dosa² dari celah² tangan.. tengoklah samada si dia menyukai binatang atau kanak².. kalau dia suka.. penyayang lar jodoh kita itu.. dalam kenderaan awam.. perhatikan adakah si dia seorang yang prihatin... nampak orang tua atau wanita mengandung.. adakah si dia meng-offer-kan tempat duduk... kalau yer.. budiman lah pasangan kita itu... biler datang ke rumah kita.. adakah si dia membawa buah tangan.. kalau yer.. si dia seorang yg tidak kedekut dan pandai mengambil hati... tengok kesungguhannya dalam berhubungan.. sanggupkah si dia bertemu ibu bapa kita ketika ingin mengajak kita keluar.. kalau yer.. dia memang serius mahukan kita dan dia juga seorang yang bertanggungjawab.. ketika berjalan.. si dia membantu membawa barang kita.. hinggakan handbag kita sanggup digalasnya.. menandakan egonya tidak ke langit... dia seorang yang gentleman.. prihatin dan sikapnya mudah dilentur.. ketika bergaduh adakah kita dipujuk.. kalau yer.. dia mampu menyejukkan hati kita... ketika dia keputusan wang.. adakah si dia meminjam dari kita.. jika tidak walaupon setelah di-offer.. maksudnya si dia punya harga diri yang tinggi.. tidak suka meminta² apatah lagi dari seorang perempuan.. ketika bersama adakah si dia seorang yang slumber.. kalau yer.. dia bukanlah seorang yang hipokrit dan dia juga tidak pandai berpura².. apa lagie.. hurrmmm.. macam² lar kita boleh tahu sejak dari fasa berkenalan..
Maser remaja dulu.. aku agak takut dan sangsi dengan orang yang mendirikan rumahtangga.. aku takut melihat mereka yang mendapat suami baran... tidak bertanggungjawab dan selalu mendera isteri.. aku selalu dengar.. "perempuan yang baik.. untuk lelaki yang baik".. tapi macammana pula kita seorang perempuan yang baik mendapat lelaki yang jahat? Itu gunanya kita berdoa.. mak aku dah ajarkan aku berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang baik² sedari aku 14 tahun.. mak kata bila kita mahukan sesuatu yang baik.. kita kena mulakan dari sekarang.. berdoa mudah²an Allah jodohkan kita dengan lelaki yang beriman.. penyayang.. bertanggungjawab... berdoa setiap kali sesudah solat.. minta dengan bersungguh².. Allah mendengar setiap yang kita hajatkan.. tapi.. kalau tetap juga kita mendapat jodoh yang tidak seperti yang dihajatkan.. ketahuilah.. kita sedang diuji... Allah menyayangi kita dan Dia sedang cuba mengangkat martabat keimanan kita melalui ketabahan kita... bersabarlah..
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ...ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.See More
By: Ustaz Azhar Idrus ( Original )
1 comment:
seronok bila dpt anak-anak yang comel-comel, nakal-nakal2, cerdik2 tu kan?? hehe
Post a Comment