.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, September 28, 2012

BAJET 2013.. ApAKaH HaRaPaN AnDa??


 
 
Petikan emel...
 
YBhg Dato’/Datuk/Dr/ Tuan / Puan,

SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BAJET 2013 MELALUI PORTAL PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Adalah saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan
seperti berikut:

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)

Masa : 4.00 petang

Tempat : Parlimen Malaysia

3. Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2013 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2013. Siaran langsung ini boleh didapati dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2013.

4. Selain dari itu Bajet 2013 juga boleh diakses melalui:

• Mobile Web – http:// www.treasury.gov.my/bajetmobile
• Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my
• Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

• Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my
• Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my
• Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my
• Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

4. Sehubungan itu kami memohon kerjasama pihak tuan dan puan agar dapat menghebahkan acara penting ini kepada semua warga Kementerian dan Agensi di bawah Kementerian masing-masing untuk sama-sama mengikuti Pembentangan Bajet 2013 ini. Kerjasama dan sokongan pihak tuan dan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

1 comment:

My Little Diary said...

saya pekerja swasta...macam kurang impak jer...huhu sedih..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails