.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, September 11, 2012

BaHaYaNyA BaTeRi KeCiK Nie..

 
BAHAYA TERTELAN BATERI LITHIUM Centre of Disease Control and Prevention (CDC), satu jabatan yang menjaga kepentingan kesihatan rakyat Amerika Syarikat telah memberitahu bahawa bateri kecil sangat berbahya kepada kanak-kanak.
 
CDC memberitahu bahawa bateri berbentuk butang sangat bahaya kepada kanak-kanak. Bateri ini berbentuk bulat kecil selalu digunakan sebagai bateri untuk menjana tenaga untuk jam tangan, alat pendengaran dan peralatan mainan yang lain.
 
Jika tertelan, ia boleh memasuki saluran permakanan esofagus atau saluran pernafasan bronchus. Dalam kedua-dua hal, ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
 
Puan Jamaliah Samsudin, rakan FB SAYA juga berkongsikan pengalaman beliau, " Anak perempuan saya pernah menelan bateri ini pada tahun 2004 ketika berusia 11 bulan. Pemeriksaan X ray menunjukkan dia telah menelan 2 biji bateri ini daripada mainan telefon dan telah ditahan di wad selama 4 hari untuk pemantauan dan alhamdulillah bateri-bateri itu telah keluar melalui najis. Sehingga kini saya mengharamkan terus semua mainan yang menggunakan bateri ini dirumah saya"
 
Saya rasa nasib anak Puan Jamaliah sangat baik, kerana tidak perlu menjalani apa-apa pembedahan yang invasif. Jika bateri itu memasuki saluran pernafasan bronchus, selalunya kanak-kanak itu akan diberikan bius pengsan (general anesthesia) dan dimasukkan alat bronchoscopy, sejenis tiub berkamera yang mempunyai cangkuk dihujungnya bagi mengeluarkan bateri di saluran pernafasan itu.
 
Jika bateri berada jauh di dalam paru-paru, berkemungkinan harus dilakukan pembedahan dada (thoracotomy).
 
Walaupun begitu, baterti yang masuk ke dalam esofagus boleh menyebabkan tersangkut di situ. Apabila berada lama di esofagus, bateri itu akan mengeluarkan bahan kimia alkaline electrolyte yang berbahaya dan menyebabkan kecederaan 'chemical corrosive burn' pada saluran esofagus itu dalam beberapa jam saja.
 
Jika ia tidak menyebabkan kebocoran bahan kimia, bateri ini boleh menyebabkan tekanan fizikal pada saluran esofagus, menyebabkan saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrient terhalang, seterusnya menyebabkan kematian tisu-tisu saluran ini, mengakibatkan saluran esofagus ini boleh bocor.
 
Dalam satu berita yang dilaporkan oleh dailymail.co.uk pada 16 Nov 2011, seorang kanak-kanak bernama Emmett Rauch berusia 2 tahun telah tertelan bateri lithium yang kecil ini yang digunakan untuk alat remote control. Beliau terpaksa menjalani 18 pembedahan di Hospiatal Kanak-kanak Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat.
 
 
Dalam kejadian itu, ibunya Karla Rauch tidak menyedari anaknya telah menelan bateri itu, dan tanda pertama yang ditunjukkan oleh anaknya ialah demam dan selsema saja. Selepas 3 hari, keadaan anak beliau bertambah teruk dan mengalami sukar bernafas. Apabila doktor melakukan pemeriksaan x ray dada, mendapai terdapat objek bulat yang dipercayai bateri lithium pada saluran esofagusnya.
 
Emmet terpaksa dipotong dan dibuang esofagusnya sepanjang 4 inci akibat kerosakan kematian tisu. Beliau juga mengalami beberapa kali "collapsed lung" dan menjalani lebih 200 xrays. Kanak-kanak malang ini juga telah berada di hospital selama lebih 19 minggu di wad pediatric ICU.
 
Bahaya bateri Litium ini (jika tertelan) akan saya kupas di blog saya http://drzubaidi.com/blog



2 comments:

~aYu~ said...

takut pulak bila baca pasal ni.. mmg nak kena cek mainan anak-anak kat umah ni.. tq for info kak..

Suria Karim said...

Serius menakotkan... takot juga mainan anak2 skrg...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails