Saper pernah tengok pokok nie.. angkat tangan! Ini pokok apa?? Bagi yang tak tau dan tak pernah jumpa.. inilah dia Pereskia sacharosa/saecnarosa nama saintifik yang diberi tetapi lebih glemer dikenali sebagai Pokok Tujuh Jarum.. atau Rose Cactus.. atau Pokok Kanser.. atau Pokok Jarum Tujuh Bilah.. atau Pokok Bintang Tujuh.. atau Pokok Chat Sim Chan..
Pokok yang asalnya dikatakan dari Korea Selatan ini tergolong dari keluarga 'kaktus' dan satu²nya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.. pokok nie sangat tahan lasak.. aku tau sebab aku yang tanam.. memuler aku tanam dalam pasu.. amik batang dia dari umah makcik aku.. dalam pasu kan.. kadang² tuan yg super rajin nie lupa siram.. maka pokoknya hidup segan mati tak mahu.. lalu aku pindahkan ke laman depan... dari satu batang... sedar² dah berbatang².. segar bugar membiak dengan suburnya.. tak perlu jaga.. tak perlu baja.. dia diklasifikasikan genus paling primitif yang mudah beradaptasi hampir dalam semua iklim..
Aku pelik jugak naper pokok nie dikaitkan dengan nombor tujuh sebab kalau nak dikira betul² duri dia banyak giller dan di setiap tumpuk adalah lebih daripada 7 bilah.. dan lagi.. hati² duri pokok nie boleh dikatakan agak berbisa.. kalau tercucuk bagaikan terkena selumbar.. payah nak kuarkan... raser macam nak cantas buang pon ada jugak biler bengang tercucuk duri.. tapi sayang lar pulak.. sebab pokok yang berduri bisa nie banyak khasiatnya..
Korang tau.. daun.. bunga dan buah pokok nie boleh mengubat penyakit barah?? Dimakan secara mentah sebagai ulam atau salad.. diambil secara rebusan dari tumbuhan segar.. dipercayai mempunyai nilai perubatan kanser seperti anti-ketumbuhan (tumor).. anti-sengal otot (rheumatic).. anti-ulcer.. dan
anti-inflammatory.. ia juga digunakan dalam ubatan melegakan sakit kepala.. sakit
perut (gastric pain).. ulcers.. bawasir (hemorrhoids).. penyakit kulit (atopic
dermatitis).. dan kesegaran badan (revitalizing the body)..
Di Panama, orang
tempatan menggunakan seluruh tumbuhan Pereskia bleo untuk merawat masalah usus
(gastrointestinal problems).. sementara di India.. Pereskia grandifolia digunakan
sebagai ubat sakit pembengkakan.
Tumbuhan herba nie juga mempunyai keluarga yang besar.. sebanyak 31 jenis darinya telah dikenalpasti seperti senarai di bawah..
1) Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
2) Pereskia aculeata var.
rotundifolia
3) Pereskia aureiflora
4) Pereskia bahiensis
5)
Pereskia bleo
6) Pereskia colombiana
7) Pereskia corrugata
8)
Pereskia cubensis
9) Pereskia diaz-romeroana
10) Pereskia godseffiana
11) Pereskia grandifolia
12) Pereskia grandifolia var. violacea
13)
Pereskia guamacho
14) Pereskia horrida
15) Pereskia humboldtii
16)
Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
17) Pereskia lychnidiflora
18) Pereskia marcanoi
19) Pereskia nemorosa
20) Pereskia philippi
21) Pereskia portulacifolia
22) Pereskia quisqueyana
23) Pereskia
sacharosa
24) Pereskia stenantha
25) Pereskia subulata
26) Pereskia
vargasii
27) Pereskia vaugasii var. longispina
28) Pereskia weberiana
29) Pereskia zehntneri
30) Pereskia ziniiflora
31) Pereskia
zinniaefolia
Jom baca artikel yang aku amik dari Herba & Tumbuhan nie..
Bertepatan dengan pertambahan penggemar penggambilan tumbuhan herbal sebagai
rawatan alternative, maka adalah amat perlu menjalankan satu penyelidikan bagi
meyokong nilai perubatan terkandung dalam tumbuhan herbal disamping memastikan
tumbuhan itu selamat untuk penggambilan manusia.
Keputusan adalah
bertetapan dengan kajian in vitro dimana pati ekstrak Pereskia bleo dan Pereskia
grandifolia tidak menunjukkan cytotoxicity keatas sel normal MRC-5. Berdasarkan
kepada keputusan kajian acute toxicity keatas tikus makmal kedua dua pati
Pereskia sp. Diterima sebagi selamat untuk kegunaan kesihatan
manusia
Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak mempunyai kesan
sampingan (acute oral toxicity), Ujian makmal keracunan telah dilakukan keatas
haiwan ujikaji dimana, jumlah sukatan tinggi (A single, high dose) telah
diberikan kepada haiwan ujikaji dan diperhatikan sama ada ia mendatangkan
kemudharatan atau membunuh haiwan tersebut dalam jangka waktu 14 hari, tapi
tiada kematian dicatit sama ada disebabkan kematian semulajadi maupun disebabkan
dari ujikaji. Kajian ini penting bagi mentukan tahap keselamatan ubat ini keatas
kesihatan.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh
bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang
tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C
(asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap
tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti
antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga
mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang
telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal
bebas.
Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati
atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai
keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan
juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum
tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser
buah dada dan juga sel kanser ovari.
Bagi kajian haiwan pula, ekstrak
daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar
dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh
kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah
mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim
penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak
sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah
hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati
kanser hati secara keseluruhan.
Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan
juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah
tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang
normal atau tikus yang normal.
Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah
mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih
amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau
kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang
normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana.
Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan
mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan
di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).
Phytochemical
Kajian kimia keatas daun Cacatceae
(komponan Cytotoksik Pereskia bleo) tidak banyak dijalankan dibanding dengan
spisis pereskia yang lain. Hanya tiga (3)lapuran kajian phytochemical dan
biological dilapurkan berkenaan tanaman ini. Kajian terawal berkenaan
phytochemical oleh Doetsch etal yang melapurkan pengasingan Empat (4) alkaloids,
dikenali sebagai 3,4-dimethoxy-β-phenethylamine, mescaline, 3-methoxytyramine
and tyramine.
Rumusan
Secara tradisionalnya, untuk
mendapatkan khasiat dari jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik
(satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi
atau makan secara mentah, daunnya terasa rangup. Daun jarum tujuh bilah ini
mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini
secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis
barah.
Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama
kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.
2. Sakit Buah
pinggang.
Tiga Cara Rawatan:
1. Masukkan 2 helai daun ke
dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam
1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan
diminum.
Peringatan:
a) Amalan perubatan ini amat popular
di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana ia
dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau
makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. Ia
dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
b) Adalah amat
amat digalakkan memakan Asparagus @ meminum jus perahan Aspargus apa bila kita
memakan atau menggambil ubat pembunuhan sel kanser.
***************************
Fuhhhh.. panjang dan padat.. haa.. baru kau tahu kelebihannya.. sib baik tak tebang..
ehehehehehe...
^_________^
4 comments:
Terimakasih, info yang cukup berguna. Ari tu cuba tanam tapi tak hidup. Mesti cuba sekali lagi.
di rumah saya pn ada tanam pokok ni,
pokok duri tujuh..
mmg elok utk cegah kanser, kunyah aje pucuk die mcm mkn sireh tu..
sy dh try, tp lendir sket.. heheheh..
jaga2 pokok ni, duri die tajam amat..
huhuuh
pernah nampak pokok ni tapi tak der pulak tanam dan tak tahu khasiat dia :)
Mak saudara kwn, sembuh kanser payudara thp 1 lps amalkan daun tujuh bilah ni dlm 2-3 bln. Dia mkn buat ulam bersama nasi panas. Subhanallah.
Post a Comment