.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, October 31, 2011

..AiYaa APeK..

Tersebutlah sebuah kisah umporno yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas.

Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perku...buran cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.

Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.  Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.  Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu nesan.

"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah.

"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.



Friday, October 28, 2011

..RaCuN dan PeNaWaR..

Semalam seharian berjalan.. bangun berkemas anak beranak.. makan nasi goreng.. solat Zohor chow to the nearest Klinik Kesihatan.. appointment utk suntikan 2 bulan Amna.. Berat Amna dah 5.4 kg.. panjang/tinggi dah 59.5 cm.. cepat sungguh dia membesar.. dah sebulan mandi air sejuk.. dah tak menangis pon dia.. walaupon tadi.. yer tadi bangun mandi sama ngan Ayah yg mandi untuk ke pejabat.. sebab.. Amna berak.. bocor.. eheheh.. dan dia tidak menangis.. bagus baby Bonda.. pandai...

Maser kena inject.. merah padam muka Amna menjerit sakit.. "menangis".. tapi sekejap jer.. kuar jer dari bilik suntikan otomatik tangisan berhenti.. hehehe... nurse bagi ubat demam.. suh bagi 2.5 ml biler balik umah.. siap pesan.. tak abis simpan.. sebab untuk suntikan 3 bulan kami tak bagi ubat demam dah.. ehehehe.. betul punya save budget.. ok lar kan.. lagipon tak elok membazir.. kata rawatan free.. untung rakyat Malaysia nie.. bayangkan kalau perubatan diswastakan semua.. matiiii.. ubat mahal wooo... lama jugak lar kan lepak kat klinik tu sementara menunggu angka giliran dipanggil.. ke bilik itu.. ke bilik ini.. sempat lar aku layan Sinetron "Puteri yang Ditukar" dan Telenovela "Bella Calamidades".. perghhh.. sib baik situ ada tv.. siaran harus tonton aku tu semenjak melepak rumah utk 3 bln  nie.. hehehe.. dan.. baliknyer seperti kakak² dia.. idak ler si Amna tu diberi ubat demam... dan memang dia tak demam pon.. tanak biasakan anak dengan ubat... nanti hidup bergantung dengannya.. badan lemah... anak² Bonda.. mesti kuat macam Bonda!

Dua jam di klinik kesihatan kitorang rushing tu LPPKN pulak.. appointment aku utk diperiksa implanon yg aku pakai tue.. sekejap jer... tak sampai 5 minit.. dia kata ok.. jumpa lagi lepas 3 tahun... beres!

Singgah umah mak.. nak amik Aisha yg tido umah tok dia.. sebab nak bawak pi jumpa tok papa.. my FIL kat Puchong.. solat Asar.. dan ajak mak melawat besan dia sekali.. makan "pisang hot" (panggilan pisang goreng my FIL) bersama² teh tarik.. pastu En. Ady tapau Mi Bandung baper bungkus tah.. kitowang makan ramai²... balik dari umah papa.. kitorang singgah Tesco.. beli serba sedikit barang dapur.. hantar mak balik umah dah pukul 11.30 mlm... tapi perut masih berkeroncong.. maklum.. makan mi bandung tadi cover².. sebab takut ada orang belakang blom makan.. makanya.. otw back.. nampak org jual sate minang... En. Ady yg sememangnya pantang jumpa.. singgah lar membeli.. aku ngan anak² tunggu dlm kereta di seberang jalan.. selama 15 minit tempat penantian merupakan satu penyiksaan.. Alyaa ngan Aisha bergado macam anjing ngan kucing.. tension tahap gaban tercabut telinga.. aku tempik.. "Ok.. kejap lagi kita singgah balai polis.. Aisha sila buat laporan.. bagitau kat polis tu aper kakak buat kat ko.. tulang mana patah.. kaki mana berdarah!!  Nak suh kakak masuk jail baper tahun... cakap kat polis tu jangan tak cakap.. Bonda tak larat dah dengar korang bising!!" Legaaa.. diam lar kejap... ayah pon sampai.. aku pon mengadu lar kat En. Ady perangai anak² dia yg sangat mendera.. Ayah pulak bagi khutbah.. dedua diam.. sumer diam.. sampai rumah.. Aisha terus tido.. tak der mood atau dah penat satu hari tu asyik practise vocal jer..

Makan sate anak beranak... elok dah abis.. aku geli hati tengok muka Ainna terkerut².. "Naper Ainna??  Berak ker?".. Kerutan belum berhenti.. dia mengangguk... hmmm... ayah dia suruh Alyaa ngan Ainna salin baju.. baju tido.. Ainna nak ikut kepala sendiri.. slumber jawab.. "Nana tanak.. Nana nak pakai baju nie.." En. Ady geram.. marah dengan nada suara serius sbb Ainna takmo dengar cakap.. mentang² anak manjer ayah... pastu kami saling mengerling.. geli hati.. biler si Ainna menonong ke bilik belakang ekot si Kakak yg nak salin baju... sambil jalan dia bercakap... "Jangan basuh berak Nana!!" Hahaha!!!.. Aku balas kata protes si Ainna... "Haa.. Nana suruh lar berak Nana tu basuh sendiri..!"  Last² ayah jugak yg basuh... merajuk kunon.. dia memang tak bleh merajuk lama² ngan ayah dia... anak manjer..

Anak²... anak²... korang lar racun... korang lar penawar.. :)




WOooOOW!! Boleh Kurus Nieh!




Nice... kalau ada kat Malaysia sure gempak kan.. hehehehhh


 

..HaTi² PeMeRKoSaAN ViSuAL..

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)


Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..


Wednesday, October 26, 2011

SPREAD tHe LOVE ♥..Love Comes To Them Who Value It..


‎"True Love is All About Loving The Same Person All Our Life"

Why You Have Not... met me When We Were Kids :'(
Just Think Without U How Did I Live !

With U I Wish To Spend My Day & Night,
Other Then You I Don't Want Any One In My Life.

I Wish To Grow Old With You,
And See Your Hairs Turning White.

No One Can Separate Us.. Not Even Death,
As My Last Wish Will Be To Sleep Next To Your Grave !!


Tuesday, October 25, 2011

..LOVe YOuR WiFe..


"Love her …when she sips on your coffee or tea.... She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own....


Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!



All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

Sunday, October 23, 2011

BiLa AyAM & LeMBu LePaS TeNSiON..


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.
Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.  Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.  Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

 

Friday, October 21, 2011

..Aritue DoWaNG MaSuK PeRTaNDiNGaN MeWaRNa..

Sehari sebelum aku abis pantang.. aku join Majlis Jasamu Dikenang.. jamuan besar²an diadakan oleh Jabatan kami.. walaupon blom abis pantang.. bab makan tidak dilepaskan.. manakan idak.. 3 ekor kambing golek tue... blom masuk yg lain² lagie.. nampak sangat Kakpah pelahap.. ehhh.. tak baik tau tuduh kita camtue.. kalau aku tak datang tak abis makanan arietue.. kehkehkeh!!  Hakikatnya aku idak lar makan banyak mana pon.. kambing tu pon setakat sepinggan pakai buang jer.. tak puas!!  Sebab aper.. sebab sibuk ke hulu ke hilir tengok anak... huhuhu.. part paling best??  Time nak balik.. macam ada satu pertandingan tapau makanan... wahhh.. harus aku join.. save tenaga takyah masak... sumer beresss... ater warga Warisan sumernyer tak suka membazir kan...

Ok.. dah takmo mengarut.. sebab sebenar aku datang aritue adalah untuk menghiburkan hati yg boring memerap di rumah dan nak menggembirakan hati anak².. sbb aku tengok dari aturcara majlis ada xtvt melibatkan budak²..

Sonok datang aritue.. dapat jumpa ramai kengkawan opis juga famili dowang.. baru kita tau.. ooo.. dah kawen upernyer.. dah ada anak.. ingat ker bujang kan.. lagak cam orang bujang jer.. eheheh.. ooowww.. sumer anak² aku suh masuk pertandingan mewarna nie.. kecuali baby Amna.. sib baik tak pandai pegang pensel.. kalau tidak dah lama aku paksa join.. eheheh.. sebab per??  Sebab sumer yg join dapat goodiebag kaler pensel.. dan set alatulis.. rugi ler kalau tak join! Jimat duit Bonda kan.. hehehe
Budak² nie takyah pakser.. nampak jer kaler.. nampak pensel sumer tu.. sangat ghairah dowang nak mendemo bakat conteng masing²..

Bagus tau bagi budak² join xtvt macam nie.. dorang boleh bersosial.. naikkan confident level.. bagi dowang semangat.. tapi jangan pulak kita yg sibuk mengaler utk dowang.. hasil seni budak² nie memang lar tak perfect macam yg kita harapkan.. tapi yg penting dorang usaha dan hasilnya dari tangan dowang sendiri.
Ainna nie.. mmg harus aku kasi join.. sebabnyer dah paham sangat.. biler kakak² dia sibuk dok tayang kaler dowang nanti harus tercetus perang saudara sebab dia pon nak jugak goodiebag yg sama.. pastu aksi rebut merebut pasti terjadi.. dan yg paling tak tahan akan diakhiri dengan drama air mata dengan iringan lagu irama Malaysia yang tak henti²..
Tekun kan!  Nie lar yg aku suker tengok.. memerhati gelagat dowang..

Hasil tangan Aisha..

Ainna.. dan..
Alyaa.. antara 3 orang puteri nie.. sudah tentu lar kakak Alyaa juara.. sebab dia dah pandai pilih kaler.. warna tak keluar.. kemas.. walaupon agak kasar hasil dia.. tapi banyak improvement..

Senyummm.. Bonda nak amik gambar!

dan.. Bonda pon nak bergambar!
Ayah jaga budak² nie sementara Bonda pegi susukan Amna.. tiba²..

Nisa datang panggil aku.. dia kata nama aku naik maser cabutan bertuah.. see.. besarkan hamper dia.. sebelum nie kan En. Ady bawak balik hamper.. selang sehari jer ngan aku..
Badut pon ada jugak tau aritue.. dia wat magic shows dan tiup belon.. maser aku ngan Nisa (blogger baru nie..) dan Ayuni nak bergambar dia datang join kat tepi.. ehehehe

Bergambar ngan opismate.. yg nie Ayuni.. dia pon blogger juga..

Mari kita ramaikan blogger warisan.. aku tau ada ramai lagie blogger kat Jab tapi dowang senyap² jer kan..
Budak² nie sonok berkejar²an kat padang.. wah ada padang segala kan.. kat maner majlis nie??

Dekat KSS (Kelab Sultan Sulaiman) Rumah kedua JWN.. kebanyakkan xtvt rasmi kami diadakan di sinie..
Malam tue.. ulang-alik anak² aku masuk bilik.. especially si Aisha..
Bonda biler nak bukak hadiah nie?? 
Tak sabar betul dia..
Masing² dah mark yang mana dowang punyer.. ececehhh.. banyak cantik.. itu hadiah Bonda yer.. makan sama²!!

Coklat musti ada.. hisshh tak cukup yg En. Ady dapat aritue.. lagie stok untuk menggemokkan badan..
Bowink mengunggu.. Udah² lar tue Bonda amik gambar.. kitorang dah lapar nie..

Ok.. jom makan!! Tengok excited sungguh si Ainna..
Makan jangan sepah² yer..


Thursday, October 20, 2011

CeRDiK BeTuL BuDaK NiE!

 
CAPITAL OF israel?
 
THERE IS NO israel..
 

yea..

PALESTINE!!!!

BRAVO Ya Habibi!!!

 

Wednesday, October 19, 2011

..AirMaTa iSTeRi..


Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah dia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami², jika seorang istri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami², jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


*********************
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA


Monday, October 17, 2011

LeBiH KeJi DaRi HaiWaN!!

Andai itu anak kita... sanggupkah kita bayangkan.. hari² dengar berita² menyayat hati.. apa nak jadi manusia zaman sekarang??

Dulu ustaz aku pernah cakap.. bila kita tidak merasa/terasa apa² melihat penderitaan orang lain.. tandanya.. hati kita telah mati.. bila hati telah mati.. bunuh orang pon dia dah tak rasa apa²..

Keji!!... Keji!!! KEJI!!!!!!!!!!!!!!!!!!




 
 

Apa punca hati mati??  Salah satunya.. makan dari sumber tidak bersih.. tidak halal.. ustaz kata.. makanan menjadi darah daging.. bila makan benda tidak halal.. hati kita ditumbuhi titik hitam.. bila keseluruhan hati diselaputi titik hitam... hati itu MATI!!..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails