.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, July 10, 2007

..WaNiTa D SiSi LeLaKi..

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan
terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-
galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan
mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk
meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya
begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar,
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin
menderita…

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka
kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis
rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan
iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran
Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi
ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women
gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu
kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang
lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah:
negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa
hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa
ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah
membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,
rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya
mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri
sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya
jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails