.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, April 3, 2013

OOooooppps!

Banduan...

Seorang banduan yang telah dipenjara selama 20 tahun tiba-tiba dapat melepaskan diri. Banduan tersebut dengan bijak dapat meloloskan diri dari penjara dan melarikan diri sehingga tiba di sebuah kampung. Akhirnya dia menceroboh sebuah rumah yang didiami sepasangan suami isteri muda.

Banduan tersebut menceroboh dengan niat untuk mencuri wang namun apa yang ditemuinya sepasang suami isteri yang sedang enak tidur di dalam bilik. Dia lalu memerintahkan si suami turun dari katil dan mengikatnya di kerusi. Kemudian banduan tersebut mengikat si isteri di katil sambil mencium lehernya lalu bergegas ke bilik air.

Sedang banduan tersebut berada di bilik air si suami sempat berbisik kepada isterinya "Mama, papa rasa banduan jahat tu kalau tengok baju dia. Mungkin dah lama dipenjara, lama tak dapat perempuan agaknya kalau tengok cara dia cium leher mama tadi. Mama, kalau dia nak rogol mama jangan la menolak, buat dia puas. Papa takut dia bunuh kita nanti. Mama bertahan ye, i love u mama."

Si isteri menggeleng kepala lemah sambil berbisik "Papa, dia tak cium leher mama, dia bisik kat mama. Dia cakap dia gay dan papa seksi. Dia tanya mana lotion, mama cakap kat bilik air. Papa bertahan ye, mama sayang papa jugak."


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails