.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, February 28, 2013

TuKaRLaH UnTuK LeBiH SeNaNG DiPaKai!

Korang ada anak kecik??  Teng.. teng.. teng.. aku ada perkhabaran gumbira buat semua yang ada anak yang masih ber-diaper.. maksudnya anak² yang belum pandai poopoo sendiri di toilet.. yang berusia lingkungan 1 - 3 tahun..
 
 
Papa Mama yang penyayang musti tahu pasal Huggies® kan.. yelah.. salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia.. membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.myatau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.

 
Untuk Makluman semua..
 
Huggies akan adakan satu roadshow dari 25 Februari 2013 ke 3 Mac 2013 di Mydin USJ!
 
Dengan tema “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai”..   Papa Mama yang sentiasa memberikan anak² korang yang terbaik jangan terlepas peluang nikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik!
 
 
Pernah dengar Huggies Dry Pants?  Tak pasti??  Meh sini nak citer sikit.. Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif– setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas!
 
 
Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin! Singgahlah di booth Huggies® untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah!
 
 
 
Mari.. mari pakar tukar lampin sekalian..
Haaa.. jom kita berkumpul di ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin dengan Huggies Dry Pants! Tukarkan lampin Huggies Dry Pants anak korang dalam masa 30 saat atau kurang untuk memenangi hadiah menarik!
 
Papa Mama... Please take this note!
Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut:
10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
 
Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam! Datanglah beramai-ramai!
 

Jangan lupa yer..
 


Wednesday, February 27, 2013

Mother's LOVe always AMaZiNG..

Dah tengok video nie.. sangat menyentuh hati.. kasih si ibu katak.. binatang pon tahu sayang anak kan..
 




Tuesday, February 26, 2013

ALYaA DaRJaH 1 SuDaH..

Salam.. dah lama aku tak kasik personal touch kat blog kesayangan aku nieh.. ehehe.. sori lah pembaca² blog Bonda yang tak jemu² menjengah... aku perasan biziiii... dan mood blogging kelaut.. nampaknyer idak ler setegar mana kekuatan berbloging ku inie... tarikkkk nafassss..... huuuuurrrrmmm... hembusss... kita mulakan sekarang buangkan angin lemau yang bertapa dalam badan... berbekalkan semangat tulisan hari ini merupakan kenangan hari esok... akan aku tarikan jariku di atas keyboard itam inie demi mencoretkan suka duka tawa tangis kehidupan seorang ibu beranak empat.. yeah... ini kenanganku... untuk tatapan anak²ku di masa akan datang... I love my family... dan akan aku baitkan kisah hidup kami di sinie... walaupon citer nie dah basi kan.. terperam jer kelemauan..

Tahun ini tahun besar buat anakku Alyaa... pengalaman besar juga buat kami ibu bapanya... she's finally in standard 1... OMG... teraser tuanya... hehehe.. dia sangat excited.. kami lebih² lagie..

Persediaan telah diatur seadanya... beli baju kurung 3 helai, pinafore 1, kemeja putih 1, tie 1, kain sekolah kebangsaan 2 helai, sekolah agama 2 helai.. tudung dua, anak tudung 2, stoking, kasut, beg sekolah, warna, alatulis, buku iqra'..

Anak masuk tahun 1 sesi persekolahan rasmi nie sama lar jugak rasanya macam menimang cahaya mata buat pertama kali... macam² persediaan nak buat.. sebelum lapor diri di sekolah ada banyak lagi prosedur lain perlu dilalui..

Seawal anak menjangkau usia 5 tahun kita dah boleh daftarkan dia ke sekolah rendah yang kita inginkan.. pastikan yang berdekatan dengan rumah kediaman atau rumah penjaga dorang semasa kita bekerja.. sekarang dah mudah.. register online dulu.. pergi ke Kementerian Pelajaran ikut negeri masing².. cari tools aplikasi atas talian.. baca betul² arahan dan silalah isikan butiran² yang dikehendaki.. bila dah siap semua kita akan diberikan satu no. pin.. no. pin nie penting untuk rujukan dan kemaskini permohonan.. lepas tu kita dikehendaki mengemukakan dokumen asal +1 salinan bagi mengesahkan permohonan.. (kena pegi sekolah tu untuk dapatkan cop pengesahan)..
 
Empat bulan sebelum sesi bermula, satu envelop samada anak kita dapat atau tidak sekolah di situ akan dihantar bersama borang² berkaitan untuk diisi.. lengkapkan borang dan datang (sekali lagi) ke sekolah untuk submit.. bawa bersama dokumen asal surat beranak.. belakang surat beranak nanti akan dicop no. pendaftaran persekolahan.. selamat sudah... dan lepas tue.. kita akan diberi surat.. (lagi..) dengan maklumat sesi orientasi dan ujian pengesanan (untuk tentukan sebijak manakah anak kita.. dan akan ditempatkan di kelas mengikut level masing².. ini bertujuan memudahkan cikgu memberi tumpuan kepada pelajar² yang memerlukan).. okeh! Settle bab pendaftaran persekolahan...
 
Hari pertama sesi bermula... kita dikehendaki pula menyediakan sejumlah wang... untuk membeli buku².. baju sukan.. name tag.. tie.. abacus.. lencana.. dan yuran PIBG.. tambah tolak bahagi semua gedebak gedebuk ada lar dalam RM200.00.. settle bab sekolah kebangsaan... kena laks cari sekolah agama... hehhh... mustiiii... semua orang nak anak dorang cemerlang dunia dan akhirat kan.. jadinya.. pegi ke SRA/KAFA berdekatan.. isi form gedebak gedebuk.. juga dekat nak RM400.00 (itu bayaran termasuk yuran untuk setahun.. KAFA mahal sikit dari SRA tapi nak register lebih mudah.. kalau SRA kena pulak pegi Majlis Agama mintak pengesahan.. so... sekolah agama selesaiiii... satu lagi problemo... bagaimanakah anak kita akan ke sekolah... pencarian bas sekolah bermula.. dengan bertanya di sana sini.. telefon ke sana sini... akhirnya RM70.00 sebulan dari rumah tok ke KAFA dari KAFA balik rumah tok.. dtg balik umah tok untuk hantar ke SRK.. dan ambil semula dari SRK ke rumah tok... there u goes.. 2 trip.. dan begitulah.. bermula sesi persekolahan si Alyaa .. Alhamdulillah.. dia ditempatkan di kelas pertama... semua budak dalam kelas tu dah pandai membaca dan menulis.. dan lebih ramai student perempuan dari lelaki... hurrrmmm... kesian Alyaa.. jadual padat dari pagi ke petang.. pagi² ke sekolah agama.. tengahari ke sekolah kebangsaan.. malam pegi kelas mengaji pula.. ayah ngan bonda tak ada harta.. hanya ilmu yang dapat kami beri.. agar masa depan anak² kami tersuluh terang.. walaupon kami dah tak ada lagi di dunia ini...
 
Untuk anak pertama masuk sekolah rasernyer memang agak renyah.. tapi bila yang seterusnya rasernya akan bertambah mudah... oohhh.. Aisha sekarang di Kindergarten 2.. dari tahun lepas dia dah boleh membaca.. thn depan dia ke sekolah yang sama dengan kakak dan si Ainna pulak masuk tadika... yuran tadika... perghhh bih kurang yuran masuk universiti.. same goes.. tetap perlukan bas sekolah untuk ke tadika.. setengah orang kata membazir.. tapi apa yang kita tak tahu sebenarnya.. early education is the most crucial part of learning.. dari sini lar kita pupuk minat mereka untuk belajar.. membentuk sahsiah diri untuk menjadi seseorang yang berguna suatu hari nanti.. Ya Allah.. Kau permudahkanlah jalan anak²ku menimba ilmu yang berguna di dunia dan akhirat... amiiiinnnn....
 
Hari orientasi.. kami sampai agak lambat.. semua orang dah beratur..

Alyaa pon terpaksa berbaris di belakang..

Guru Besar sekolah nie kecik jer orangnya.. :)

Ibu bapa diberi taklimat sementara anak² dibawa mengenali kawasan sekolah.. toilet.. kantin.. perpustakaan.. makmal komputer.. surau.. bilik guru.. etc.. dorang juga diajar cara membeli makanan di kantin hari tue..

Buku² teks adalah percuma.. tapi pinjaman lar kan.. dan adalah menjadi tanggungjawab Bonda pula menulis nama di setiap buku² Alyaa..

Di hari pertama sesi persekolahan 2013..

Alyaa with Bonda..

Pentas di dewan..

Semoga Alyaa pandai bawa diri..
 
 

Friday, February 22, 2013

RM10..

Melihat rakan-rakan sekolah mengumpul permainan dalam kotak Tora Aman, aku iri hati dan merasakan seolah-olah ibubapa aku tidak menyImahi aku kerana tidak dapat memberikan aku duit untuk berbelanja seperti rakan-rakan sekolah.

Satu hari, Abah pulang dari kerja. Abah terus menukar pakaian dan memakai tuala untuk mandi. Dompet Abah masih di dalam seluar slack lusuhnya.

Disebabkan terlalu iri hati dengan rakan-rakan yang mengejek aku tidak mempunyai permainan yang dikumpulkan daripada kotak makanan Tora Aman, aku mengambil peluang mencuri RM10 daripada dompet Abah ketika Abah sedang mandi.

Aku mengira duit yang ada dalam dompet Abah, ada RM200, tapi semuanya RM10.

“Abah tak akan perasan kot aku mengambil sekeping,” bisik hati ku.

Tiba-tiba… mak memanggil, “Adam tolong angkat baju di ampaian, hari dah gelap.” Aku bergegas meletakkan dompet Abah kembali ke dalam seluarnya dan keluar mengangkat baju di ampaian depan rumah.

Aku bimbang sepanjang malam, takut-takut Abah check dompetnya. Tapi Abah tidak, selepas solat Isyak, Abah terus tidur. Mungkin abah terlalu penat dengan kerja seharian.

Keesokan harinya, aku terus ke sekolah dengan gembira. Selepas waktu sekolah nanti, aku akan membeli 10 kotak Tora Aman dan dapatkan permainan dalam kotak dan aku boleh berbangga di depan rakan-rakan bahawa ibubapa aku pun mampu memberikan aku duit untuk membeli permainan tersebut.

Kawan-kawan menerima aku ke dalam group mereka yang mempunyai permainan Tora Aman. Aku berasa bangga dan gembira sehingga melupakan peristiwa RM10 itu.

Aku pulang ke rumah lewat kerana leka bermain dengan rakan-rakan. Abah sudah berada di rumah.

Mak pula melihat aku dengan air muka yang penuh kelat menahan amarah .Terasa mak ingin memarahi aku. Tapi aku tak tahu mengapa.

Apabila aku memanggil mak, tangan mak hampir menampar aku. Aku ketakutan sambil menutup mata. Tamparan yang dinantikan tidak sampai.

“Imah, biar abang yang handle. Imah gi masak. Abang nak makan sedap dengan Adam malam ini. Buat ayam goreng rempah,” kata Abah yang memegang tangan mak yang ingin menampar aku.

Mak nak berkata sesuatu, tapi Abah dengan tegas berkata, “Pergi masak. Abang akan selesaikan.”

Abah menyuruh aku untuk mengikutnya keluar dengan kereta untuk membeli barang.

“Macam mana sekolah hari ni Adam?” tanya Abah.

“Bagus Abah. Maaf lambat balik sikit. Tapi Adam tak tinggal sembahyang. Takut-takut mak marah sebab rasa Adam tinggal sembahyang,” jawab aku.

Abah tersenyum.

“Nasib Abah hari ni kurang baik,” kata Abah.

“Mengapa Abah? Apa berlaku?” tanya aku.

“Semalam kereta Abah bermasalah, engin air didih. Hari ini keluar awal bawa kereta ke mekanik untuk diperbaiki. Cadangnya Abah naik bas pergi kerja dari tempat mekanik. Lepas itu waktu balik kerja, abah nak naik bas ke tempat mekanik untuk ambil kereta.

Mekanik itu minta bayaran dulu sebelum kereta direpair kerana perlu duit beli spare parts. Abah dah janji semalam untuk bayar habis RM190. Abah beri RM190 pada mekanik, sepatutnya Abah ada RM10 baki untuk naik bas dan makan tengahari, tapi tak tahu mengapa duit RM10 itu hilang,” kata Abah.

“Hilang? Bagaimana hilang? Ada terjatuh mana-mana,” aku tanya berpura-pura.

“Abah terpaksa meminjam duit RM10 daripada mekanik untuk ulang-alik kerja dan makan tengahari tadi. Akaun bank Abah dah kosong untuk bulan ini, hanya tinggal akaun mak ada duit. Jadi Abah terpaksa pinjam RM10 lagi daripada rakan sekerja untuk bayar mekanik,” kata Abah.

Aku simpati pada Abah tapi aku diam takut peristiwa mencuri terbongkar.

“RM10 itu bukan banyak. Tapi itu hasil titik peluh Abah setiap hari. Keluarga kita bukannya berduit, setiap ringgit mak dan Abah perlu fikir sebelum belanja. Jika bukan kerana kereta rosak terpaksa repair supaya Abah dapat ke kerja dengan mudah, Abah takkan guna RM190 itu. Jika RM10 itu pengemis kelaparan ambil, Abah tak kisah. Kalau RM10 itu ada yang ambil untuk bermegah-megah benda tak tentu pasal, Abah akan rasa sakit hati,” kata Abah.

“Abah dah cari baik-baik RM10 itu?” tanya aku yang masih berpura-pura dan Abah terus memandu kereta tanpa destinasi.

“Adam. Abah sangat sakit hati. Abah gagal menjadi seorang ayah,” kata Abah.

“Mengapa pula?” tanya aku dalam keadaan gugup.

“Abah gagal didik Adam bahawa berbohong itu dosa. Abah gagal buat Adam takut berbohong. Sebaliknya Adam takut kesalahan dan kebenaran dibongkarkan. Abah gagal buat Adam faham mencuri itu satu kesalahan dan dosa besar. Abah gagal mencari duit yang cukup untuk duit poket Adam sehingga Adam terpaksa mencuri. Abah sedih kerana Adam buktikan Abah ini memang gagal sebagai sebagai seorang ayah,” kata Abah. Aku lihat air mata abah bertakung, menunggu masa untuk tumpah. Aku rasa sangat bersalah dan berdosa, tapi aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

“Bila Adam balik lewat, Abah keluar ke sekolah mencari Adam. Nampak Adam bangga dengan permainan baru di depan rakan-rakan. Abah terus balik. Abah renung dan bertanya, Adam perlukan duit, tapi Adam tak berani minta terus-terang daripada Abahnya. Silap Abah dan mak di mana? Silap Abah dan mak mengajar di mana? Abah berbincang dengan mak, kata bukan silap Adam, tapi silap Abah dan mak sebagai ibubapa,” kata Abah lagi yang sudah menghentikan keretanya di tepi sebuah padang.

“Abah. Maafkan Adam Abah. Adam yang mencuri. Adam yang silap. Adam mohon maaf sakitkan hati Abah. Abah tak salah. Bukan Abah yang tak pandai mengajar. Silap Adam tak pandai jadi anak yang soleh. Adam janji pada Allah tak akan buat lagi,” kata aku sambil berpelukan menangis. Aku merangkul abah kuat-kuat sehingga baju lusuh abah dibasahi air mataku. Aku merasa titikan air mata abah jatuh di pipiku, Ya ALLAH aku rasa sungguh berdosa. “Abah sentiasa maafkan anak abah, abah halalkan dan redha segala-galanya untuk anak-anak abah.Abah sayang anak-anak abah”

Sejak itu aku berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab pada Abah dan mak. Aku menjadi kebanggaan Abah dan mak di sekolah, di universiti dan tempat kerja.

Jika anda tidak dapat menjadi penulis yang memberikan manfaat, jadilah pembaca yang memberikan manfaat kepada orang lain.
 
 

PiLiH SaHaBaT DuNia AkHiRaT..

IMAM AL-GHAZALI BERPESAN KEPADA ANAK LELAKINYA:

Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3- Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian.


Thursday, February 21, 2013

RaHSiA PeRSoNaLiTi DaRi PaNGKaL NaMa..

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

p/s : Hanya untuk hiburan masa lapang . xyah caya sangat benda2 ni . kalau sama kebetulan je :D

 

Wednesday, February 20, 2013

SCaRLeT - Pengorbanan seekor ibu KuCiNG..

 
Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghada...pi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.

Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri. (gambar 1 & 2)

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. (gambar 3) Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.

P/S : Duhai Scarlett, dirimu merupakan contoh Ibu yang terbaik. Anak-anak dan keturunanmu pasti berbangga dengan pengorbanan yang engkau lakukan. Manusia yang MEMBUANG dan MEMBUNUH anak mereka perlu malu kepada kamu! Kamu hanyalah seekor haiwan namun hatimu lebih mulia dari manusia yang ramai berperangai seperti syaitan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua.
 


Thursday, February 14, 2013

HiDaNGaN SeORaNG iSTeRi..

Alkisah Hidangan dari seorang Isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer.

Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi.

3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan.

Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak.

Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya.

Tapi ayah menjawab, "Sangat sedap sayang.

Abang suka semua hidangan ini."

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

"Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan," kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

"Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?"

"Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak," jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga - dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan.

Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

## Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan. ^_^
 
 

Saturday, February 9, 2013

Janin Yang TeRLiNDuNGi..

 
 
Sahabat .."Gambar yg disertakan menunjukkan bayi yg baru saja lahir berserta kantung air ketubang yg masih dalam keadaan baik.

Gambar i...ni berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana ALLAH AZZA WA JALLA menjadikan lendiran-lendiran ini sebagai wakil (pelindung) dari seorang janin tatkala ia berada di dalam kandungan ibunya,di saat dia tidak punya siapa-siapa melainkan ALLAH AZZA WA JALLA."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit,dibandingkan tawakkal kita kepada ALLAH AZZA WA JALLA,bayi tidak mampu berbuat apa-apa dan menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan apapun,utk dibuang,digugurkan,dibunuh dsb.Tapi ALLAH AZZA WA JALLA Maha Pelindung,sekiranya berkehendak sebaliknya,maka dikirimlah malaikat penjaganya.

Gambar yg cukup mengkagumkan dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa ALLAH AZZA WA JALLA.

itulah kekuasaan ALLAH AZZA WA JALLA

SHARE DENGAN IKHLAS...

Tuesday, February 5, 2013

StOP THe NaGGiNG PLeASeeee...

 
Aku tak tau orang lain... tapi kalau aku memang sangat² pening kepaler kalau kena leter.. Penangan dibebel seandainya fikiran di luar kewarasan rasernyer ada yang terjun kereta berguling²... jangan seksa telingaku dengan membebel benda yang di repeat berulang kali... you spoil my mood... their mood.. and everybody mood...
 
Aku tak suka berleter dan tak suka dileterkan.. meleter nie penat tau... pot pet.. pot pet.. tak berhenti... dia punya peluru sekali keluar kita yang dengar nie nak bernafas pon cam tak cukup oksigen.. SEMPUTTtttssss.... sumbat kain buruk baru tau!  Huhhh... cukup lar anda sampaikan mesej.. yg jitu dan jelas... don't repeat the same thing over and over again... BORINGGGGG....
 
Membebel sekali sekala adalah comel.. tapi kalau tiap² HARI maknanya kamu MEROYAN mencari perhatian... Membebel dan memberi nasihat itu lain... tak sama... totally different... membebel itu datangnya dari orang yg sentiasa merasakan dirinya PERFECT.. "aku tak pernah buat silap per.. korang.. korang.. KORANG sumer perlu diajar... supaya sentiasa perfect macam aku... tengok lar aku orang yang SEMPURNA.... wooooohoooooo lar SANGAT! Satu jari tuding pada orang... selebihnya tunjuk pada siapa??
 
Bebelan biasanya keluar dari perasaan penat.. letih.. tak puas hati.. marah... geram.. putus asa.. fikiran tidak waras yang wayarnya agak² dah weng.. sebab tertekan.. sesuatu tak berlaku seperti yang dia harapkan... sesuatu berlaku dan terjadi juga di luar kawalannya... satu perubahan yang dia mahukan tidak berlaku dalam masa yang singkat.. perubahan ke arah kebaikan tu bagus.. tapi tidak akan berlaku seperti sentuhan tongkat sakti... give time.. luahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang lebih positif.. hati tak terusik... perasaan tidak terdera.. untuk berubah perlukan semangat.. dengan bebelan... secara relatifnya kamu telah merentap semangat itu dalam hingga ke dasar akar tunjang...
 
Kadang² orang diam bukan sebab dia TAWADHUK mendengar bebelan kamu yang tak berpenghujung... tetapi dia telah tenggelam dalam dunianya sendiri... menerawang mencari ketenangan.. diluar suara kamu lantang berkumandang.. di dunianya kamu bagaikan siaran tv yang telah di'silent mode'kan... kan mesej tak sampai tue... jadi kalau nak bagi nasihat.. nasihat secara berhemah... gunakan kata² yang hikmah... Insyaallah kita sama² dapat berubah...
 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails