.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label adverditorial. Show all posts
Showing posts with label adverditorial. Show all posts

Monday, March 11, 2013

BoNDa REVIEW: Huggies Dry Pants

Ingat entry ini.. yeahhh..akhirnya.. setelah hampir seminggu menunggu.. dapat jugak bungkusan kiriman huggies nie ke tangan aku... tak sabarnya nak bagi Amna cuba.. (patut terima 5/3/13.. tapi tak der orang kat rumah dan kebetulan tak der saper yg perasan slip kiriman yg ditinggalkan posmen) Hurrmm.. sip baik lar aku jumpa slip tu kan.. ehehehe... kalau tidak sampai arinie pon tak dapat si Amna aku pakaikan huggies dry pants nie.. tak pakai camner nak review kan..
 
Ini lar dia bungkusan yang ditunggu2 itu..

Makanya masa yang sesuai Amna aku pakaikan dry pants ini tadi.. sesudah dia mandi.. penat.. memang penat nak ambil gambar si kecik nie... nak tunggu momen2 menarik.. terkejar2 ke sana sini... puas lar jadik pengarah visual.. ehehehe... patut lar kan charge photography untuk kanak2 agak mahal.. jom tengok model.. ehehehe
 
Cakkk!!!




 Tengok aksi Amna berlampinkan Huggies Dry Pants.. selesa sekali hingga mahu terlelap..


Ke kiri ke kanan pusing.. budak lasak macam Amna mana boleh tido lelap.. bilamana kakak2nya galak bergelak.. yer.. Amna anak no.4.. yang bongsu buat masa ini.. dia ada tiga orang kakak.. hurrmmm.. yer lagi.. anak aku semuanya perempuan.. perempuan yang bukan sembarangan perempuan.. lasaknya mengalahkan boboiboi... ehehehe.. Tak cayer.. meh kita tengok aper budak kecik nie buat sepanjang sesi penggambaran yg aku buat..

Amna jalan2 naik 'car'..



Amna.. the perfect 'Blogger to be'.. hehehe


Ohh.. Amna tengok aper tue??  Yesss!!
 Dia dah nampak kakak dia naik tangga..
and she climbed the stairs.. nampak??  Budak lasak memang tak boleh duduk diam.. hurrmmm.. boleh korang bayangkan betapa susahnya aku nak pakaikan dia diaper?..

Huggies Dry Pants comes to the rescue.. yesss.. "Change for Better Convenience".. tak payah nak baringkan.. nak bagi toys itu ini untuk bagi dia diam sementara nak capai pelekat diaper.. sambil dia berlari terkedek2 nak ke dapur.. tangkap budak kecik tue .. "Koyak.. Salin & Lepas".. there you go.. pantas dan cepat.. terus sarungkan yang baru.. macam pakai panty jer.. ehehehe..


Dia panjat memunggah almari buku kakak juga.. mencari bahan untuk rujukan..  


Yesss! Bonda.. Yess!! Adik dah jumpa.. Pada uncle2 dan aunty2 di luar sana.. meh tengok site ini: http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx dapatkanlah sample dry pants percuma untuk si manja anda..

Like www.facebook.com/Huggies.Malaysia untuk maklumat lanjut.. Okeh! Jangan lupa yer.. cuba dulu macam sayer..  baru tahu.. ehehehe


Aktiviti harian kanak2 memang meletihkan.. jadi.. kami perlukan yang terbaik.. yess.. berilah kami yang terbaik..

Dry Pants memang sangat bagus untuk papa mama yang sibuk.. anak yang lasak.. dan juga satu kaedah yang sangat bagus untuk melatih anak2 untuk ke tandas.. 'Potty Train' boleh dimulakan seawal anak2 pandai bercakap.. dengan memakai dry pants yang seolah2 seluar dalam.. mudah dilondehkan bila anak berhajat untuk ke tandas.. dalam proses latihan.. iyer.. kadang2 terlepas juga dalam seluar.. tapi tak perlu risau kerana dry pants adalah lampin pakai buang.. tak perlu susah membersihkan najis yg bertaburan..
Bagi aku.. dry pants juga sangat praktikal digunakan ketika emergency.. pernah terjadi.. di dalam kereta.. kakak si Amna mahu terkencing sangat2.. nak cari toilet dah tak sempat.. suruh saja dia sarung dry pants sementara jumpa tandas..

Terdapat banyak dry pants di pasaran.. dan Huggies Dry Pants adalah satu diantara pilihan yang baik.. dengan harga yang berpatutan.. kita mendapat kualiti yg lebih dari dibayangkan..

Berperegang lembut.. selesa dipakai bayi yang berkulit lembut dan secara alaminya sensitif dengan persekitaran..

Selain membantu memberi keselesaan ia juga menghalang kesan merah walaupun bayi itu lasak dan tak boleh duduk diam macam Amna.. dengan sistem pengunci kebocoran dapat dihalang..
 
Jangan tak tahu.. Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal membantu menghalang ruam lampin!

Jadi.. "Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai"..


 

**This is a sponsored post.

Thursday, February 28, 2013

TuKaRLaH UnTuK LeBiH SeNaNG DiPaKai!

Korang ada anak kecik??  Teng.. teng.. teng.. aku ada perkhabaran gumbira buat semua yang ada anak yang masih ber-diaper.. maksudnya anak² yang belum pandai poopoo sendiri di toilet.. yang berusia lingkungan 1 - 3 tahun..
 
 
Papa Mama yang penyayang musti tahu pasal Huggies® kan.. yelah.. salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia.. membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.myatau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.

 
Untuk Makluman semua..
 
Huggies akan adakan satu roadshow dari 25 Februari 2013 ke 3 Mac 2013 di Mydin USJ!
 
Dengan tema “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai”..   Papa Mama yang sentiasa memberikan anak² korang yang terbaik jangan terlepas peluang nikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik!
 
 
Pernah dengar Huggies Dry Pants?  Tak pasti??  Meh sini nak citer sikit.. Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif– setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas!
 
 
Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin! Singgahlah di booth Huggies® untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah!
 
 
 
Mari.. mari pakar tukar lampin sekalian..
Haaa.. jom kita berkumpul di ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin dengan Huggies Dry Pants! Tukarkan lampin Huggies Dry Pants anak korang dalam masa 30 saat atau kurang untuk memenangi hadiah menarik!
 
Papa Mama... Please take this note!
Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut:
10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
 
Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam! Datanglah beramai-ramai!
 

Jangan lupa yer..
 


Friday, August 12, 2011

IMBaSaN RaHiM - Friso Miracle of Love

Pernah dengar ker Friso Miracle of Love??  Saper tak tau angkat mouse.. eheheh.. okeh.. yer aku raser musti ramai yang tak aware lagi pasal programme online berkenaan dokumentari dan panduan kehamilan dari Friso nie... okeh.. selaku jurucakap yang dipertanggungjawabkan menyebarluaskan maklumat ini.. izinkan aku memberi selembar dua pengenalan berkenaan program yang aku katakan tadi..

Untuk makluman mereka yg tak aware seperti aku nie...program bantuan panduan kehamilan Friso Miracle of Love nie telah rasmi dilancarkan pada 19 April 2011... ermm.. 4 bulan yang lepas.. dengan satu misi penting.. membantu ibu²/bakal ibu di luar sana menimba ilmu berkenaan penjagaan diri yang sepatutnya sepanjang fasa kehamilan, memahami perubahan² fizikal yang akan dialami dan perkembangan fetus di dalam rahim bulan demi bulan.. dengan adanya program atas talian ini Friso berharap sedikit sebanyak dapat membantu ibu² menghadapi pengalaman mencabar sepanjang meraikan diri sendiri yang bakal bergelar ibu.

Imbasan Rahim : dalam omputihnyer "Womb Scan" satu inisiatif kehadapan program Miracle of Love mewujudkan keajaiban kasih sayang melalui imbasan rahim.  "Womb Scan" yang dimaksudkan bukanlah diulangi BUKAN seperti ultrasound 2D/3D/4D yang dilakukan ibu² hamil di klinik atau hospital² bagi memantau keadaan fetus di dalam kandungan... tetapi "Womb Scan" yang dimaksudkan adalah satu applikasi interaktif atas talian direka khas bagi 'parent to be'.. menikmati setiap detik indah keajaiban tumbesaran fetus di dalam kandungan... Wahhhh!!!  Macam maner tue??

Jom kita tengok video nie dulu...



First time mommy or dad mesti teruja nak tau kan.. yelah.. buat yang pertama kali atau yang dah berkali² mengandung  macam aku nie pon selalu tertanya².. apa lar makhluk kecil di dalam perut aku nie dok buat... yg aku tau.. perut makin hari makin buncit.. berat badan makin hari makin bertambah... dapat raser dia bergerak.. menunjal² dari dalam.. tapi.. sayangnya penglihatan kita terbatas.. yelah.. bukan ada superpower eyes pon boleh scan terus ke dalam rahim.. ehehehe... Selalunya kita usap.. bercakap.. menyanyi bagi fetus tu dengar.. tapi bayangkan betapa seronoknya kalau kita dapat melihat fizikal dan tumbesarannya setiap masa... boleh bercakap lagie.. ehehehe... walaupon hanya fetus maya.. iainya dah cukup menyeronokkan... especially kan.. to those daddy to be out there yg tak der idea langsung tentang apa yang dialami isteri mereka.. puas lar kita nie nak terangkan satu²... trimester pertama... kandungan.. macam nie.. macam tue... begini.. begitu.. tapi hurmm.. I admit.. it's hard for them to feel completely engaged.. sebab bukan dorang yang bawak perut kan... itu lar yang membuatkan aku sentap menyentap waktu mengandung dulu.. sekarang?? Hmmm... tak larat nak sentap dah... penat.. huhuhu...

So.. bagi mommy to be..ini peluang baik uols.. alang2 dah ada program applikasi online nie.. apakata korang cuba.. sure si daddy juga teruja nak mencuba... lelaki kan suker mender2 yang interaktif nie.. dan lagi.. biler buat aktiviti nie sama2.. sudah tentu ikatan kemesraan suami isteri dan si kecil di dalam kandungan semakin bercambah dan mendalam.. tak sabar nak sambut orang baru lar pulak kan...

Okeh berbalik keterujaan melihat tumbesaran fetus buat semua yang menunggu kelahiran ahli keluarga baru.. yelah.. yang teruja bukan takat first time mak pak jer.. buat aku laki bini yang dah beranak pinak nie pon teruja.. kakak² tak sabar nak tengok adik kat dalam perut Bonda.. selalu lar dok tanya.. "Biler adik dalam perut Bonda nie nak kuar??"  "Bulan lapan.."  pastu pakat² lar depa dok menghitung bulan... Januari... Februari.. Mac..... sambil tersengeh² dan konpius.. sure they'll be excited biler dorang sendiri pon boleh tengok adik digital dorang.. walaupon sebenarnya bukanlah yang real kat dalam...

Sedia maklum akan kepentingan memelihara kesihatan bagi seorang ibu yang mengandung??  Tahap keimunan yang tinggi penting ketika ini kerana tidak banyak ubat yang sesuai untuk diberikan kepada kita dalam waktu berbadan dua.  Banyak cara boleh kita lakukan bagi menguatkan sistem imun tubuh.. makan vitamin, supplement yang diberikan doktor dan makan dan minumlah minuman yang berkhasiat seperti susu.  Terdapat banyak susu diformulakan khas untuk ibu2 mengandung di pasaran... tetapi apakah ciri2 terbaik yang perlu ada untuk kita kongsikan dengan fetus yang kita kandungkan??  Friso Mum Gold maternal milk adalah rumusan istimewa yang satu2nya mengandungi agen Probiotik sejenis bakteria baik yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria jahat di usus kita manakala Prebiotik (frukto-oligosakarida - FOS) pula makanan bagi probiotik yang menggalakkan pembiakan bakteria baik bagi membantu meningkatkan  bifidobakteria usus mengekalkan persekitaran usus yang baik.  Kita sayangkan zuriat kita.. kita sayangkan diri kita juga.. jadi.. lakukan pilihan yang bijak... ^______^..

Dah tak sabar nak tau macam mana kowang boleh melihat fetus maya yang sangat menarik nie? Okeh.. camnie.. memula kowang kena beli satu tin susu Frisomum Gold 900g Promo Pack... susu nie didatangkan seperti bungkusan kotak macam gambar kat bawah nie..

Comel jer kotak dia.. tapi pastikan kowang pergi ke outlet yang terpilih untuk mendapatkan The Miracle of Love booklet.. sebab hanya dari booklet tu korang boleh dapatkan kod unik untuk digunakan bagi aplikasi imbasan rahim maya ini..

Ini lah rupa kotak tu setelah dibuka.. ada satu tin susu dan sehelai t-shirt yang tercetak diatasnya grafik muka baby di bahagian perut.. t-shirt nie terdapat dalam 2 warna.. biru gelap dan hitam.. 

Keluarkan.. tadaaaaaa!!

 
Inilah dia t-shirt yang dikatakan itue.. comel jugak kan..

Try dulu.. cantik..

Lepas tue.. on ur pc or lappy.. sebelum tu pastikan korang ada benda di bawah nie.. kalau tak dak pinjam lar kat opis ker kawan2 punya ker atau beli sahaja... tak ler mahal maner pon kan..

Pilih lar yang mana berkenan.. yang bulat ker yang segi2 ker.. asal ada... kalau tak der... boleh buat pakai jerlar t-shirt tu.. tak ada cara lain nak tengok fetus maya yang disebutkan sebab kamera nie gunanya untuk dihalakan kepada grafik di t-shirt yang diberikan baru lar fetus yang kita nak tengok tu dapat dipantulkan ke skrin komputer..

 Biler sumer dah lengkap... on pc/lappy dengan line internet yer dan sila layari sesawang www.growinguptogether.com.my seperti gambar yang dipaparkan di atas.. 

On the front page scroll ke bawah.. bagi yang tak der t-shirt kalau nak cuba dulu pon boleh.. kowang donlod dan cetak gambar grafik yang diberikan di button "Preview It Now" tue.. pastu boleh cuba.. tapi kalau nak dapatkan real experience korang kena lar mendaftar sebagai ahli dulu.. then login seperti biasa.. tak rugi.. macam2 ada kat website nie... okeh... biler dah register boleh lah proceed ke button "Experience It Now"..

 Akan keluar satu form kosong untuk kowang isi... sila isi accordingly.. yang penting unique code yang aku katakan tadi... biler dah isi sumer.. submit..

 Data akan diproses..

 dan satu arahan step by step apa yang perlu dibuat akan terpapar di skrin..

Kebenaran utk mengakses kamera kowang akan keluar.. sila allow... ohhh yer.. pastikan t-shirt tadi dah pakai yer.. kalau tak pakai.. kena pegang lar pulak kan..

 Pastikan kamera berfungsi dengan baik.. 

 Grafik di t-shirt mengadap kamera.. better lelaki yang pakai.. kalau perut kowang dah super buncit cam aku yang tunggu maser nie.. sebab applikasi susah nak baca.. gambar grafik kena cekang atau flat.. kalau perut kempis lagi ok lar..

 Klik tab "For Dad" maka keluar lar apa yang patut si bapa buat biler kandungan isterinya telah mencapai 36 minggu cam aku nie..

Tab "For Mum" pula menerangkan apa yang perlu aku lakukan maser stage kandungan aku sekarang.. Okey.. READY.. aku nak tengok imej digital fetus maya aku kat skrin sekarang... 

 Pandai2 lar adjust kedudukan yer.. kalau tidak imej tu tak kuar.. macam aku cakap tadi.. sebab perut aku dah buncit sangat.. aku kena bangun untuk cekangkan baju..

Letih mengadjust.. akhirnya baru muncul...

Seriusnya Bonda.. ihihihi...

 Ohh ya!  Gambar imbasan nie juga boleh kowang share kat facebook atau save image untuk disimpan.. 

 Senang jer kan!


Cepat!! Cepat!!! 
Sementara stok masih ada... 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails