Cuka epal (Apple Cider Vinegar) telah digunakan untuk penurunan berat badan selama berabad-abad. Ia adalah cara semulajadi untuk mengurangkan berat badan, dan ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Nutrien, enzim dan asid organik di dalam cuka epal bertindak sebagai penahan selera dengan meningkatkan kadar metabolik anda. Cuka epal juga diketahui baik untuk mengurangkan penakungan air, mengurangkan kolesterol dan memperbaiki sistem peredaran darah di dalam tubuh.
Jadi bagi saper² yang ada masalah water retention atau gemok air.. emmm.. macam aku.. mmg elok sangat lar amalkan minum apple cider nie.. kita buat tonik kesihatan macam orang² Greek dan Mesir amalkan dulu².. bukan itu sahaja.. cuka epal nie sebenarnya salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW.. amalkan yang sunnah.. bukan sahaja terbaik.. malah dalah pahala..
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
Dalam perubatan Islam.. seperti yang aku tengok di website
ini.. cuka epal juga boleh digunakan untuk merawat santau dan sihir..
Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…
Rawatan Sihir:
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun
Korang tau tak.. Julius Ceaser dikatakan menggunakan cuka epal sebagai tonik untuk tenaga dan kekal sihat dan pahlawan Samurai jepun menggunakannya sebagai minuman tenaga.
"Since 400BC, Hippocrates, the father of modern medicine, and others, have used vinegar and vinegar mixed with honey, as an energizing tonic and a healing elixir"
Rujuk: http://www.detox-for-life.com/apple-cider-vinegar.html
Terlalu banyak khasiat cuka epal nie kalau kita search satu²... antaranya:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
1. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
2. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
3. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.
Untuk makluman.. cuka epal nie selalu diambil bersama madu.. bukan sekadar penyedap rasa tetapi juga kerana khasiatnya bila diadun bersama.. kita tengok saja senarai di bawah..
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Cara Penyediaan Minuman Cuka Epal
**Cuka epal asli (organik) tanpa disuling, ditapis dan dipastur (cuka ini airnya seakan² berkeladak, bewarna perang, ini yang terbaik)
**Madu asli sebagai perasa sekiranya perlu
**Serbuk teh
**Serbuk kayu manis sekiranya mahu
Campurkan 1-2 sudu cuka epal ke dalam segelas air atau teh Chamomile. Tambah sedikit madu sekiranya perlu, sebagai perasa. Anda juga boleh menambah serbuk kayu manis (jenis tanpa gula) ke dalam teh anda di mana ia juga membantu anda untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan kolesterol, dan meningkatkan kesihatan anda.
1. Minum dua kali sehari setengah jam sebelum makan.
2. Untuk mempercepatkan pengurangan berat badan, lakukan senaman 30 - 60 minit 3 atau 5 kali dalam seminggu.
3. Minum banyak air bagi melancarkan sistem perkumuhan badan.
4. Amalkan diet yang seimbang.
Aku minum dengan air kosong dan madu sahaja... syaratnya guna air sejuk.. dan pilih apple cider organik... seperti yg dinyatakan di atas.. tanpa disuling, ditapis dan dipastur dan bezanya.. tengok pada kejernihan air cuka itu... kalau jernih maknanya dah lalui proses penyulingan.. khasiat dah banyak hilang... apple cider yang bagus adalah yang berkeladak.. asli dan tidak diproses... aku minum keluaran BRAGG- Organic Raw - Unfiltered Apple Cider Vinegar.. aku suka minum cuka apel nie.. raser dia macam minum air oren.. ehehehe.. masam... dan juga diingatkan cuka nie tak elok diminum begitu sahaja tanpa air... takut rosak gigi dan tisu badan.. ianya berasid... pada ibu yang mengandung... elakkan mengambil cuka epal / sebarang jenis cuka di awal kandungan.. takut merbahayakan kandungan.. seelok²nya tunggu lah kandungan melepasi 5 bulan... and pls consult your doctor sebelum minum atau makan apa pon..
Dan.. aku ada satu rahsia nak bagitau.. stretch mark mengandung dulu dah makin pudar semenjak aku amalkan minum apple cider nie.. betul.. aku perasan mender nie lepas hampir separuh botol apple cider nie aku minum...
Okeh... untuk maklumat lanjut.. korang boleh juga tengok di
sini..