.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Saturday, February 11, 2012

ROTAVIRUS MeNYeRaNG!! JaNGAN AmBiL MuDaH...

TAPAH - Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.


"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini hari ini.


Beliau berkata, kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.


Sejak 27 Januari lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.


Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.


Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.


Katanya, kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.


"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.






Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.


Katanya, Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.


Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.


"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas," katanya.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.


Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka. - Bernama

**********************************



Two infants, aged between two and 10 months, have died from a suspected Rotavirus outbreak in Perak.


It is also feared that more than 2,200 victims, mainly children, are infected with the virus.


Perak State Executive Councillor for Health, Datuk Dr. Mah Hang Soon says, the number of victims have increased in the past two weeks.


Among the symptoms are fever, vomitting, diarrhoea and lost of appetite.


"For children under 12, they could experience serious diarrhoea very fast but adults have stronger immune system. However, it can be seen as not harmful at first but can lead to serious consequences later on," said Datuk Dr Mah.


Datuk Dr Mah adds that since the outbreak began two weeks ago, two babies have died from the disease.


However, based on initial investigation, the deaths could have been due to several factors such as the parents did not seek early treatment for their babies and only sending them for treatment at private clinics.


He says in Hilir Perak, it has been reported that 1,387 people were infected by the disease, including 144 new cases.


All the victims are from Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai and Langkap.


839 more victims including 45 new cases are from Tapah and Bidor, while 26 victims, who were admitted to Hospital Teluk Intan and Hospital Tapah, received outpatient treatment.


Most of the victims are children below the age of 12.


Rotavirus is usually an easily managed disease of childhood, but worldwide nearly 500,000 children under five years of age still die from rotavirus infection each year and almost two million more become severely ill.

**************************************

Alhamdulillah wabak tue dah keluar dari keluarga kami... dan syukur juga kepada Allah menggerakkan hati kami membawa Ainna ke hospital untuk rawatan lanjut... tak dapat bayangkan andai aku ibu malang kehilangan anak akibat virus ini... semoga Allah pelihara kita dari musibah ini..

2 comments:

dekdaa said...

Itulah kalau ahli keluarga ada rasa tak sihat.. cepat2 bawa ke klinik / hospital.. at least buleh kesan dari awl. Tp mostly dari kita nih, asyik nak bertangguh2 siap ckp "tak de apa apa la tu".. bila dah terkena baru nak ckp "tak sangka kejadian ni berlaku kat keluarga kami"..hm...


Anyway.. bila nak follow belog aku yang tak berapa menyinar follower ni hahaha aku paksa (tak baca pun tak pe.. kekeke)

.:Yana:. said...

penah ade pengalaman rotavirus..dhia kene mase umor 11 bulan..sampai tak larat nak duduk..baring jer..terus ke hospital & terus kene warded..alhamdulillah, setelah 4 malam bermalam di hospital, dhia dah ok..
so utk second baby ni, nak kene siap2 amek suntikan utk rotavirus..tp rasenyer gomen tak sediakan suntikan ni..tak sanggup tgk anak kene lagi..bahaye sangat virus ni..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails