.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, May 29, 2008

..HePpiEeee 3rd aNNIVerSary..

Sedar tak sedar usia perkahwinan yg diikat telah genap 3 thn arinieh... Cepat sungguh maser berlalu kan.. Telah 3 tahun aku memikul tanggungjawab seorang isteri.. telah tiga tahun hidup bersama seorang lelaki yg melafazkan akad di hadapan Qadhi.. dengan rasminya memikul tanggungjawab menjaga diriku.. memberi makan pakai... nafkah zahir dan batin.. membimbing dan memelihara diri ini agar berbahagia dan selamat di dunia dan akhirat...

Besar ikatan yg tersimpul pada tarikh keramat 29hb Mei 2005 ini.. Melalui ikatan inilah aku belajar mengenal lelaki dalam erti kata yg sebenar-benarnya.. Melalui ikatan ini juga aku belajar menjadi seorang wanita yang lebih memahami... belajar berkompromi.. belajar menghargai.. belajar mengasihi..

Melalui ikatan ini juga aku merasa nikmat bergelar wanita... mengandung.. melahir.. menyusu dan membesarkan 2 org puteri...

Sehingga kini aku masih belajar... belajar menjadi seorang isteri yang disenangi suami.. ibu yang dikasihi anak².. belajar menjadi pendamping yg setia tika duka dan bahagia...

Semoga ikatan ini kekal Mekar selamanya....

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ketiga Abang... semoga hari² mendatang lebih mematangkan diri dan menjadikan kita pasangan yg saling lengkap melengkapi....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails