Assalammualaikum buat semua.. lama sudah tidak bersua.. rindu rasa hati.. hahaha.... baru hari nie ada masa nak membait sepatah dua kata di blog yg telah lama kutinggalkan sepi.. sebenarnya aku masih dlm pantang spt sumer yg dah sedia maklum.. baby kedua aku telah selamat dilahirkan pada 3hb Oktober 2007 (bersamaan hari ke-21 umat Islam berpuasa) tepat jam 1.22pm melalui pembedahan.. bukan tak berkemampuan bersalin normal.. cuma kondisi bayiku tidak mengizinkan.. baby aku nie aktif sgt.. pusing sana pusing sini.. dia buat riben ngan tali pusat dia.. masa buat ctg to monitor baby's heart beat... denyutan dia drop after every contaction melalui bacaan ctg yg dilakukan lebih kurang setengah jam.. ianya agak membimbangkan.. n definitely something was wrong.. walaupon checkup sebelum ini amat memberansangkan dan aku tidak mengalami sebarang komplikasi biasa yg dialami wanita mengandung spt kencing manis & darah tinggi.. segalanya telah tersurat.. bayiku lahir melalui tingkap...
Bayi kedua ini ringan sedikit dari kakaknya Alyaa.. Beratnya 2.84kg... bayi perempuanku kali ini diberi nama Putri Aisha Ameerah.. baby yg sibuk digelar baby comel oleh doktor dan nurse kat KBMC nie bertanda lahir di pipi... tak tau ikut muka sapa.. muka baby kan berubah² sampai lar usia dia mencecah 2 thn nanti.. tapi mak aku kata muka Aisha seiras aku masa kecik..
Tak dpt digambarkan betapa berdebar dan risaunya hatiku saat diberitahu pembedahan kecemasan tetap akan dilakukan ke atasku walaupon pintu rahimku telahpun terbuka 6 cm ketika itu.. namun apa nak dikata doktor tidak mahu mengambil sebarang risiko.. tak pernah seumur hidupku ditolak masuk ke dewan pembedahan inikan pula membayangkan tubuhku ditoreh pisau tajam spt yg selalu aku tonton di slot rancangan TV3 "Mediktv"... kacau bilau otakku seketika... mana memikirkan kondisi bayi... kondisi kocek yg bakal kosong... (yelah bersalin kuar tingkap bukan sikit kosnya ooiii!) kondisi diriku yg bakal ditoreh.. ketika doktor menyuakan borang persetujuan utk dibedah.. antara nak tak nak aku tandatangani juga borang itu bila doktor mengingatkan risiko yg bakal dihadapi bayiku.. ketika itu aku masih berdoa agar segala²nya akan bertukar ok dan aku boleh menjalani proses kelahiran yg normal.. tetapi ketika aku disorong ke bilik bedah aku pasrah memandang wajah suamiku dan mengucup tangannya.. inilah pengorbanan yg harus dilalui seorang ibu... aku kuatkan semangat dan tempuhi segalanya dengan tabah.. dan berharap segala²nya selesai dengan cepat...
Pembedahan selesai tidak lebih 25 minit.. cepatkan! Hmm... byk bezanya kelahiran kali nie dgn kelahiran bayi sulongku yg kini telah mencecah setahun 5 bln.. Bayi sulong Alhamdulillah aku tidak menghadapi sebarang masalah... proses kelahiran pon tidak memakan masa yg lama.. dia dilahirkan normal.. Alya kulahirkan di hospital semi-gov.. manakala Aisha di hospital swasta.. jauh beza layanan dan kos bayarannya.. skrg semua aku dah rasa.. bersalin normal dan c-sect.. dan bagi aku melahirkan bayi secara normal lebih baik dari dibedah.. sakitnya tak lama.. kosnya juga jauh lebih murah.. penjagaan dlm pantang pon tidak terlalu rumit.. dan nikmat melahirkan bayi itu lebih terasa kita berhempas pulas meneran utk mengeluarkannya...
Siapa kata melahirkan anak melalui pembedahan tidak sakit.. bagiku ianya lebih sakit dari bersalin normal.. kesakitan yg tak dilupa ketika tulang belakang dicucuk epidural bius dari pinggang ke bawah... kemudian saat doktor menekan perutku utk menolak bayi keluar.. sakit jugak oiii.. selepas itu lega sebentar.. sehari aku tidak dibenarkan makan dan minum... tubuhku dimasukkan water drip ntah brp pain aku pon tak igt... sehilangnya kesan bius pada tubuhku.. saat menyeksakan pon bermula.. perut terasa nyeri.. nak batuk dan berdehem pon takut.. sakit.. ada sekali aku terbersin macam nak terburai isi perut kurasa saat itu... aduhhhh memang seksa.... terlantar di wad selama 4 hari 3 malam... bosannya cukup terasa nasib baiklah rakan sebelah katilku yg juga dibedah kerana komplikasi darah tinggi ramah mengatur bicara...
Ketika aku kebosanan di hospital.. suamiku pula sibuk menguruskan perpindahan kami ke rumah baru.. dialah manusia paling sibuk ketika itu.. aku pulak isteri yg paling risau.. kesian laki aku.. aku tak dpt nak tolong dia masa tu.. agak terkilan.. dia terpaksa uruskan semua tu sorang².. but with a few friends & relative help.. he manage it well..
Ketika ini luka jahitan di perutku yg hampir 15cm panjangnya bersamaan sebatang pembaris pendek sudahpon bercantum sepenuhnya.. aku menjaganya mengikut nasihat diberikan nurse.. bahagian luka harus sentiasa dipastikan berada dlm keadaan kering... boleh mandi spt biasa cuma bhgn itu mesti dilap secepat mungkin dari air juga peluh.. bahagian luka juga tidak boleh disapu sebarang ubat.. gel.. dan yg paling penting dijauhkan dari minyak sebab minyak akan mengembangkan benang juga luka jahitan..
Seminggu pertama aku berpantang di rumah mak lepas tu balik semula ke rumah baru kami sbb mak aku balik kampung menjenguk tok dan tokwan yg sudah semakin tua dimamah usia.. Ady yg jaga aku selama mak tak ada.. dan sekarang aku teruskan berpantang sendiri..
Aku berpantang gitu² saja.. sebab aku pon tak brp tahu apa yg boleh dan tak boleh aku makan.. org dulu² berpantang berdasarkan pengalaman dan ajaran yg diturunkan dari mak² dorang dulu.. yg mana logik aku ikut... yg kurang rasional yg bila aku tanya tak ada dan tak pasti kenapa tak boleh makan bagi aku itu terpulang nak atau tanak ikut.. makanlah apa saja makanan asal tidak memudaratkan tubuh badan.. dan bagi aku benda² yg tak boleh dimakan oleh seorang individu yg lain tak semestinya tak boleh juga dimakan oleh kita.. effect sesuatu makanan yg masuk ke tubuh kita sebenarnya tak sama dari seorang individu dgn individu yg lain.. sesetengah org daya tahan tubuhnya lebih kuat.. hakikatnya struktur dalaman fizikal kita berbeza.. tindakbalas makanan yg kita ambil bereaksi dgn kondisi keadaan dalaman tubuh kita juga.. mmg ada org akan kata.. dan mmg selalu aku dgr.. sekarang ko tak raser.. tua nanti baru tahu... terpk pulak aku.. ermmm... macam mana org² tua dulu mengaitkan apa yg dimakan masa muda dgn keadaan yg dorang alami ketika tua.. satu jangkamasa yg agak lama.. melalui medium atau kaedah apa yg digunakan utk mengukur sejauh mana kesahihan tindakbalas yg dialami... kalau cuma melalui pengalaman.. nyata pengalaman seorang individu dgn individu yg lain adalah berbeza...
Yang aku tahu.. selama dalam pantang aku hanya makan nasi panas (nasi yg dimasak hari ini dan bukan nasi semalam) kalau tidak aku pening kepala.. dan aku mandi air akar kayu dan daun² yg mak aku rebus.. first sbb badan lebih segar dan best apa mandi air panas... :D Biler sejuk sapu minyak urut² kaki.. yg lain lebih kurang jer.. pakai stoking.. makan jamu.. terpulang.. pepandai lar nak jaga badan kan..
No comments:
Post a Comment