Tadi pukul 11.30 pg.. aku ada terima satu panggilan.. someone yg aku tak tahu hujung pangkal mengatakan yang PA insurans aku dah nak expired... aku tanya insurans apa.. dia kata insurans AIA.. "Puan ingat tak puan ada ambil insurans nie tahun 2011".. Aku dah mula kerut² kening... sebab seingat aku.. memang aku tak pernah ambil... dia tak biar aku pk lama².. terus sambung cakap.. macam bullet train... dan suara pompuan mmg macam org yg busy.. kelam kabut.. kasar.. tak berhemah sgt lar dgn aku yg dia so called 'client'..
Aku tanya dia lagie... aku bantai potong ckp dia.. sebab dia tak bagi peluang langsung aku nak bercakap...
"Jap.. insurans nie ada charge tak??" Dia kata.. "Yer.. Puan akan dicharge RM20++ every month dari credit card"
"Seingat saya.. saya tak pernah apply atau terima apa² polisi insurans dari AIA"
"Tak Puan.. insurans nie bukan diapply.. tapi mmg telah dimasukkan dalam semua pemegang mastercard.. visa... bla..bla..bla... etc" Pergghhh.. giller ingat aku baru first time guna credit card aper... ko ingat aku sign buta² tak tau aper yg kena potong??
"Oh yer ker.. " I remember aku tak pernah ada potongan 20++ so and so seperti yang dinyatakan.. aku dah mula ragu²...
"Puan lupa nie.. cuba Puan ingat balik.. Puan masih pakai credit card kan.. tahun 2011 Puan pernah ambil PA insurans dan sekarang insurans tu dah nak expired dan sekarang kita cuma nak hantar polisi baru untuk renewal"
"Entah lar.. dah banyak credit card saya dah terminate..Tak per lah.. saya contact **** untuk confirm balik"
"Ok larr Puan.. Puan cuba ingat balik.. saya semak dengan bhgn apekebenda tah nanti saya call semula" Bertuah lar aku nak layan call ko lepas nie... PENIPU!
Dan sebaik sahaja perbualan ditamatkan... aku search no. tepon dia... dan segalanya berhubung kait dengan insurans AIA nie... and guess what?? Korang tgk apa yg aku dah print screen nie..
Yang nie aku dapat dari link facebook page Bank Rakyat..
Yang nie pulak dari salah seorang blogger.. nie page dia
Jadi.. korang raser camner.. modus operandi yg sama sejibik ngan blogger kat atas aku kena.. hmmm... jadi kengkawan.. hati²... zaman sekarang nie macam² cara orang nak perangkap kita.. fikir dulu sebelum kita dedahkan sebarang maklumat peribadi kita..
No comments:
Post a Comment