Kisah di bawah aku cedok dari http://rampaiseri.wordpress.com buat pedoman dan panduan kita semua yang telah dan bakal mendirikan rumahtangga... yg baik.. jadikan teladan... yg buruk jangan kita ikutkan...
Bila telah berumahtangga sikap saling percaya-mempercayai merupakan tonggak utama.. keikhlasan dalam segala hal yg kita lakukan dalam rumahtangga di atas tanggungjawab dan kehendak kita sendiri.. bukan atas paksaan atau desakan org lain... Orang lain hanya boleh memandang apa yg mereka lihat... menilai perkara yg di luar pengetahuan mereka.. tidak sedar dan tidak tahu perkara tersimpan yang tidak nampak di mata... hidup berumahtangga tidak semudah disangka... maruah suami terletak di tangan isteri... maruah isteri di tangan suami.. perlu bijak menilai dan menganalisa setiap kata yg kita dengar... jangan biarkan kata² org merosakkan keharmonian rumahtangga yg dibina... hanya kita yg lebih mengenali pasangan kita dan atas sebab apa kita ingin meneruskan hidup kita bersamanya.....
Sebagai individu yang mempunyai adik beradik.. yg antaranya telah mendirikan rumahtangga.. kita juga perlu tahu adab sesama ipar... jangan terlalu menjaga tepi kain rumahtangga org.. mereka telah dewasa dan tahu berfikir.. baik dan buruk biar mereka tadbir sendiri rumah dan tangga yg dibina.. layak kita nasihati cuma bila diminta.. adab menasihati.. perkara yang berbau peribadi.. lakukan secara peribadi... bukan di hadapan everybody....
Adat manusia.. tidak lepas dari salah dan khilaf... sama² kita nasihat menasihati... mana yang tak betul kita perbaiki... tapi elakkan diri kita dari menghakimi sesuatu yg kita sendiri tidak pasti... sekadar pemerhatian dari mata kasar tidak memadai untuk kita menilai hati dan budi....
******************
Paparan kisah ini datangnya melalui e-mel yang dihantar oleh seorang suri rumah bekerja yang hanya dinamakan sebagai Puan Aini sahaja, katanya. Tujuan beliau memaparkan kisahnya semata-mata untuk dijadikan teladan dan bertindaklah lebih hati-hati dalam menghadapi gangguan yang dimaksudkan, sebab banyak kehancuran berlaku bila salah satu pihak tidak sabar dan tidak tahan ujian.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila ikuti kisah beliau; “Sebelum perkahwinan kami dahulu ceritanya memang unik macam cerita filem Hindustan. Sebelas tahun dulu, saya dipinang oleh suami saya sekarang tetapi lamarannya ditolak sebab saya masih belajar.
“Tetapi sebenarnya, ayah tak berapa setuju kerana kampung kami terlalu jauh dan pasti menghadapi masalah. Maklumlah Pantai Timur. Perhubungan kami terputus bila saya ditunangkan kemudian dengan orang lain. Saya ditunangkan dengan sepupu atas permintaan keluarga tapi putus. Saya tak kisah sebab saya sendiri tak setuju.
“AkhirnyaÉ memang jodoh saya tetap bersama suami saya sekarang ini, maka dia datang sekali lagi meminang, dan kami kahwin kira-kira tujuh tahun lalu. Awalnya memang mertua sukakan saya. TapiÉ sejak campur tangan anak perempuannya (kakak ipar) mertua saya mula pandang saya serong. Puncanya ipar saya suka memburuk-burukkan ipar-duainya pada emaknya (mertua saya) termasuk saya.
“Lebih teruk lagi dia suka sangat mengatur hal rumah tangga saya, bila saya tidak diendahkan oleh suami saya, macam-macam cerita buruk dilemparkan. Contohnya, dia tetapkan jumlah duit yang wajib diberikan kepada emaknya. Pelbagai alasan diberikan supaya suami saya (Darus) ikut cakap dia. Tapi kata Darus itu urusan dia. Dia tahu berapa nak bagi emak dan dia terpaksa ikut bujetnya, sebab dia ada keluarga. Itu yang menyakitkan hatinya, dia hasut emak kata Darus derhaka, ikut cakap bini.
“Pernah dulu masa saya hendak melahirkan anak kedua saya nak bersalin di klinik swasta, itu hak sayalah, lagi pun saya tak minta duit dia. Tapi dia marah hasut emak. Dia marahkan saya sama, konon membazir duit sahaja.
“Nak jadikan cerita dia bertambah baran sebab emaknya minta RM1,000, Darus cuma bagi RM500 saja. Emaknya lagi naik angin sebab tak cukup duit buat kenduri kahwin anak perempuannya. Bukan semua tujuh orang anaknya bagi duit jumlah yang sama. Sebab masing-masing ada tanggungjawab tapi saya yang dimarah dituduh membazir duit, tapi mereka tak tahu memang Darus tak ada duit sebab dah bagi emaknya setiap bulan selain urusan keluarga sendiri.
“Mereka tak boleh marah saya sebab duit bersalin di hospital duit saya sendiri, bukan duit Darus. Dek kerana marah, mereka sindir saya ada hospital kerajaan buat apa bersalin di klinik swasta? Memang saya rasa sedih sebab saya tak minta duit Darus, tambah sedih lagi duit RM500 yang Darus bagikan pada emaknya itu adalah duit saya sendiri, sebab Darus tak berduit saya terpaksa keluarkan daripada Amanah Saham Bumiputera.
“Emaknya ingat gaji Darus besar, sebenarnya cuma lebih seribu sahaja, sebaliknya lebih besar gaji saya lagi. Dan sejak akhir-akhir ini, rezeki saya bertambah murah lagi. Saya buat berniaga sambilan. Hinggakan saya mampu dan berani buat pinjaman perumahan kerajaan. Kerana ada duit lebih sikit saya beli perabot rumah. Malangnya itu pun tidak disukai oleh ipar saya. Mereka tuduh saya kikis duit adiknya. Mertua saya semakin baran.
“Sedangkan sebenarnya saya bekerja keras untuk menambah pendapatan, saya tak malu jual makanan ringan di tempat kerja dan barang lain lagi asalkan dapat upah yang halal. Sebenarnya ipar saya ni amat cemburu dan tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya. Saya beli perabot kayu jati dia pun nak beli juga.
“Kami tak kisah. Tapi masalahnya kami terpaksa bawa dia ke kedai tersebut yang sudah tentu jauh dan kami terpaksa guna kereta sendiri, dia cuma duduk aja. Bukan itu saja sampaikan kain langsir sayapun dia nak beli yang sama dan tempah di mana saya buat tempahan. Pendek kata setiap kali dia datang ke rumah dia mesti periksa apa perubahan yang ada dalam rumah saya. Dia nak buat dan beli yang sama.
“Kalau dia terasa mahal harganya dia mulalah bercerita pada emaknya yang saya menghabiskan duit Darus, tapi dia tak tahu saya gunakan duit sendiri. Pernah juga dia tuduh saya ambil duit dia RM100. Ceritanya begini ketika nak beli perabot dia tinggalkan kad ATM pada suami saya dan suruh suami saya beli perabot itu. Nak jadikan cerita, tak lama lepas itu heboh cerita di surat khabar pasal banyak orang hilang duit dari ATM. Dia pun kata duit dia hilang sama lepas tu tuduh saya yang ambil duit dia.
“Sakitnya hati, kalau tak percayakan adik-beradik sendiri, jangan suruh orang belikan barang. Sakit hati punya pasal saya suruh dia buat repot polis, dia tak mahu sebaliknya suruh suami saya ganti. Bila tak dapat mulalah jaja nama saya, burukkan saya konon ambil duit dia. Kalau saya nak ambil bukan RM100 mungkin RM1,000 baru puas hati.
“Memang ada biras saya yang tak percaya, tetapi mereka takkan nak menangkan saya, sebab ipar saya ini gila-gila basa sikit, cakap dia aja betul. Pernah juga dia suruh biras saya pergi jumpa kadi minta cerai daripada adiknya, semata-mata kerana dia tak berjaya menghasut adiknya. Dia memang suka kami bergaduh suami isteri, lepas dia mainkan peranannya mencucuk dan memburukkan satu sama lain, lepas tu dia suruh bercerai.
“Sekali fikir untung kami tinggal berjauhan negeri kurang sikit hasutannya, kalau dekat atau dalam satu negeri sudah lama fikiran Darus diracunnya seperti abang ipar saya sampai mereka bercerai-berai. Sekarang dia tengah aktif menghancurkan rumah tangga adik perempuannya sendiri. Dulu dialah orangnya yang menggalakkan perkahwinan adik bongsunya itu dibuat besar-besaran sampaikan emak mertua saya berhabis untuk buat kerja kahwin. Sekarang mereka tengah berperang.
“Puncanya semata-mata kerana adik perempuannya tak mahu dengar cakap dia pasal mengurus rumah tangga. Dia marahkan adiknya sebab bagi duit gaji semua pada suami. Sepatutnya adiknya mesti kikis duit suami. Kerana bila duit adiknya dikawal suami, macam mana nak bagi pada emaknya. Inilah yang menaikkan darah mereka.
“Pada saya mudah, ini dia balasan Tuhan, pada adik lelakinya dia suruh kikis duit isteri, tapi bila adik ipar lelaki kikis duit adik perempuannya dia marah pulak. Inilah antara perangai buruknya melaga-lagakan ipar-ipar perempuan yang lain supaya bergaduh.
“Perbuatannya juga mengecewakan saya sebab suka sangat menghina ayah saya yang tinggal di rumah saya. Ayah duduk dengan saya setelah emak meninggal dunia. Ayah suka rumah saya sebab saya anak bongsunya. Dan ayah saya tak menyusahkan hidup saya, dia tak minta duit setiap bulan, malah ayah sering keluar duit untuk belanja rumah kami. Sebab ayah ada duit pencen. Tapi dia fikir ayah menyusahkan hidup adiknya. Dia tak tahu kadangkala Darus pinjam duit ayah untuk bagi pada emaknya bila dia terdesak.
“Bila teringatkan kebaikan arwah emak dan ayah saya, saya rasa sedih sebab mereka tak pernah menyusahkan hidup anak-anak. Mereka tak pernah minta duit anak-anak walaupun susah. Malah emak menangis sebab tak berdaya (uzur) nak jaga saya semasa saya melahirkan anak, tidak seperti menjaga kakak-kakak dan kakak ipar saya yang lain semasa mereka bersalin semasa ibu masih kuat lagi. Tapi saya tak kesal sebab saya tahu pengorbanan emak saya amat besar untuk membesarkan saya.
“Tapi ipar saya ini ada penyakit sikit dia paling sakit hati lihat ayah saya yang dah tua tu duduk di rumah saya. Dia boleh suruh Darus pergi balik kampung ambil emak bapaknya datang ke rumah duduk dua tiga hari suruh hantar balik. Apa dia ingat kampungnya dekat sehari suntuk dalam perjalanan. Bila kita beri alasan tak ada cuti mereka boleh marah kita ini, mula-mula kakaknya marah, lepas tu emaknya telefon, penutupnya ayahnya ikut sama menengking Darus. Mereka buat kami macam budak-budak.
“Pernah juga anak-anaknya datang ke rumah berjalan, balik jauh pagi dan suruh kami jadi jaga buka pintu. Dalam pada itu kawan-kawannya tak berhenti telefon, tak tahu malam siang. Mereka buat rumah kami macam hotel dan kami pelayannya. Bila kita tegur dia mengadu pada emaknya, lepas itu pasti Darus kena leter. Pernah dia kata ada sedara tak guna, lebih baik duduk hotel, dan memang elok sangatlah pada kami.
“Lebih menyakitkan hati kami dia mula menghasut dan meracuni fikiran pembantu rumah saya. Dia tanya berapa banyak gaji, berapa banyak saya dah simpankan dalam bank, bank atas nama siapa, nampakkah jumlah duitnya, dan macam-macam lagi yang memang mencurigakan hati pembantu rumah saya. Akhirnya terbongkar juga bila si pembantu ini bertanya dan memberitahu kakak ipar saya yang suruh tanya. Apa makna perbuatannya itu? Kalaulah anda di tempat saya sakit hati tak?
“Kalaulah pembantu rumah saya lari, adakah dia nak tolong saya jagakan anak-anak saya? Jadi kalau diri sendiri tak mahu membantu jangan susahkan orang lain.Ê Saya tak pernah layan pembantu rumah saya macam hamba, malah saya turut membawa dia berjalan, membelikan barangan keperluan tanpa memotong gajinya, sebab saya faham tanpa dia susahlah saya nak pergi bekerja. Saya harap dengan layanan baik saya, dia akan jaga anak-anak saya dengan baik sebab mereka masih kecil-kecil.
“Lagi pun gaji pembantu rumah bukan duit Darus (adiknya), tapi duit saya sebab pendapatan saya lebih tinggi lagi. Takkan itu semua saya nak cerita dengan dia, saya kena jaga maruah suami saya juga, tetapi dia memang tak faham.
“Tujuan saya luahkan pendapat saya terang-terangan begini supaya kakak ipar saya itu faham, dan jangan cuba kacau rumah tangga saya, biarlah kami hidup dengan aman bahagia, kami tak menyusahkan dia, jadi janganlah susahkan hati saya.
“Kepada pembaca semua, biasanya kita tuduh orang ketiga iaitu wanita lain boleh hancurkan keluarga kita, tetapi sebenarnya ipar-duai pun turut sama memainkan peranan mereka, itu belum masuk emak mertua lagi. Kepada semua emak dan bapak mertua janganlah rosakkan rumah tangga anak-anak anda, sebab kalau mereka susah anda juga akan susah,” demikian nasihat Puan Aini kepada pembaca semua. Dan tujuan beliau dedahkan pengalaman pahitnya ini supaya kita semua dapat jadikan panduan demi menjaga masa depan keluarga masing-masing agar tidak mudah dilanda fitnah. Aini juga merasakan hidupnya bagaikan bermadu dengan kakak ipar sendiri.
Bagaimanapun sependapat dengan penulisÊ supaya penuhi dada dengan ilmu kerana dengan ilmu sahajalah yang akan dapat menyelamatkan diri kita dan membuat kita lebih dihormati.
Akhir kata Aini juga turut menasihatkan pembaca khususnya kaum wanita ’sediakan payung sebelum hujan’. Pepatah yang sering penulis gunakan untuk mengingatkan kaum wanita semua.

1 comment:
Assalamualaikum buat Sudut hati seorang Perempuan. Amat memilu kan bila terbaca kisah orang lain, walhal nasib yang sama menimpa diri saya yang juga tidak kurang serupa cerita nya. Namun, apa kan daya segala usaha sudah di cuba, bukan sedap di hati..bertambah menyakit kan hati.. :(
Biar saya mula kan kisah saya ini. Berumur 40an serta berstatus kan seorang Duda anak Empat(bercerai hidup) akhir nya saya menamatkan hidup menduda saya dengan seorang wanita yang juga berada di Johor pada tahun 2007. Amat gembira rasa di hati bila kekosongan di hati ini terubat kembali setelah sekian lama berpisah dan hidup sendiri tanpa teman di sisi. Dengan kehendak allah, kami telah di kurnia kan seorang bayi perempuan pada tahun 2008. Betapa gembira nya hati ini melihat betapa comel anak kecil dengan Isteri baru saya.
Untuk pergetahuan SHSP, buat masa ini saya menumpang di rumah mertua saya, bersama dengan dua orang adik nya. Namun dalam keadaan kegembiraan ini, terselit keresahan serta kejanggalan setiap ketika di rumah memandang kan saya menumpang di rumah mertua saya bersama adik isteri saya yang masih berlum berkahwin. Kita selalu mendengar tentang masaalah nya duduk serumah dengan keluarga, semada berkenaan dengan mak mertua atau abang atau sebagai nya. Tapi dalam kisah saya, adik ipar yang menjadi kan diri saya serba salah. Ibu mertua sangat baik serta pemurah orang nya namun masaalah yang saya hadapi adalah dengan kedua adik isteri saya.
Ketika pada awal perkahwinan saya cuba dengan bersungguh sungguh untuk tidak mengeruh kan hubungan antara saya dengan mana mana ipar duai saya, tapi akhir nya kecundang juga atas sebab apa pon saya tidak tau.
Keadaan berlarutan hampir selama satu tahun membuat kan saya rasa bukan sebagai sebahagian dari keluarga isteri, malahan saya rasa seperti orang asing yang tidak punya hubungan langsung dalam keluarga isteri saya. Amat terasa dan terkilan nya hati bila kehadiran saya seperti di pandang serong oleh kedua adik ipar saya. Bila saya cuba untuk bercerita, mereka lari. Bila saya cuba duduk semeja hendak makan, mereka cepat cepat bangun. Bila saya hendak bertanya, layanan serta soalan saya tidak di jawap. Dan pernah bila saya tersenyum mereka memaling kan muka, seolah olah tidak mau bersemuka dengan saya. Apa kah salah saya, sehingga saya di perlaku kan sebegitu? Apa kah yang telah saya laku kan sehingga saya menerima layanan sebegini. Soalan itu yang selalu saya tanya pada diri saya.
Saya sedar saya banyak kekurangan dalam keluarga isteri saya, saya sedar saya Duda anak Empat, saya sedar saya tak secantik rupa dan tak punya bentuk badan yang cantik.Dan paling utama, saya sedar saya menumpang di rumah mertua saya.Tapi, saya juga hamba allah di dunia ini. Punya hati dan perasaan. Dan sebagai lelaki, suami, saya tidak pernah lupa tanggungjawab saya pada anak anak saya, pada Isteri saya, dan juga pada bekas isteri saya yang merupakan ibu kepada anak anak saya. Ada kah itu bukan menunjuk kan satu pergorbanan untuk diri sebagai suami terhadap keluarga keluarga saya. Tidak kah itu menunjukan yang saya punya tanggungjawab yang berat untuk saya pikul? Tapi mengapa saya di pandang serong serta di kutuk dan di caci oleh kedua adik ipar saya?
Isteri saya tahu dan sedar akan masaalah yang saya hadapi ini, tapi dia tidak dapat membuat apa apa kerana hendak menjaga hati adik adik nya dan juga hati saya sebagai suami. Isteri saya jadi serba salah dalam hal hal sedemikian. Saya faham akan apa yang di rasa kan oleh isteri saya. Dan saya tidak mau membuat kan dia susah hati dalam apa jua keadaan pon. Namun bila keadaan semakin lama semakin teruk keadaan saya jadi bertambah runsing dibuat nya. Saya tak minta di sanjung atau di angkat, tapi salah ke saya di hormati sebagai LELAKI TUNGGAL yang duduk di rumah mereka serta menjaga ibu mereka?
Pernah suatu ketika saya meluah kan hasrat saya kepada isteri saya. Kami berdua menangis, mengenangkan kelaku yang di tunjuk kan oleh kedua adik ipar terhadap diri saya yang daif serta sahayu ini. Tapi, saya hanya mampu diam dan tersenyum walaupon dalam hati cuma tuhan aje yang tau bertapa seksa nya saya menahan kelakuan serta perangai kedua adik ipar saya. Pernah beberapa kali tergerak di hati saya untuk meninggal kan rumah mertua saya untuk hidup berdikari bersama isteri berserta dengan anak perempuan saya yang comel, tapi atas permohonan isteri saya, saya akur dengan kehendaknya. Bukan kerana takut isteri atau sebagai nya, tapi atas HORMAT diri saya terhadap isteri serta ibu mertua saya yang amat amat saya sayangi seolah saya menyayangi ibu kandung saya sendiri.
Tidak ada apa lagi yang dapat saya laku kan selain dari berdoa dan memohon keampunan buat diri saya serta isteri dan anak saya. Dan juga saya berdoa untuk Ibu serta ayah saya berserta dengan ibu mertua saya. Dan paling banyak saya berdoa pada tuhan adalah…“beri lah kan ku kekuatan untuk menghadapi dugaan mu ini yang allah serta ampun kan dosa kedua adik ipar ku”
Maaf saya tidak dapat meneruskan lagi coretan saya kerana hati saya terlalu sedih untuk meneruskan apa yang tersirat di hati dengan berlenang lah air mata seorang Lelaki dan suami…. Kepada SHSP saya berharap kisah saya di jadi kan tauladan serta hidayah…kerana bukan semua yang di hadapi dalam keluarga mertua di hadapi oleh kaum HAWA. Tapi kami kaum ADAM juga mengalami masaalah yang sama.
Wassalam…
Dari,
Lelaki, Suami dan dot dot dot
Post a Comment