.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, January 7, 2013

BerDietLaH CaRa SiHaT..

Aku sekarang dah gemok... yelah makan tak ingat diri kan.. biler baju dah ketat baru ingat nak timbang berat.. ehehehe... aritu kan aku ada cakap sangat² memerlukan produk pelangsingan badan.. sekarang tidak lagie.. no..no..no.. bukan sebab aku dah kurus... tapi sebab setelah aku membaca website Kevin Zahri.. cikgu fitness kita.. macam² ilmu aku dapat.. siyessss... dia memang cikgu diet yang baik...

Antara mesej penting bagi orang yang ingin menurunkan berat badan... yang sangat² seriously nak dapatkan a better shape... caranya idak lar susah benor... cuma perlukan semangat dan keazaman yang tinggi... istiqomah... yer perlu ISTIQOMAH dalam melakukan sesuatu yang baik.. to live a healthy life memang satu perkara yang baik.. tubuh kita nie amanah dari tuhan.. bila² masa dia boleh tarik balik... dan adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga amanah ini sebaiknya...

Berikut ilmu² yang aku kutip dari kata² Kevin juga dari tips² yang aku jumpa di internet..

1.  Kita sebenarnya boleh makan 5 - 7 kali satu hari... uiiii banyak tuee.. cemmaner nak kurus lak.. TAPI... ada tapinya... setiap hidangan ada portion²nya... misalnya.. kita cuma boleh makan (nasi/karbohidrat) segenggam penumbuk kita... kalau penumbuk ko besar.. besar lar portion makan ko.. kalau penumbuk ko kecik.. makan ler sikit jer... jadi perumpamaannya... ukur nasi di penumbuk sendiri... jangan guna penumbuk org.. hehehe... okeh.. okeh... lagie satu dia kata... satu genggam penumbuk nasi tue kita boleh makan kalau kita minum air kosong... bukan air manis.. kalau nak minum air manis... sepenumbuk nasi tadi perlulah dikurangkan lagi portion dia.. sebab nasi itu karbohidrat.. gula juga karbohidrat dan juga kalau nasi ko lauknya ada kentang ko kena kurangkan lagi portion nasi tue... maksud kata.. kita cuma boleh amik sepenumbuk karbohidrat setiap hari.. kalau nak yg tu.. kena kurang yg nie.. kena pepandai bajet lar..

2.  Banyakkan minum air kosong... minum banyak mana pon tak per.. ada ais ke tak dak ais ke tak kisah... sebab air kosong tak ada kalori.. dan air kosong tidak menggemukkan.. kalau buncit pon sekejap jer.. lepas sistem tubuh melalui proses pengkumuhan.. perpeluhan.. semua air tadi pon hilang.. sepertimana tubuh perlukan kalori untuk bekerja.. tubuh juga perlukan air untuk badan kita dibersihkan... Berapa gelas air satu hari.. katanya bergantung cara tubuh kita digunakan... kalau banyak badan kita kuar air.. banyak jugak lar kita kena top up balik.. contoh kita berjongging.. bersauna.. berkebun... main kejar² ngan anak... air banyak keluar.. jadi kita kena minum banyak juga bagi menggantikan yang keluar... indicator terbaik nak tengok cukup tak cukup air di tubuh kita.. tengok lar air kencing.. kalau warna dia pekat kuning.. itu tandanya tak cukup air lar tue.. kalau air kencing warna pon dah nak macam air minirel.. itu tandanya keperluan air badan kita mencukupi..

3.  Makan dalam pinggan yang kecik.. untuk melatih kita makan dalam kuantiti yang sedikit..amik lauk penuh pinggan kecik manakan sama penuhnya pinggan besar.. Banyakkan makan serat.. lebihkan protein.. kuarangkan karbohidrat..

4.  Biler nak makan.. mulakan dengan bismillah.. kendian cari sayur.. tapi kalau ada buah.. makan lar buah dulu.. maksudnya di sini... makan lah makanan yang mudah hadam dahulu kemudian diikuti yang payah sikit nak hadam... daging yang paling akhir.. kalau amik lauk ayam.. ambil lah di bahagian dada.. sebab??  Sebab dada ayam kurang lemak..
 
5.  Makanan kurangkan makan.. atau pantangkan sajer.. roti canai.. nasi lemak.. teh tarik.. wuuuhuuu.. itu lar makanan yang dibelasah hari² sarapan pagi... tapi nak makan sekali sekala boleh lar..banyakkan makan makanan berserat tinggi.. macam oat.. mengenyangkan dan melawaskan sistem pembuangan..

6.  Okeh... dah paham bab cara makan??  Kita pegi ke cara hidup pula... katanya.. makan cara sihat.. hidup pon kena gaya sihat jugak.. bersenam kurang² 3 kali seminggu... yang dikatakan bersenam tu ialah cardio exercise.. yang menggerakkan seluruh otot badan... macam.. main badminton.. berbasikal.. berenang.. main bola sepak.. futsal.. so on... bila kita dah buat cardio then only kita boler proceed buat tekan tubi... kalau tidak tak der maknernyer pon buat tekan tubi untuk bentuk otot.. sedangkan otot² ko diselaputi lemak... yer.. kat sinie lar peranan cardio exercise tadi.. tujuannya untuk membakar lemak² yang berselerak memintal di sebalik daging² otot.. supaya.. bila otot dibentuk melalui tekan tubi... melalui angkat dumbell... otot ko terbentuk cantik lagi firm...
 
7.  Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi... sebab tubuh perlukan rehat untuk bekerja lebih kuat..
 
So.. rahsia sebenar... tiada yang boleh menguruskan badan kita melainkan diri kita sendiri.. tiada yang dapat menggemokkan diri kita melainkan kita jugak... Allah tak akan merubah tubuh badan seseorang itu melainkan atas usahanya... lain ler ko sakit kan... hmmm selisih malaikat..
 
Hurrmmm... cukup lar utk kali nie.. lenkali kita tulis lagie.. ehehehe ;)
 
 

Saturday, January 5, 2013

RECOGNIZING A STROKE.. Everybody must know..

I URGE ALL MY FRIENDS TO READ & SHARE THIS; YOU COULD SAVE A LOVED ONES LIFE BY KNOWING THIS SIMPLE INFORMATION!!!


Stroke has a new indicator! They say if you ...forward this to ten people, you stand a chance of saving one life. Will you send this along? Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the Tongue:

During a BBQ, a woman stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) ...she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Jane went about enjoying herself the rest of the evening.

Jane's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 PM Jane passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Jane would be with us today. Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this.

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE


 


Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR. Read and

Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S *Ask the individual to SMILE.

T *Ask the person to TALK and SPEAK A

SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. Chicken Soup)

R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue. If the tongue is

'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke.

A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.

I have done my part. Will you?

 

Friday, January 4, 2013

APPLE CiDeR ViNeGaR.. teman dietku kini..

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) telah digunakan untuk penurunan berat badan selama berabad-abad. Ia adalah cara semulajadi untuk mengurangkan berat badan, dan ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Nutrien, enzim dan asid organik di dalam cuka epal bertindak sebagai penahan selera dengan meningkatkan kadar metabolik anda. Cuka epal juga diketahui baik untuk mengurangkan penakungan air, mengurangkan kolesterol dan memperbaiki sistem peredaran darah di dalam tubuh.
 
Jadi bagi saper² yang ada masalah water retention atau gemok air.. emmm.. macam aku.. mmg elok sangat lar amalkan minum apple cider nie.. kita buat tonik kesihatan macam orang² Greek dan Mesir amalkan dulu².. bukan itu sahaja.. cuka epal nie sebenarnya salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW.. amalkan yang sunnah.. bukan sahaja terbaik.. malah dalah pahala..
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
 
Dalam perubatan Islam.. seperti yang aku tengok di website ini.. cuka epal juga boleh digunakan untuk merawat santau dan sihir..

Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…


Rawatan Sihir:
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun


 
Korang tau tak.. Julius Ceaser dikatakan menggunakan cuka epal sebagai tonik untuk tenaga dan kekal sihat dan pahlawan Samurai jepun menggunakannya sebagai minuman tenaga.
"Since 400BC, Hippocrates, the father of modern medicine, and others, have used vinegar and vinegar mixed with honey, as an energizing tonic and a healing elixir" 
Rujuk: http://www.detox-for-life.com/apple-cider-vinegar.html
 
Terlalu banyak khasiat cuka epal nie kalau kita search satu²... antaranya:
 
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

1. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.

2. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.

3. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.
 
Untuk makluman.. cuka epal nie selalu diambil bersama madu.. bukan sekadar penyedap rasa tetapi juga kerana khasiatnya bila diadun bersama.. kita tengok saja senarai di bawah..
 
1. Merangsang pemecahan lemak

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Menguatkan tenaga dalaman

4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak

5. Melawaskan usus besar dan kecil

6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer

7. Masalah kulit seperti jerawat

8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak

9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu

10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)

11. Melembapkan dan mengencangkan kulit

12. Mencegah dan mengawal selulit

13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha

14. Meredakan sakit dan sengal sendi

15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah

16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah

17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru

18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang

19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah

20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal

21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
 
Cara Penyediaan Minuman Cuka Epal
 
**Cuka epal asli (organik) tanpa disuling, ditapis dan dipastur (cuka ini airnya seakan² berkeladak, bewarna perang, ini yang terbaik)
**Madu asli sebagai perasa sekiranya perlu
**Serbuk teh
**Serbuk kayu manis sekiranya mahu

Campurkan 1-2 sudu cuka epal ke dalam segelas air atau teh Chamomile. Tambah sedikit madu sekiranya perlu, sebagai perasa. Anda juga boleh menambah serbuk kayu manis (jenis tanpa gula) ke dalam teh anda di mana ia juga membantu anda untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan kolesterol, dan meningkatkan kesihatan anda.

1. Minum dua kali sehari setengah jam sebelum makan.
2. Untuk mempercepatkan pengurangan berat badan, lakukan senaman 30 - 60 minit 3 atau 5 kali dalam seminggu.
3. Minum banyak air bagi melancarkan sistem perkumuhan badan.
4. Amalkan diet yang seimbang.
 
Aku minum dengan air kosong dan madu sahaja... syaratnya guna air sejuk.. dan pilih apple cider organik... seperti yg dinyatakan di atas.. tanpa disuling, ditapis dan dipastur dan bezanya.. tengok pada kejernihan air cuka itu... kalau jernih maknanya dah lalui proses penyulingan.. khasiat dah banyak hilang... apple cider yang bagus adalah yang berkeladak.. asli dan tidak diproses... aku minum keluaran BRAGG- Organic Raw - Unfiltered Apple Cider Vinegar.. aku suka minum cuka apel nie.. raser dia macam minum air oren.. ehehehe.. masam... dan juga diingatkan cuka nie tak elok diminum begitu sahaja tanpa air... takut rosak gigi dan tisu badan.. ianya berasid... pada ibu yang mengandung... elakkan mengambil cuka epal / sebarang jenis cuka di awal kandungan.. takut merbahayakan kandungan.. seelok²nya tunggu lah kandungan melepasi 5 bulan... and pls consult your doctor sebelum minum atau makan apa pon..
 


 
Dan.. aku ada satu rahsia nak bagitau.. stretch mark mengandung dulu dah makin pudar semenjak aku amalkan minum apple cider nie.. betul.. aku perasan mender nie lepas hampir separuh botol apple cider nie aku minum...
 
Okeh... untuk maklumat lanjut.. korang boleh juga tengok di sini..
 
 

Tuesday, January 1, 2013

1 Hari di Tahun Baru: 2013

Matahari 1 Januari dah hilang sembunyi.. malam bulan mengintai kini... begitu berlalu sehari di tahun yang baru... apa perasaan menyambut hari pertama di tahun 2013 ini... hmmmm.... macam²... yang ketara... tua setahun lagi... dan.... yang pasti kita menghampiri mati... tapi yang belom pasti... tempat kita di sana nanti... ohhh... aku insan yang alpa... selalu kalah dengan nafsu dunia... biar hidup tak lama... tapi penuh keberkatan... dari hidup lama penuh kemungkaran... maafkan saya tenggelam bersama memori hidup insan biasa...
 
Apa seronoknya hidup seorang insan yang biasa... tinggal di rumah biasa².. makan pakai juga yang biasa² saja... susah dan payah juga sudah biasa.... dan apa seronoknya hidup sebagai insan luar biasa... tinggal di rumah mewah... makan yang lazat... pakai yang indah..... seronoknya cuma satu... miskin kaya... kalau tidak bersyukur.... tidak akan pernah merasa puas...
 
Bolehkah seorang yang membosankan berubah menjadi seorang yang mengujakan... well... dah tahun ke 34 di muka bumi... tidak perlu menjadi orang lain demi untuk disukai... tidak perlu berubah demi orang lain... berubah demi kebaikan... berubah demi tuhan... Insayaallah... selamat...
 
Selamat Tahun Baru semua!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails