.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, September 3, 2010

..Ady Putra BaKaL BaPa KeMBaR TiGa!!..

Wahhh.. dasatkan.. tak.. aku tak ngandung lagie lar.. ehhh.. aku tak der madu hokay!!  Tapi memang betul.. Ady Putra dijangka timang cahaya mata kembar tiga!  Konpius.. ehehehe... Ady Putra satu lagi lar.. bukan En. Ady suamiku cayunk.. haaa.. nie orangnya bakal bapa kembar tiga.. kenal?? Wahhh bestnyer ko dapat² anak sekali tiga.. aper petua?? En. Ady yg ada adik kembar pon anak tak kembar..

Johnny Depp Melayu.. hihihi encem kan..

BERTAHUN Ady Putra dan isterinya, Aida menunggu kehadiran orang baru dalam rumah tangga mereka, tetapi dua kali Aida hamil, dia keguguran.
Justeru, pasangan suami isteri itu terus berdoa agar Allah s.w.t kurniakan mereka cahaya mata. Rumah tangga yang bahagia pastinya tambah bermakna dengan rengekan dan teriakan si kecil. Alhamdulillah saat bahagia itu menjelma juga akhirnya apabila dua bulan lalu Aida disahkan hamil. Dan menambahkan kegembiraan mereka berdua, Allah s.w.t bukan bagi satu, tetapi tiga sekali gus. Aida disahkan bakal melahirkan bayi kembar tiga. Apa jantinanya masih terlalu awal untuk diketahui, tetapi bagi mereka sama lelaki atau perempuan, mereka tetap bersyukur kerana akhirnya hasrat untuk menjadi ibu bapa, dimakbulkan Allah s.w.t.

Berita itu disampaikan Aida dan Ady sendiri yang kebetulan terserempak dengan rakan SS ketika mereka bersahur di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, baru-baru. Bukan main berseri lagi wajah Ady, maklumlah lama juga dia menunggu untuk menjadi ayah. Aida beritahu ini bukan kali pertama dia hamil kembar. Dua kehamilannya sebelum ini pun kembar juga, tetapi tiada rezeki waktu itu. Lantaran itu kali ini Aida lebih berhati-hati, namun begitu sebagai wanita yang berkerjaya agak sukar baginya hanya duduk terperuk di rumah atau berbaring di katil berterusan. Insya-Allah, SS yakin semua nya akan selamat apatah lagi sekarang kita berada di bulan Ramadan, maka berdoalah sebanyak yang boleh agar ibu dan bayi yang dikandung dalam peliharaan Pencipta-Nya
..yang nie Johnny Depp haku.. ahahaha.. ;)

Tahniah Ady Putra.. jaga isteri elok².. mudah²an lepas nie rezeki Kakpah pula.. maner tau kot² kena tempias.. nama sama dah tu ngan laki aku.. hehehehe.. ;)   Anak yang tiga tu pon dah tak larat nak jaga!

..PuTeRi SaTu dan PuTeRi DuA..

Salam di pagi Ramadhan yang mulia.. pekabar sumer.. sure hati ingat kat kg jer kan.. nak datang keje pon dah malas kan.. menghitung hari.. detik demi detik.. nak raya lar katakan... kuih ready??  Car service already??  Baju raya sumer dah packed?  Duit raya dah masukkan dalam angpau?? Duit Tol ngan minyak dah set aside??  Okeh.. selamat bercuti pada yang dah mula cuti!

Gambar kat bawah tak der kena mengena ngan raya.. sajer jer buat boring² cuci mata... aku suker sangat dua beradik nie biler baik.. akrab.. tapi selalunya macam cat and dog lar.. hehehe.. tak bergado tak sah.. si Alyaa si penyakat.. si Aisha tukang lalak... Ainna laks pengekot... kalau kakak pukul Aisha.. dia tumpang sekaki.. tak padan ngan kecik... tapi biler suruh mintak maaf.. menonong jer dia pegi nak salam n hug.. biler si Aisha tanak.. tepis tangan dia... dia laks yg nangis.. macam² gelagat budak² nie.. penglipurlara kami sekeluarga..

..actually gambar nie dah simpan agak lama.. tetiba nak published laks arinie.. kata diari Bonda.. harus ada sumer gambar anak² Bonda yg Bonda sayangi..
..biler suruh pose serah sahaja..
..they are sweet together biler tak gado..
..tengok mood lar kan kalau nak amik gambar dorang nie..
..Alyaa tak habis² ngan peace nyer..
..suka bergambar dan ambil gambar.. dia dah pandai snap gambar..
..lama tak lama.. masa nie rambut si Aisha baru gunting.. pendek lagie..
..Hi Aunty.. this kiss is for you!..
..sampai jumpa lagie!..

Thursday, September 2, 2010

..KeNaLi UMAR AL KHATAB..

UMAR al-Khatab adalah khalifah yang menggantikan Abu Bakar as-Siddiq. Umar seorang yang tegas dan terkenal dengan sifatnya yang adil, berani serta cekap semasa memerintah.

Umar al-Khatab dilahirkan pada tahun 584 Masihi berasal daripada Bani Adi berketurunan Quraisy. Baginda adalah khalifah Islam kedua yang memerintah pada tahun 13 Hijrah hingga 23 Hijrah. Nabi Muhammad memberi gelaran al-Faruq kepada beliau.

Gelaran tersebut diberi kerana selepas memeluk Islam bagidan memberikan semangat baru kepada umat Islam untuk mengamalkan ajaran itu secara terang-terangan di Kota Mekah.

Baginda juga adalah khalifah pertama yang mendapat gelaran Amir al-Mukminin.

Pada zaman masyarakat jahiliah, Umar merupakan seorang saudagar. Umar dilantik menjadi khalifah kedua berdasarkan wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar dan mendapat persetujuan ramai.

Umar meninggal dunia pada 23 Hijrah kerana ditikam oleh Abu Lu'lu iaitu seorang hamba berketurunan Parsi.

Zaman pemerintahan Umar dianggap sebagai 'zaman keemasan' kerajaan Islam di Mekah. Banyak pembaharuan dilaksanakan oleh baginda termasuklah bidang politik, sosial, pertahanan dan ekonomi.

Dalam bidang sosial, baginda mengembangkan pendidikan al-Quran dan memperkenalkan kalendar Islam yang berasaskan tahun Hijrah.

Di zaman Umar juga, banyak negara berada dalam kekuasaan Islam termasuk Baitulmaqdis.

Malah di Baitulmaqdis ketika itu terdapat seorang Paderi Besar yang enggan membuat sebarang perjanjian dengan orang lain kecuali dengan Umar. Peribadi baginda yang adil dan berani menjadikan Umar terkenal sebagai seorang sahabat Nabi yang dikagumi di kalangan umat Islam.

Umar juga seorang yang sentiasa menjaga makan dan minumnya daripada sumber yang halal. Pada suatu hari ada seorang lelaki membawa secawan susu buat Umar. Kerana dahaga, baginda terus meminum susu itu tanpa mengetahui dari ia diperoleh. Sesudah meminum susu itu beliau berasa pelik dengan rasa susu itu.Tanpa berlengah, Umar bertanya kepada lelaki itu: "Dari manakah kamu dapat susu ini?"


Kemudian lelaki itu menjawab: "Saya mendapat susu ini daripada pengembala unta yang duduk menunggu unta yang disedekahkan di padang pasir di sana. Unta-untanya itu meragut rumput di situ."

Umar terkejut lalu menjolokkan jarinya ke dalam kerongkong memuntahkan air susu yang diminum. Baginda berbuat demikian kerana tidak mengetahui asal usul pengembala dan rumput yang dimakan oleh unta itu milik siapa.

Pernah dilaporkan bahawa Umar juga seorang yang sangat berhati-hati, dan tidak mementingkan diri. Kisah ini terjadi ketika khalifah itu mendapat kasturi dari Bahrain.

Umar mendapat beberapa kilo kasturi. Beliau mempunyai masalah menimbang semua kasturi itu. Beliau berhajat memberikan kasturi itu secara sama rata kepada orang Islam yang berada di kawasannya.

"Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini. Saya mahu mengagihkan kasturi ini kepada semua orang Islam yang ada di sini supaya mereka dapat buah ini," kata Umar.

Mendengar berita itu, isterinya menawarkan diri menimbang kasturi itu. "Saya pandai menimbang kasturi itu," kata isteri Umar.

Umar tidak berkata apa-apa. Sejenak kemudian, beliau bersuara: "Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini?" Tidak ada orang yang menjawab.

Tetapi isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbangnya. "Saya pandai menimbang kasturi itu," kata isterinya itu. Umar hanya mendiamkan dirinya.

Kali ini masuk kali ketiga Umar bertanyakan soalan yang sama: "Siapakah yang mahu menimbang kasturi ini?"

Secara sukarela isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbang.

Pada kali ini Umar tidak berdiam diri lalu beliau berkata: "Saya tidak mahu kamu menyentuh kasturi itu kerana bau kasturi itu nanti pasti kamu sapukan kepada badanmu. Itu bukan hak kita."

Oleh kerana itu, Umar mahu orang lain selain daripada ahli keluarganya yang menimbang kasturi tersebut. Umar tidak mahu kedudukan dan kelebihannya sebagai khalifah disalahgunakan oleh ahli keluarga.


Wednesday, September 1, 2010

..AlaMaK!! ApSaL KeTa Aku TaK Mo StaRT Nieh??..


Kat radio sekarang nie hangat dok bincang pasal dugaan di bulan posa... haa nie aku nak citer pasal dugaan yg aku lalui... gillos tul lar petang Isnin aritu... sangat menduga mental dan fizikal.. sebab aper??  Keta aku nak gurau² manjer..

Petang tu excited nak balik awal cam biasa.. tambah biler tengok jalan lengang tak de keta.. sure bleh sampai umah cepat kan.. dah plan memacam balik tue.. aku berjalan dari opis ke parking.. dengan cepat... kitorang nie menumpang parking orang.. walaupon satu mak.. (satu Kementerian) tapi kami nie macam anak tiri.. huhuhu.. tak der parking sendiri.. so.. nak park keta free suka tak suka.. terpakser lar ikut kan.. adat orang menumpang.. jauh ko parking aku... jaraknya ada lar 10 minit kaki aku melangkah dengan laju... kaki orang lain aku tak tau lar kan.. ok lar sebagai pembakar kalori.. menapak pergi.. menapak balik.. semput.. sebab kejar masa..

Sampai jer kat keta... aku tekan punat alarm.. ehhh.. tak bunyik pon... tekan lagi.. tak bunyi jugak.. ketuk².. tepuk² sikit... kot² dia tertido... tak bunyik jugak... alahaiii... tak kan bateri alarm mampus kot... aduhaiii... aku dah panik tak tau nak buat aper.. yelah.. kunci tu memang lar ader tapi.. kalau aku bukak keta secara manual kang dia menjerit tanak berenti.. (alarm dia menyanyi²) camner aku nak matikan?? Aritu En. Ady ada bagitau kalau alarm bunyi ada button merah.. tekan tu alarm berenti lar.. tapi.. kat mana?? Aritu dia tak tunjuk pon kat aku.. cakap jer.. mana lar aku jahil hal keta nie nak tau... aku tau drive ngan isi minyak jer.. yang lain... hurm have no idea... alahaiii kenaper lar waktu tue... hari tue dia nak wat hal.. dah lar poser.. penat.. haussss......... aku pon call En. Ady.. berkali²... ringging 2 kali ilang... ringging 2 kali ilang lagie.. tension duhhh... dekat 10 kali lar aku call asyik lar macam tu... maser tu aku dah terbayang handset aku tu berkecai kena baling... sangat² bengang!!  Apsal lar laki aku tak pick up phone... di saat kebengangan di puncak.. akhirnya dapat cakap ngan dia... semenjak dia pindah ke level baru.. memang payah tul nak call dia.. katanya receiver maxis kat situ memang teruk.. walaupon bersebelah sahaja ngan Maxis Tower...

Laki aku suruh aku bukak keta atau mintak tolong mana² lelaki yang ada kat situ.. yg tau cara nak matikan alarm.. tapi laki maner?? Dah lar kat situ sekarang aku Karnival Aidilfitri..  orang ramai.. kalau keta aku menjerit sure jadik perhatian... dan.. maner aku nak letak muka aku??!  Kebetulan ada sorang kakak lalu.. dia letak barang kat keta dia sebelah aku... aku pon tanyer lar dia..

"Kak tau tak camner nak matikan alarm keta.. remote saya nie mati.. kalau saya bukak manual nanti alarm bunyi.." 

"Alamak.. akak pon tak tau dik.. " Pompuan.. samalah dia cam aku... nak tanak.. aku beranikan bukak keta tu sendiri... dan planning nyer nak cuba cari button merah yg laki aku cakap tu.. tapi.. masa aku bukak keta tu.. ajaibnyer dia tak jerit.. ehhh.. lega aku.. sedangkan aku tak tau bala lagi teruk tengah tunggu.. aku try start keta... takmo.. dia takmo idup... alamak... bahana aper pulak kan... call En. Ady lagie... dan jawapan En. Ady.. itu bukan masalah remote.. tapi bateri kereta yg dah mampus... dia tanya aku tutup tak lampu keta tadi...

"Hah!!  Abg ada pasang lampu ker?? Ayang tak pasan pon.." aku jawab sejujurnya... seyes mmg aku tak perasan...

"Ada.. Abang pasang lampu tadi.. jalan gelap"  Pagi tu memang cuaca mendung.. cam nak ujan.. alamak.. salah aku ker.. aku cuba ingat balik pasal lampu tu.. tapi tokleh ingat lar.. nak cepat kejar masa katakan... park jer.. pakai kasut.. galas handbag.. tutup pintu.. tekan remote.. terus chau!  Opis jauh katanya.. sehari suntuk lampu keta terpasang.. memang harus ler bateri keta kong!

So.. En. Ady akan berjalan dari KLCC ke tempat parking aku.. berpeluh lar ketiak dia.. tapi have no choice.. nak tunggu aku.. entah biler keta tu nak idup kan.. aku dah hilang arah nie.. dia suh aku tanya sesaper kat situ ada "jumper keta" utk charge balik bateri sementara dia sampai... dah salah aku.. nak tanak aku yg muka tersangat lar malu dan segan ini tebalkan muka bertanya salah sorang laki yg baru park keta kat situ... dia tengah bancuh susu anank masa tu...

..benda nie lar yg dicari².. penting "Jumper" nie.. perlu ada dlm setiap kenderaan..

"Assalammualaikum.. Encik.. ada tak jumper keta.. keta saya tak bleh idup.." mukaku penuh berharap..

"Alamak.. tak der lar kak.."  Hampa..

"Takperlah.. tima kasih.." aku berlalu dengan longlai.. nak tanya kat sapa lagie kan.. aku pon call K. Diba opismate aku yg parking kat situ jugak.. tapi dia tak balik lagie.. dia balik WP3.. tanya dia ada "jumper" ker tak.. standard answer..

"Akak tak der lar Pah.. nanti akak cuba tanyakan Nisa.. sekejap yer.."  Aku dah putus asa..

"Tak per lah kak.. beteri handset saya low.."  Tiba² datang brother tadi.. pandang aku.. kesian kot.. dia panggil guard kat situ.. suruh bawak atas.. tepon sesaper yg ada "jumper" suh tolong aku.. lar.. dia pegawai kat situ rupernyer.. ingat ker pengunjung karnival.. sib baik dia sudi nak tolong.. aku pon follow guard ke bhgn penyambut tetamu kat depan.. bawak jumper guard sorang lagi.. masa tu aku berjalan macam pakai topeng... sangat malu sebab terpaksa mintak tolong orang... bodoh tul lar!!

"Haa.. tu lar saya dah agak dah keta tu keta orang Jab.Warisan.. terpasang jer lampu tu.. nak bagitau tak tau pulak macam mana.. nak bagi pengumuman opis tempat lain.. "  Sah² salah aku.. lampu keta memang terpasang.. ada saksi... huhuhu.. sedehnyer.. kenaper jadi macam nie..

Dia try call orang yg ada "jumper"  tapi.. orang tu dah balik.. live us no choice.. Nisa call.. dia kata Raja opismate kitorang datang ke tempat aku.. dia kata keta manual boleh tolak.. enjin boleh hidup... aku bagitau guard.. dan dia pakat² ngan kengkawan dia.. tolak keta aku.. tapi.. haram tak bunyi aper.. Raja sampai.. tolong aku bawak keta yg ditolak.. sebab aku tak pandai.. terbrek²... tapi no luck.. enjin tetap tido.. takmo idup... Raja kata beteri keta aku dah totally kong!  Aku yg tak tau apa nie cuma mengangguk.. dorang bagi cadangan suruh aku balik dulu.. malam nanti datang balik bawak "jumper" atau beli bateri baru.. bateri baru?? Terbang lagi RM aku...

Dan  di ketika itu En. Ady pon sampai dengan muka masam mencuka.. yelah.. orang penat kena jalan kaki.. puasa pulak tu.. di waktu tegang macam tu senang jer mengundang kemarahan kan... masa tu tinggal lar kami berdua... berbincang apa patut buat.. pilihan yang ada.. si Nisa opismate aku cadangkan ikut dia balik bukak posa.. datang malam untuk "jumper-kan" keta sebab kakak ipar dia ada "jumper"  dan di waktu itue.. sorang budak laki ngan mak dia meramahkan diri.. menegur kami.. kenapa.. nak balik mana... kami pon jawab lar menghabiskan masa terluang... budak tu ngan mak dia peserta karnival yg bukak booth kat situ.. dia jual kuih.. mak dia jual baju.. dorang tengah tunggu bapaknyer sampai.. kedai dah tutup masa tu... dari riak wajah dorang tunjukkan simpati...

Bapak budak tu sampai.. keta volvo lama... cecepat aku tengok budak laki tu tanya bapak dia.. dan cecepat jugak aku tengok dia bukak bonet keta dia.. angkat sumer barang dan amik sesuatu di bawah sekali... "JUMPER" yeahhhh!!  Akhirnya Allah nak tolong kami.. dihantarkan bantuan... jalan keluar dari masalah ini.. Alhamdulillah... sangat lega... dan kereta bertemu kereta... "jump bateri ke bateri" dan kereta kami berjaya dikejutkan dari coma.... terima kasih tak terhingga kepada budak tu dan famili dia.. dia macam hero lah... and he's cute too.. hehehe... terbukti kat dunia nie ramai lagi manusia² baik yg prihatin.. sanggup membantu di saat kita kesusahan... terima kasih.... terima kasih sesangat pada semua yg telah membantu aku pada hari itue...

Budak tu pegi.. kitorang stay kat keta.. enjin dipanaskan selama setengah jam.. air-cornd dimatikan... tu sumer perlu dilakukan bagi memastikan bateri keta fully charge dan tak mati di tengah jalan.. kami borak²... macam².. suasana tegang bertukar ceria... aku agak ragu² dengan kemampuan bateri.. perlukah ditukar baru.. En. Ady kata.. bateri tu dia baru jer tukar bulan 4 aritu.. sebelum kitorang ke Tasik Kenyir.. so.. masih baru.. bateri keta yg lama kitorang guna sampai 4 tahun.. ok jer.. so tak perlu risau... lega.. selamat RM.. hehehe...

Aku kata kat En. Ady..

"Agaknya tuhan bagi bateri keta nie kong supaya Ayang dapat beramah mesra ngan ramai orang.. orang² yang tak pernah ditegur pon terpaksa tegur sebab nak mintak tolong.."

Moral of the story... idup jangan berlagak.. sombong... takot nanti bila susah kita terpaksa melutut mintak tolong... masa tu lagak ko dah tak guna... so be humble all the time... kita manusia.. sumer samer..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails