.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Diskusi. Show all posts
Showing posts with label Diskusi. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

..PeNyaMaRaNMu MeNgaBuRiKu..


Hohoho.. baru jer sudah bercakap ngan my best friend maser kat UiTM dulu.. dan sunggoh tak kusangka.. blog aku nie diskodeng dalam diam.. tapi aku tak tau dan boleh pulak aku tak perasan.. penyamaran di sebalik namamu berjaya mengaburi mataku Shah.. hurrmmm.. dapat tahu nie pon sebab terlepas borak pasal blog ngan dia tadi.... kalau tak sampai ke sudah lar Kakpah tak sedar..

Maser belajar dulu.. aku tak ramai kawan.. sekarang pon! aku nie jenis low profile.. rileks.. cool.. pemerhati.. dan tak suka campur hal orang.. kalau kat opis.. jarang lar nak nampak aku p melepak tempat orang.. sampai one of my colleague boleh cakap... "Pah.. kalau ada telur kat kerusi ko tue.. aku raser dah menetas dah.. setia ko kat kerusi ko yer.." Hahaha.. dasat kan statement tue.. macam lar aku nie org gua... tak campur org... aku bukan anti sosial okay.. cuma tak beraper pandai nak bersosial.. maklum ler tak terer anyam ketupat.. selalunya orang lah yang mula dulu.. kalau aku nak mula.. tengok masa dan orang.. kalau orang tue aku tengok peramah dan selalu senyum.. senang lar aku nak mula bicara kan.. aku sangat suker orang yg murah dengan senyuman.. raser welkam jer nak menegur.. tapi kalau muker ketat.. jalan tak pandang orang.. macam mengata diri sendiri lar pulaks.. hehehe biler aku tak sapa... bukan bermakner aku sombong.. I takot you.. nanti I kena makan.. hehehe..

Everybody wish that they have lots of friend.. dan tak siapa mahu bermusuh atau dimusuhi.. tapi.. siapa lar kita untuk memaksa orang suka pada kita kan.. ikatan persahabatan tidak dapat dibeli.. tapi dibina atas nilai2 yang ditentukan kita sendiri.. ikatan yang tulus.. akan terus subur dalam hati masing2.. orang kata dengan siapa kita berkawan.. macam tu jugalah diri kita.. iyerr kerr?? Cuba kita perhatikan mereka2 di sekeliling kita.. orang yang berkawan dengan orang yang tinggi citarasanya.. adakah dia juga bercitarasa tinggi? Orang yang berkawan dengan orang yang suka memandang rendah pada orang lain.. adakah dia juga bersikap seperti itu? Kawan2nya suka berbangga2 dengan segala yg ada pada dirinya.. adakah orang yang berkawan dengannya juga dari golongan yang demikian? Hurm.. kadang2 kawan2 memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti diri kita.. pernahkah kita menjadi orang lain dan bukan diri kita sendiri semata2 untuk disukai orang yang kita anggap kawan?? Mampukah kita berdiri sendiri tanpa kawan di sisi?


Tuesday, March 16, 2010

Cuti Bersalin 90 Hari?? Your Stand & Opinion Please..

Kat bawah nie aku copy salah satu komen dari seorang forumer di Yahoogroup utk kita renungkan bersama... hmmm.. kalau korang lar kan.. tak kira laki ker pompuan ker.. korang raser wajar atau tidak Cuti Bersalin dinaikkan dari 2 bulan kepada 90 hari... yelah.. kalau nak dibandingkan dengan negara² ASEAN yang lain... cuti bersalin negara kita yg paling sedikit.. sebelum komen forumer kat bawah nie dibaca.. baca dulu petikan berita dari The Star inie..

**********************

KUALA LUMPUR: The National Union of Bank Employees (NUBE) on Wednesday called on the Government to amend the Employment Act 1955 to increase the maternity leave for private sector workers from 60 days to 90 days to keep abreast of the practice in other Asean countries.
Its general secretary J. Solomon said most Asean countries had adopted the revised International Labour Organisation’s Convention 183 on Maternity Protection which not only provided longer leave but also had provisions for breastfeeding and childcare protection.

He told Bernama that Singapore provided 112 days of maternity leave while Thailand, Cambodia, Indonesia and the Philippines provided 90 days.

He said in Cambodia, it was mandatory for companies with more than 100 women workers to provide breastfeeding rooms and childcare centres. Similar facilities were also provided for mothers in Indonesia.

He hoped that Malaysia would emulate its Asean partners and provide better facilities for its 5.1 million women workers who had to juggle between full-time and demanding jobs, and as homemakers with full responsibility for their children’s health, growth and development.

Solomon said the NUBE would soon submit a memorandum on this issue to the Ministry of Women, Family and Community Development. -- Bernama

image dari google

**********************

Saya nak komen jugak le. Saya seorang perempuan dan saya tahu naluri seorang perempuan yang beranak ni. Tapi at the same time saya kena letakkan diri saya juga sebagai majikan & pekerja.

Sebagai pekerja, saya sokong kalau kerajaan nak mengaplikasikan cuti daripada 60 hari ke 90 hari untuk bersalin. Sebabnya ibu-ibu dapat meluangkan lebih masa dnegan bayi yang baru lahir. Dapat menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Dan ibu2 pun dapat memantau perkembangan anak2 mereka especially yang mana tak berapa sihat.

Dari sudut majikan terutamanya swasta, saya tak setuju sebabnya majikan perlu bayar gaji mereka yang cuti bersalin dan dalam masa yang sama kami harus mencari pekerja gantian yang mana gaji mereka juga, EPF & SOCSO kami perlu bayar juga.

Sekiranya saya letakkan diri sebagai kakitangan swasta yang mana sekiranya majikan tak mahu ambil pekerja gantian, maka adalah satu bebanan bagi saya pula kerana nak ambil alih tugas mereka yang cuti bersalin. Harap maklum, tak semua majikan swasta bermurah hati untuk memberikan elaun tanggungan kerja. Sudahlah kerja sendiri pun banyak, nak tanggung kerja orang lain lagi.

Dari sudut rakyat marhaen, terutamanya mereka yang berurusan dengan kakitangan awam, amatlah tertekan. Apabila cuba hubungi pegawai terbabit, jawapan yang diterima "beliau cuti bersalin". Dengan siapa nak berurusan lagi? "ooo.... dia je yang handle." Kalau anda di tempat rakyat marhaen ini, apa perasaan anda apabila menerima jawapan sebegitu rupa.

Sebelum ini saya pernah menyuarakan permasalahan yang saya nampak di pejabat kerajaan di Putrajaya. Jam 11.30 pagi hari Jumaat masing-masing kakitangan di satu kementerian ini dah siap beg duit di tangan masing-masing. Itu belum lagi yang dah berbondong-bondong turun membeli-belah di lobby di tingkat bawah.

Mungkin ada yang akan berkata perkara itu tak related dengan cuti bersalin ni. Tapi inilah yang nak saya tekankan.

Cuba kita lihat di zaman Tun M. Kenapa zaman dia memerintah dia tak beri cuti hari Sabtu? Sebabnya Malaysia bukan negara membangun. Kita perlu lebih produktif untuk mencapai tahap tersebut. Kita masih lagi terkebelakang. Kita hanya tahu nak cuti dan rehat sahaja. Saya tak buat kesimpulan pada semua ye. Tapi ada sesetengah kakitangan yang sebegitu. Saya kerpa ke pejabat kerajaan di Putrajaya. Bila saya lalu je, ramai yang saya lihat tengah ber"YM", ber"facebook", baca surat khabar online, bergayut di telefon walaupun saya ni berdiri di hadapannya untuk berurusan.

Apabila dah diberi cuti alternate saturday, ramai pula yang nak cuti every saturday. Lihat tak apa implikasi yang berlaku especially pejabat2 kerajaan yang mana berurusan dengan orang ramai tutup. Contoh pejabat kerajaan yang berurusan dengan orang ramai yang tak wajar ditutup setiap sabtu adalah, imigresen, jabatan pendaftaran, JPJ, klinik, pejabat tanah dan a few lagi kalau perlu disenaraikan nanti tak jadi kerja pulak dibuatnya. Kenapa saya kata begini? Pernah tak kalian membuat perbandingan benefit yang diterima oleh kakitangan kerajaan dengan kakitangan swasta?


Apabila pejabat2 kerajaan ditutup pada setiap Sabtu, maka bank-bank pun turut nak tutup sama. Implikasi yang berlaku apabila Sabtu diisytihar off day bagi pejabat kerajaan dan bank, makanya kakitangan swasta yang nak berurusan dengan pejabat kerajaan dan bank terpaksa mengambil cuti semata-mata nak berurusan dengan pihak berkenaan. Kalau dilihat dari segi cuti minimum yang diperolehi oleh kakitangan swasta iaitu 10 hari (jangan terkejut dengan jumlah ini kerana masih ada majikan yang betul2 mengikut akta), amat kasihan kan. Kalau nak berurusan terutamanya menguruskan soal2 harta pusaka yang perlu berurusan di agensi yang berkaitan, bukan boleh main siap dalam tempoh seminggu dua. Harus berkali-kali nak turun naik pejabat tersebut. Lebih malang apabila bila pergi, pegawai yang terbabit cuti, berkursus, mc, tiba2 anak sakit.

Email saya berkenaan permasalahan yang saya lihat di pejabat Kementerian Pelajaran kepada SPA, jawapan yang mereka berikan adalah di luar bidang kuasa mereka. 3 Minggu lepas saya membuat laporan ke MPAJ mengenai masalah parking di kawasan office saya, semalam saya buat follow-up masih tiada sebarang tindakan yang diambil. Jadi di sini apa yang saya cuba nak sampaikan, cuba fikir apa yang kita sumbangkan sebelum bertanya apa yang patut majikan berikan kepada kita. Layakkan kita menerima seadanya.

So.. What say u??


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails